ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, April 9, 2011

IKAN SELAR GORENG BERLADA


IKAN SELAR GORENG BERLADA
A Very simple dishes.. tapi lauk ikan selar berlada ni ler... yang i paling suka... pulak tengah berdiet ni ekk.. ku ratahkan aje isi ikan selar tu hampir 2 ekor! nasi??? no! no! no! tetap 2 sudu sahaja oke.. sedap ke?? mana ada sedapnya.. kalau dah macam kucing! ikan aje terpaksa di ratah hehe.. demi kesejahteraan bersama.. walau macam mana pun.. i tak AMALKAN... crush diet oke.. i tetap makan... itu yang sebaiknya... ~ wallahualam~

JOM!! SALIN RESIPE!!
IKAN SELAR GORENG BERLADA

Bahan-bahannya :

4 ekor ikan selar ~ potong 2 ~ goreng terlebih dahulu *jangan terlalu garing
1 biji bawang merah (besar) ~ potong bulat
4 sudu besar sos tomato

Bahan-bahan DIKISAR :

1 biji bawang merah (besar)
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 batang serai
25 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan

CARA MEMASAK :

Panaskan kuali dan tumiskan *BAHAN-BAHAN DIKISAR sehingga garing dan masak
masukkan sos tomato dan gaul rata, sesuaikan rasa masukkan ikan selar dan bawang
gaul rata, angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!!
IKAN SELAR GORENG BERLADA
MUDAH AJE TU KAN! SELAMAT MENCUBA!!! RESIPE I MEMANG SEMUDAH TIDAK! RASANYA TETAP MANTOP!!
DEBARAN KIAN TERASA.... 
UNTUKMU YUNA.... 
KLIK DISINI >>> UNTUKMU YUNA...

TATA!!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ