ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, April 9, 2011

SAMBAL ROJAK BUAH SIMPLE


SAMBAL ROJAK BUAH SIMPLE
Waduhhh... waduhh... i ni memang ler peminat buah jambu air... tiba jerk musim.. mesti beli punyalah.. tapi... kali ni i tak beli.. sebab pokok buah jambu tepi rumah tu berbuah dengan lebatnya.... apa lagi.. hongges jam tu gak kat bawah pokok! memang segerrrr.... sesuaiiiii... di kunyah begitu sahaja.. tu bawah tu gambar pokok jambu.. tepi umah tu.. bergayut-gayut aje buahnya ekk.. sape nak datang ler sini.. ambik sendiri oke... hehe..
BESORRR... dan segar-segar buah jambu tu tauuu.... bergayut-gayutan... apa lagi terus ler buatkan kuah sambal rojak.. kuah sambal rojak buah i ni simple aje ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL ROJAK BUAH SIMPLE




BAHAN-BAHAN DI KISAR :

15 tangkai cili kering *memang pedas!
5 biji cili padi
4 ulas bawang putih
1/2 botol petis udang
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat *YEOS
3 sudu besar gula melaka
2 sudu besar gula pasir
sedikit garam

Bahan lain :

1 sudu besar bijan *sangan terlebih dahulu
7 sudu besar kacang tumbuk *sangan terlebih dahulu
buah jambu air

Cara memasak Kuah :

campurkan kesemua *BAHAN-BAHAN DIKISAR
masukkan kedalam periuk kecil. api sederhana sahaja
kacau sentiasa, apabila gula melaka dan gula pasir hancur
sesuaikan rasa angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
SAMBAL ROJAK BUAH SIMPLE

Untuk tahan lebih lama.. simpan di dalam botol kaca kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.
Cicah.. cicah.. jangan tak cicah yerkk.. selamat mencuba!!!

TATA!!!



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ