ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, May 15, 2011

JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING RANGUP


JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING RANGUP

Perghh.. lama betul tak buat jemput-jemput udang kering.... bila buat tu... teringat pulak kat kengkawan blogs... tak lah istimewa mana pun... biasa aje... tapi pasal suka share resipe... maka masukkan jugaklah yerk... dahlah garing di luar... lembut di dalam... rangup pulak tu... perghh.. cecahkan pulak dengan sos cili.. minum dengan air kopi O... petang kala berangin kat bawah bangku batu tu.. memang the best!!!!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING RANGUP

BAHAN-BAHAN :

1 biji bawang merah *saiz besar ~ hiris 
1 batang lada merah ~ hiris
1/2 cawan udang kering ~ rendam dan toskan
4 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
2 biji telur
air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sebati 
keadaan adunan haruslah separa cair dan tidak terlalu pekat
dan ketepikan dalam 10 minit 
panaskan minyak untuk menggoreng
goreng nipis-nipis sehingga keperangan
angkat dan toskan
hidangkan bersama sos cili!!

TENGG!! TARRAA!!!
JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING RANGUP
  
mudah dan sedap!!

TATA!! 


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ