UNBAKE MANGGO CHEESE CAKE
Wahhhh.. lama dah tak buat cheese cake... ada jugak buat sebelum ni tapi tak share.. kali ni i share resipe bukan resipe i tau... dan bukan i buat tapi my beloved sista dak shelly...:):) dia ler yang buat cheese cake ni... bersempena 'WEDDING ANIVERSARY ~ 8TH' wahhh... TAHNIAH!!! diam tak diam 8 tahun dah yer mendirikan mahligai bahagia.. moga jodoh dak shelly dan suaminya kekal sehingga ke akhir hayat dan juga bahagia di samping keluarganya yang tersayang... amin... amin.. yarabbalalamin..... jom! hari ni kita salin resipe UNBAKE MANGGO CHEESE CAKE masakan dak shelly tu.. i dah rasa memang sedapppp!!! pandai dak shelly buat... wal hal dia memang tak ada asas pun dalam hal-hal membikin kek atau segala jenis kuih-muih.. dia tak berminat langsung! tetapi semenjak i giat ada blogs resipe ni.. dia jadi TERAJIN pulak nak mencuba itu dan ini... dan so far resipe yang dak shelly buat memang menjadi... tahniah! kalau dak shelly yang tiada asas dalam bidang masakan tu..boleh jadi cheese cake tuu... you all yang memang minat memasak tu apalah lagi yer tak?
JOM!! SALIN RESIPE!!!
UNBAKE MANGGO CHEESE CAKE
UNTUK BAHAGIAN ATAS
250gm cream cheese Philedephia
60 gm gula castor
200ml whipped cream
1 1/2 sudu gelatin *halal + 150ml air panas
1 biji manggo ~ potong dadu
CARA MEMBUAT ADUNAN CHEESE CAKE :
putarkan cream cheese dan gula putar sehingga kembang
kemudian masukkan whipping cream ke dalam adunan cheese dan putar lagi
masukkan manggo yang di potong dadu dan kacau rata
ketepikan sebentar
UNTUK BAHAGIAN TAPAK ATAU BASE
100gm biskut marie
100gm biskut oreo
100gm butter ~ cairkan
CARA MENYEDIAKAN :
kisar/hancurkan biskut dan campurkan dengan mentega cair
tekankan di atas tapak 'loose tin' atau loyang khas untuk cheese cake
tekan-tekankan sehingga padat di atas loyang
MANGO PUREE *BAHAGIAN ATAS SEKALI *SILA RUJUK GAMBAR DI ATAS
1 biji manggo/buah mangga ~ kisar halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu besar gelatin *halal + 50ml air panas
CARA MENYEDIAKAN MANGGO PUREE:
campurkan golden syrup bersama manggo yang di kisar halus kacau sebati dan campurkan gelatin kacau rata
tuangkan Manggo puree ke atas adunan cheese dan biar set selama 4 jam atau seeloknya semalaman di dalam chiller/peti sejuk
angkat dan potong lalu hidangkan ketika sejuk!
TENGG!!! TARRAA!!!
UNBAKE MANGGO CHEESE CAKE
:
YOMMY.... YOMMY...:):)
:
:
:
:
MEMANG SEDAP!!!!
TQ SO MUCH DAK SHELLY..:):)
Selamat mencuba kawan-kawan...:):)
TATA!!
No comments:
Post a Comment