KARI DAGING
Tajuk resipe masih di bawah kata laluan cuti sekolah... muahahaa... yer ini ler salah satu hidangan semasa cuti sekolah... masak kari daging bubuh kentang dan karot tu biar lebih sikit.... bayangkan ada 8 orang kekanak riang di bawah usia 12 tahun... yang lebih 12 tahun tu toksah ler kita kira yerk... jadi masa nak sendukkan lauk ke pinggan kekanak tu... buhkan kentang dan karot tu sebanyak idak.. tang daging tu kurangkan...dengan alasan... 'SAYUR BAGUS UNTUK KORANG SEMUA SEBAB MASIH KECIK!' agihkan pulak daging tu kepada yang berusia atas 30 tahun!!!! dengan alasan... 'YANG BERUSIA MEMERLUKAN STAMINA YANG LEBIH!!!' muahaha.. boleh giteeww??? boleh aje... makan reramai... berebut-rebut... makan nasi renjis kicap pun sedaPPPP!!! *RESIPE DI BAWAH NI I SHARE UNTUK 1 KG DAGING.. tapi i masak 2KG daging!!*..... terus *PENGSAN*
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARI DAGING
BAHAN-BAHAN KISAR :
2 biji bawang merah *saiz besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas
10 batang cili kering
1 peket rempah kari daging
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang merah *saiz kecil
1 ulas bawang putih
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
BAHAN-BAHAN LAIN :
1 kg daging
3 pelepah daun kari
6 biji kentang
2 batang karot
2 biji buah tomato
1 biji kelapa *perah 2 kali untuk kuah
air untuk mereneh daging
CARA MEMASAK :
Panaskan sedikit minyak tumiskan *bahan-bahan tumis sehingga naik bau, masukkan *bahan-bahan kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak, masukkan sedikit air
masukkan daging dan renehkan sehingga daging empuk
masukkan kentang dan karot bersama santan
setelah kentang empuk masukkan buah tomato
angkat dan hidangkan!!
TENGG!!! TARRAA!!!
KARI DAGING
Tu dia.. kari daging cuti sekolah!
TATA!!!
No comments:
Post a Comment