JEMPUT-JEMPUT PISANG KELAPA
Minum petang hari terakhir cuti sekolah...:):):) sok sunyilah rumah ni... semua yang datang berkunjung akan pulang ke destinasi masing-masing... hmm... dua minggu cuti sekolah bersamaan 14 hari bermakna i telah menyediakan 14 jenis hidangan minum petang.... cuba bayangkan betapa sibuknya sepanjang cuti sekolah ni... tu belum lagi juadah makan tengahari dan makan malam... kalikan dengan 14 hari.... tetiba... *PENGSAN!!!!* penat memang penat... tetapi berbaloi-baloi.... masak aje habis! masak aje habis! tak masak????? kalau tak memasak tu maknanya ada jamuan kenduri kawin laa.... hehee...:):)
JOM!!! SALIN RESIPE!!
JEMPUT-JEMPUT PISANG KELAPA
BAHAN-BAHANNYA:
12 biji pisang lemak manis + 5 sudu besar gula ~ DILENYEK *sesuaikan manis*
2 cawan kelapa parut *putih sahaja*
4 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat *ayak bersama*
secubit garam
sedikit air *anggarkan kepekatan*
3 sudu besar susu pekat
minyak untuk menggoreng
CARA MENYEDIAKANNYA :
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sebati *sesuaikan rasa manis/kurang manis* keadaan adunan haruslah pekat dan kental
perapkan/ketepikan selama lebih kurang 1/2 jam
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing atau warna keperangan
angkat dan toskan!
TENGG!!! TARRRA!!
JEMPUT-JEMPUT PISANG KELAPA
Hidang aje atas meja... tak sampai sepuluh minit..... LICIN!!!!
SELAMAT MINUM PETANG..:):)
TATA!!!
No comments:
Post a Comment