ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, June 11, 2011

MEE + KUE TEAW GORENG CUTI SEKOLAH


MEE + KUE TEAW GORENG CUTI SEKOLAH

Assalammualaikum semua kawan-kawan.... wahhh.... dah nak habis cuti sekolah laa..... best!! kurang ler sikit kerja memasak di rumah ni... kalau tidak.. sehari naik sampai 4-5 kali memasak... itu aje kerjanya tak ada lain muahahaa.... bukanlah merungut tapi lega ler sikit... idak ler pepagi kala tu terkejar-kejar nak buat sarapan untuk kekanak riang yang datang berkunjung di rumah ni hah! suka betul bila memasak tu.. semuanya sapan! sekali hidang lesap!!! esok semua dah pulang ke rumah masing-masing.. sunyilah rumah ni... huk.. huk... so sebagai penutup sarapan pagi cuti sekolah ni... i bikin mee goreng + kue teaw sekaligus!! suka kekanak riang tu makan.... kita yang jadi tukang masak ni mengalahkan taukeh restoran! senyum sampai ke telinga! muahahaa... *puashati sebab kekanak suka*...:):):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
MEE + KUE TEAW GORENG CUTI SEKOLAH

Bahan-bahannya :

1 peket mee kuning *cuci untuk hilangkan bau kapur*
1 peket kue teaw *lerai-leraikan*

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

2 biji bawang merah *saiz besar*
7 ulas bawang putih 
15 tangkai cili kering

BAHAN-BAHAN LAIN :

6 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar sos tiram
3 biji telur *dikocok*

5 keping dada ayam/isi ayam *potong nipis*
3 biji tomato
1 pokok sayur sawi
2 cawan taugeh *buang ekor*
daun bawang dan daun sadri *untuk tabur*
lada merah & timun untuk tambahan

CARA MENYEDIAKAN :

Tumiskan bahan-bahan *DIKISAR* sehingga naik bau
masukkan isi ayam dan sedikit air renehkan sehingga ayam empuk
masukkan telur yang telah di kocok kacau rata
sekaligus ~ masukkan mee dan kue teaw, tomato, sawi dan taugeh, sos tomato, kicap pekat dan sos tiram kacau rata *sesuaikan rasa* 
**jangan bubuh garam kerana dah masin**
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRRAA!!!
MEE + KUE TEAW GORENG CUTI SEKOLAH

Hidang aje atas meja... tak sampai 10 minit... SELESAI!!!

TATA!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ