ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, June 11, 2011

PERIA GORENG BERSAMA TEMPEH

PERIA GORENG BERSAMA TEMPEH

Sayur peria ni kan.. bukan nak cakap apa tau.. dialah sayur yang paling simple dan khasiatnya memang bagus! kalau tak nak peria tu pahit *i guna peria katak<< betul ke namanya ekk??? ala... peria yang kecik dan berkedut tu hah! muahaha... *pengsan jap!* okay peria tu selepas di siang, gaul dengan sedikit garam dan perapkan sebentar, bila dah nak di goreng baru di cuci! gerenti kurang pahit... tapi i suka pahit.. macam awet MUDA giteeewww... cewahhh!!!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
PERIA GORENG BERSAMA TEMPEH

5 biji peria katak
3 keping tempeh *potong dadu kecil2
2 sudu besar udang kering *tumbuk renyah

BAHAN-BAHAN HIRIS :

1 biji bawang merah *saiz besar
5 ulas bawang putih *i pencinta bawang putih oke
6 batang cili padi

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *bahan-bahan hiris dan tempeh sehingga tempeh kekuningan
masukkan peria dan udang kering kacau rata dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!! TARRRAA!!!
PERIA GORENG BERSAMA TEMPEH
*Juga resipe sepanjang menyepi di blogs dan FB... now baru share.. tunggu lebih banyak resipe yang akan di masukkan..:):)

TATA!!!




No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ