ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, January 4, 2012

mY pAVLoVa

mY pAVLoVa


mY pAVLoVa... just from me to you guy's who's in LovaaaaaAhhh... cewahhh.. ayat pembuka kata baik punyer! hehe... okay tuan-tuan dan puan-puan dan adik-adik yang sering berkunjung di Blogs Shahriah ni kan... i nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjengah dan mencuba resipe fresh from Shahriah Kitchen... Terutama sekali yang dah join blogs Shahriah ni yaa.. cayang sangat kat you all tau...:))

Okay talking about pAVLoVa... ni kan.. kan... for your information.. this is my second time making and baking pAVLoVa... sejurus pulang dari MasterChef Malaysia... masa kat dalam *tahanan* tu kan hehee... teringin sangat nak mencuba dan membikin cik puan pAVLoVa... tetapi sayangnya tidak berkesempatan.. maka setelah tersingkir pulang dari MasterChef tu kan.. barulah berpeluang mencubanya... ehhh... senang dan mudah rupanya.... ingatkan susah bebenau lah aii... kalau makan di Hotel perghh harga.. boleh tahan.. bila dah tahu bikin... hmm... anytime!

Syarat-Syarat nak buat Pavlova ni kan.. sama aje macam nak buat Meringue tu hah.. memang meringue pun... putih telur yang di pukul sampai gebu dan dicampurkan dengan gula... alatan dan perkakasan untuk membuat tu haruslah kering.. telur juga haruslah dalam keadaan suhu bilik... dah tu jerk! topping di atas tu... suka hati you all nak bubuh buah apa pun ekk.. jangan buah durian dah ler ekk.. Yeeww... sure muak! Okay let's make pAVLoVa... :)))




Bahan-Bahannya :

3 biji putih telur *suhu bilik
200gm gula aising *ayak
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh cuka masakan
secubit garam
1 sudu teh vanilla

Cara :

  1. Putar putih telur sehingga gebu atau putih masukkan sedikit garam ketika memutar.
  2. Masukkan tepung jagung dan cuka masakan dan putar lagi
  3. masukkan gula aising yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil di putar
  4. setelah sebati tuangkan adunan putih telur di atas kertas minyak *parchment paper
  5. Bakar dengan suhu 170'C selama 45 minit ~ 1 jam
  6. Toppingkan diatas dengan whipping cream dan apa jua buah-buahan yang anda suka
TARRAA!!!
mY pAVLoVa


yUMMyyYY.... di luar rapuh dan di dalam chewy.... YummYY.... :)))


A must try.... Catch you later...

TATA!!





2 comments:

Anonymous said...

pavlova ni mmg manis yerr ~ ?
dh try buat , manis nyerr mak aii ..
tapi mmg sng nk buat ..
thnx for the recipe ~ ^__^

Shahriah Abdullah Novelis said...

Memang manisss... boleh kurangkan gulaa... sebab tu kena buh buah-buahan yang masam-masam so bila kita sudu.. ada manis.. masam... hehhee.. tq kerana sudi mencuba yaa...:)))

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ