Potato Fritters With Black Olive
Assalammualaikum... Dah bertemu semula kita dengan hari Jumaat.. penghulu segala hari... maka dengan itu... awal pagi lagilah i dah share menu sarapan pagi untuk you all... dengan motto.. Sarapan pagi amat penting buat kita semua.. cewaahh... Okay meh! sebut reramai... Potato Fritters With Black Olive... tu dia.... berbelit lidah pepagi kala menyebut eyerkk.. hehehe.. okay itu dalam bahasa omputehnya.. dalam bahasa melayunya... Cucur Kentang bersama buah zaitun.. tu diaa.. kiranya sarapan pagi ini telah i avangard kan dengan secara tak langsungnya.. telah menaikkan setapak lagi martabat sang cucur tu yer.. apa yang penting... resepi asal tu kita ubah suaikan aje.. tambah itu dan ini.. dah jadi sesuatu yang berbeza dari menu kita hari-hari..:)))
Potato Fritters With Black Olive... mudah sangat nak di bikin.. macam nak buat cucur atau jemput-jemput yang kita biasa buat tu.. tapi kali ini bahan yang i gunakan sangat sempoi dan mudah untuk you all guys cuba di rumah tu yerr.... Okay jom! salin resipe...
Potato Fritters With Black Olive...
Bahan yang di perlukan ialah :
Sagat/grater, 1 biji kentang, 1 biji bawang holland
4 cawan tepung gandum, 1 biji telur, 5 sudu besar black olive/zaitun, 1 sudu kecil serbuk ikan bilis, garam secukup rasa dan air untuk membancuh.
Cara : Mudah sahaja macam biasa ler membuat jejemput tu kan.. cuma bawang dan kentang tu silalah disagatkan.. jangan dipotong kasar-kasar guna pisau tau. Takmo ekk.. guna sagat lebih garing nanti Jejemput moden kita tu ekk... kemudian campurkan kesemua bahan-bahan. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Atau keperangan. Angkat dan hidangkan bersama sos cili!
Tarrraaa!!!
Potato Fritters With Black Olive...
Rangup diluar! Lembut di dalam! mudah di masak dan enak di makan!
Catch you later guys!
TATA!!
2 comments:
ha ni good idea sbb banyak kentang kat rumah ni.... boleh buat nih...
Hi! Sawanila... selamat mencuba yaa.. tq :))
Post a Comment