ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, January 4, 2012

Simple And Easy Pizza YummYY

Simple And Easy Pizza YummYY


Simple And Easy Pizza YummYY!!! Cerita dan kisahnya begini... asalnya cadang nak ke Pizza Hut... lepas Maghrib... tetiba hujan lebat waktu petang tadi... so dalam duduk-duduk mengadap PC tu... teringatlah pulak i ada simpan satu resipe membuat doh pizza yang simple and easy... I loike... so terus ler membancuh doh roti pizza.. ingat susah ke?? mudah sesangat i tell you all ekk... tak sampai 5 minit dah siap sebuku doh! apa taknya i masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam food processor... dah siap sebuku doh roti pizza...:))) terus ler pulak cari idea... psstt.. sambil-sambil i story mory kat you tuu... meh ler tengok proses pembikinan doh pizza dan sehinggalah menjadi dua buku pizza yang cukup enak! lazat dan puzat! *pitam*

Tu dia..... doh roti pizza...:))))


Bahan-bahannya : 3 cawan tepung gandum, 1/2 sudu teh yis kering, 1 sudu kecil gula castor, sedikit garam, 4 sudu minyak zaitun, sedikit air. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan uli menjadi sebuku doh... I guna food processor.. dengan alasan tak mau buang masa <<<--- alasan! dan biarkan selama 1/2-1 jam atau doh naik sekali ganda!

Tarraa!!!


Hah! tu dia... lepas dah naik tu kan kan... bolehlah di uli dan leperkan mengikut piawaian yang anda suka ekk...


Cenggitu rupanya ekk... lepas tu.. dah bolehlah anda memulakan tugasan dan kreativiti anda... bagaimana nak mengubahsuai rasa atau topping di atas doh pizza tu yaa.... i memang tak suka yang remeh-temeh... kalau boleh roti sekeping tu jerk nak ku bakar hehe.. kang jadi lempenglah pulak yer tak... so.... masa nilah nak tunjuk skill... kais ler apa yang ada di dapur tu kan..


i just sapukan tomato paste... i bubuh tak banyak.. sebab anak-anak i tak berapa suka.. so dengan sesuka hati i sapu aje.. asal ada heheee....


Lepas tu bubuh ler ikut apa yang anda suka yaa.. untuk doh yang pertama tu.. i bubuh... hirisan sosej ayam, hirisan bawang holland, taburkan daun parsley, hirisan buah zaitun hitam, serbuk lada hitam *cracked, serbuk oregano, serbuk bawang putih *my fav dan moreeeeeeeeee mozarella cheeeseeee.......................... yang ini my style ikut selera i ekk.. pastu renjiskan olive oil... DONE!


Yang di atas tu.. my kidz choice.... hirisan sosej ayam.. potong dua sahaja.. buh bebanyak... bawang holland, paste tomato, parsley, oregano, cracked black pepper and walla!!!

Time to bake!


suhu 200'C selama 20-25 minit... i prefer garing baru sedap.. rangup giteeewww kan kan...

TARRAA!!!!!
Simple And Easy Pizza YummYY 


And its DONE!!! less than 1 hour.. :))) dengan motto... Pay Less... Eat as much as you want Babe!!! must try at home..:))))


Bon Apetite!!! Catch you later guy'S....:)))) take care yaa...

TATA!!!!


2 comments:

mykhalis said...

memang sempoi arr.. tapi macam saya suka lebih tomato pes.. hehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Yaa laa... more tomato sedap berasa gitu kan.. but i prefer simple pitza... just minyak zaitun and buah zaitun... daun basil jangan lupa... and more cheeeseeee hheee... terbaik!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ