ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH
Assalammualaikum... hehehehh... segalanya ke laut hari ni ekk... dengan seekor ikan merah yang beratnya sekilo lebih tu... telah ku masak kesemuanya.. sebab apa tau... sebab ikan merah yang Pak Habibi beli tu baru aje naik dari laut... sampai aje ke darat my kitchen tu... terus ku masak tanpa banyak bicara.. cewahh... kepala ikan tu i masakkan asam pedas yang sangat simple langsung tak ku bubuh sayur hanya semata-mata daun kesum berhelai-helai.. isi ikan merah tu ku gorengkan aje.. dan potongkan bawang.. dan i cakap.. kat geng kat rumah ni... anggaplah bawang dan daun kesum tu sebagai sayur untuk santapan tengahari ini yaa nak... *terus pengsannn....*
ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH
kepala ikan merah *potong 2
800 ml air + 4 sudu besar asam jawa *jadikan air
1 genggam daun kesum *daunnya sahaja
Bahan Tumis :
1 biji bawang merah *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
1 sudu besar rempah campur
BAHAN KISAR :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit
1 batang serai
35 tangkai cili kering
1 cm belacan
CARA :
Panaskan minyak dan tumiskan *bahan tumis sehingga naik bau.
Masukkan *bahan kisar renehkan lama sedikit dengan api sederhana, sentiasa kacau.
Masukkan pipi ikan dan kacau rata.
masukkan air asam jawa dan renehkan sehingga mendidih.
Masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa.
TARRAA!!!
ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH
DAH SIAppppp... mudah aje tu kan kan.... jangan lupa nak resipe ikan merah goreng.. silalah scroll ke bawah yaa...:))) selamat menjamu selera kawan-kawan....
TATA!!!
No comments:
Post a Comment