SAMBAL TUMIS SARDIN
Assalammualaikum... bertemu lagi yerk dengan cik puan sardin kita di hari Jumaat yang mulia ni... bukan dah tak ada idea.. ni hah! anak dara i yang terkonteng-konteng Princess Nellysha tu ekk.. tetiba masa dia buat homework malam tadi... dia bercakap sesorang sambil menghafal sifir *dalam bahasa cina* keh keh.. cenggini ekk.. betul tau.. muka dia menghadap buku sifir tu... mata tak berkelip....
"Bestnya dapat makan sardin... pastu momma suap... sure Nelly makan nasi banyak!" <<--- dialog tidak ku tokok dan tidak ku tambah huhuhu... yang tak tahan tu sebut Momma suapkan tu.. adehhaiii.. yer laa nak aiii.... kang balik sekolah momma suapkan ler yerk.. moga bertambah ler berat badan cik Nelly yang sedia ada kerempeng!!! dan hafal kesemua sifir dalam bahasa cina!! *pengsan!!!*
SAMBAL TUMIS SARDIN
1 tin sardin *saiz besar
1 biji bawang holland *hiris bulat
2 batang daun saderi *hiris
1 batang lada hijau * belah dua
2 sudu besar air asam jawa *pekat
BAHAN KISAR :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai
25 batang cili kering
CARA :
Panaskan minyak dan tumiskan *bahan kisar sehingga garing.
Masukkan air asam jawa dan sardin.
Masukkan lada hijau, bawang holland dan daun sadri.
sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
TARRA!!!
SAMBAL TUMIS SARDIN
Janji harus di tunaikan.. petang nanti.. balik sekolah pagi.. lepas dia bersiap nak ke sekolah agama.. nyambil tu kang suapkanlah Cik Kerempeng i tu ekk.. moga naiklah 2KG paling tidak pun.. aminnnnn.... *pitam*
TATA!!!!!
No comments:
Post a Comment