ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, April 12, 2012

Bawal Lemak Cili Api Belimbing



Assalammualaikum... aduhaiii terkejor-kejor ari ni... apa taknya.. sibuk memasak... masa tu ler editor buku resipe i called... "Kak Sha bila nak email Tie biodata akak tu?" perghhh.. masa tu ler dok kelam kabut memasak! gini lah.. kalau kerja bertangguh... bila dah nak dateline hah! masa tu baru nak terkejar-kejar menaip hahhaa... perghh.. menulis manuskrip lebih senang dari nak menulis kata-kata aluan dan menulis biodata sendiri.. bukan apa tau.. dah biasa menulis manuskrip panjang berjela.. tetiba yang ko kena tulis di hadkan lebih kurang penuh satu kertas A4 aje! memang berkedut kening, mulut tu herot ke kanan dan kiri memikirkan apa yang nak ku tulis.... pulak tu bahasa nak kena profesional dan formal aje.. mana boleh tulis giteewww.. ekkk... kan kan.. <<< ini kat blogs aje boleh dan FB jugak muahaha.. udah ler tu ekk.. dah selesai ku email kan kat Tie editor yang comey dan lotey... pstt single lagi okeh! muahahahhaahhahahahahah... <<< i gelak macam nak rak tapi tutop molot oke.. sopan kan i hehhee.... dah jom! masak ler kita...:)))


Hujan dah reda... suruh Abang Amin petik cili padi dan daun limau purut kat kebun mini i tu... perghh... dia pakai topi... tu topi....


Abang Amin pakai topi COWBOY! walaupun our house don't have any cow at all!!!! muahehehehe... dan daun limau tu di petiknya yang muda... wahhh... mentang-mentang Momma dia nampak muda <<< sila tepuk tangan sambil tunjuk penumbuk!

Bawal Lemak Cili Api Belimbing

1 ekor ikan bawal *saiz besar potong
1 batang serai *titik
2 helai daun limau purut *siat
10 biji belimbing buluh

BAHAN KISAR BERSAMA :

500 ml santan pekat
3 cm kunyit 
23 tangkai cili padi *kurangkan kalau takmo pedas
garam dan gula

CARA :


Masukkan *Bahan kisar, serai, belimbing dan renehkan.
Setelah mendidih *sentiasa di kacau, masukkan ikan, daun limau dan sesuaikan rasa.
Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan!!!

TARRAA!!!

Bawal Lemak Cili Api Belimbing


Musim hujan makan nasi panas-panas! pedas pulak tu perghhh.. air sirap tanpa ais jangan lupa di sulam okeh,


Ikan masin lumi jangan lupa.. perahkan dengan limau kasturi, wahh terus jadi Hang Kasturi okeh!


gorengkan ikan bawal garing-garing naaa....


Dalam kelam kabut memasak dan nak menaip tuh! eishhh... sempat lagi tu tu.....


itu laaa.... tungguUuuu YoUuu... tengah dan sedang di sejokkan tu ekk.. jap lagi i share.. huhuhu lega segalanya dah selesai!!!

TATA!!!


4 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Shahriah,
yang kelam kabut itulah menyebabkan munculnya 'lipas kudung' ha ha ha hahhh semuanya siap cepat! Lauk-pauk tu memang sungguh menyelerakan apalagi gunakan cili padi yang baru dipetik....pedas tu!Tapi sedap!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Waalaikumsalam kak Amie..:))) mau lipas kudung pun kalah.. sambil masak sambil mikir apa yang nak ku taip hahaa.. dh selesai hentah apa laa agaknya yang sha taip tu hehee.. yer kak cili padi sha banyak berbuah.. tak termakan... musim hujan pulak tu.. makin lebat berbuah... tq kak muahh :))

hazila said...

Salam ziarah.
Nampak sedap masak lemak ikan bawal tu. Kat peti ais ada ikan bawal emas, nanti boleh cuba resepi ni. Tapi kena cari belimbing buloh dulu la...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Hazila... belimbing tu kekadang ada kekadang tak ada.. memang terbaik jika di buat lauk lemak cili api hilang muaknya kan kan...:)))

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ