ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, July 22, 2012

Tips Dan Persiapan Berbuka Dan Kuiz Juga!


Assalammualaikum, Selamat tengahari semua :D

Syukur Alhamdulillah dah masuk Ramadan kedua hari ni ya.. sekejap aje rasanya.. pejam celik jap aje dah raya.. baju raya tak beli lagi nih.. dok sibuk dengan cat dinding rumah aje :))

Okay Tips untuk hari ini.... :)


Pastikan tempat isi garam sentiasa bersih dan isi di dalamnya sentiasa penuh.. kurang sahaja silalah isi.. demi kesejahteraan di dapur.. dah kalau memasak tetiba garam dah habis?
kalau ada spare kat almari tak pe.. kalau tak ada? dah satu kerja nak kena start kereta nak kena ke kedai.
Lagi pun antara bahan yang paling murah.. GARAM.. asam jawa pun mahal okeh. dah tu je nak pesan :D

Persiapan berbuka 22/7/12

Hari ini i akan berbuka di rumah mertua kesayangan pulak ya. Semalam bersama bonda dengan roti jala.
Hari ni i akan masak :

LONTONG :

  1. NASI IMPIT
  2. RENDANG TELUR
  3. SAYUR LODEH
  4. SERUNDING UDANG KERING
  5. BUBUR KACANG HIJAU BERSAMA DURIAN



Bangun masa nak siapkan sahur tadi pagi.. i terus cuci nasi impit mini dan terus rebus. Selesai i cuci pinggan mangkuk selepas bersahur.. dah siap nasi impit tu.
Buat wanita yang bekerja di luar sana tu.. hujung minggu bila nak membuat persiapan.. hah.. siapkan dulu mana bahan yang mengambil masa untuk di sediakan.. jadi bila dah selesai you all dah boleh mengemas rumah atau selesaikan urusan yang tergendala sepanjang bekerja tu kan. 


Begitu juga dengan kacang hijau masa merebus juga mengambil masa yang agak lama. Jadi sambil mencuci pinggan-mangkuk selepas bersahur.. dah selesai.. petang nanti dah tinggal tambahkan santan dan gula.. ya giteww..:)


Masa yang di ambil untuk merebus telur memang tak lama, tetapi ingat ya.. masa untuk mengupas telur tu yang ambil masa juga. Rebus awal dan petang baru di kupas kulitnya. Petang nanti nak buat persediaan berbuka dah tinggal buat rempah dan rencah.. dah settle kerja yang leceh dan memerlukan penggunaan dapur, tak giteew? ya, gitewww :D


Sekian sahaja.. tunggu malam nanti selepas pulang dari rumah ibu mertua baru ku masukkan gambar dan resipi lauk-pauk yang bakal ku masak untuk berbuka puasa tu nanti... Insya~ALLAH...
ingatkan bulan puasa i memang nak rileks dari apa jua aktiviti dan dunia penulisan... ada pulak yang nak kena settlekan.. tu yang agak kelam-kabut sedikit.... 

Sekian sahaja.. perkongsian hari ini.. jumpa nanti...


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
SOALAN KUIZ TERKUMPUL KE~13 DAH DI KELUARKAN.. SILA CARI TAGS SOALAN DI MANA-MANA YA... :))

:


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
DAN INI SOALAN KUIZ TERKUMPUL KE ~ 14



Selamat mengira :D

TATA!!



7 comments:

ibh_sue said...

Asslmkum kak sha.
Aduih! Sue nampak tempe la. Kat kl ni ssh nak jumpa tempe balut daun mcm tu. Sue ni peminat tempe. Hari ni berbuka mkn tempe goreng cicah sambal kicap pun ok jg ni.

ibh_sue said...

Asslmkum kak sha.
Aduih! Sue nampak tempe la. Kat kl ni ssh nak jumpa tempe balut daun mcm tu. Sue ni peminat tempe. Hari ni berbuka mkn tempe goreng cicah sambal kicap pun ok jg ni.

Shahriah Abdullah Novelis said...

W'salam Sue cayangg... cuba adik cari di tesco atau giant.. kekadang ada.. betul tu tempeh goreng dengan sambal kicap ternaik you! hehehe macehh cayangg

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ni dah macam raya, lontong, hehe...

i selalu pastikan stok garam sntiasa ada dalam almari

~Cik Sweety~ said...

macam menu nak beraya pula kak ehh..hehehe

Si Matatajam said...

Mantopnya menu kak. Sha .... Salam Ramadhan...

Unknown said...

Masih mencari soalan-2 yang tersembunyi. walaupun jam 12 dah telajak. hoho, semangat benor saya

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ