ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, August 3, 2012

Menu Berbuka 2hb Ogos 2012 Dan Tips Juga


Assalammualaikum... :) Syukur Alhamdulillah.. dah masuk Ramadan ke 14!! ada yang tak puasa ke?? :D
Wahh sekarang ni mana-mana blogs semua dah sibuk membuat persiapan.. antaranya mengemas rumah, pasang langsir baru.. buat biskut raya.. waduhh waduh.. samalah kita :))
Apa yang samanya? hehe.. hari ni maid yang i cakap tu sedang berhempas pulas mengemas kinikan bilik tidur tetamu di tingkat bawah.. dua bilik hokeh.. wahh dan i sekarang ni sibuk menyiapkan kerja penulisan i yang berlubur iteww.. semakin nak dekat raya.. Syukur Alhamdulillah semakin banyak rezeki yang datang.. terima kasih ALLAH.. :)

Dan telah ku tinggalkan maid itu mengerjakan segala sengkarap yang hentah zaman tok hadam! semenjak tak ada maid memang tak ku sentuh langsung 2 buah bilik tu.. paling tidak pun cuma sapu dan mop 2 minggu sekali! :)) mujur tak ada sanak saudara yang datang bertandang.. kalau ada pun cuma balik hari.. bagus kan.. :D

Okaylah sementara i ada sedikit kelapangan hari ini.. i nak share dengan you all..menu berbuka i petang nanti.. i masak simple aje hari ni.. mungkin juga boleh memberi idea buat kawan-kawan di luar sana..:)

MENU BERBUKA 2HB OGOS 2012

  1. Mee Goreng Udang Basah :D
  2. Sambal Tumis Telur :D
  3. Cucur Ikan Bilis Rangup :D
  4. Kuih Manis Beli di Bazar RM1 4 keping!! Wahhh :D
Insya~ALLAH petang nanti atau malam selepas selesai segala urusan semestinya akan i kongsikan resipi dan gambar ya.. tq kerana masih sudi singgah di blogs i yang tak seberapa ini :)

TIPS DI DAPUR



nampak tak gambar di atas tu? sorrylah yaa tak sempat nak ku edit tu yang ala-ala macam dalam kelambu aje rupa kelapa dalam tapis tu :))

Okay ini adalah salah satu tips untuk mendapatkan santan kelapa yang pekat dan cantik rupa parasnya.. semua orang dah tahu.. tak pe.. tak pe.. i kongsikan di sini sebagai rujukan i masa akan datang nanti.. manalah tahu dah terlupa.. :D


Mula-mula sekali apa yang anda perlu lakukan ialah.. mudah sahaja.
Pertama sekali selepas di parut atau kisar kelapa itu. Okay ambillah air panas mendidih yang secukupnya untuk memerah kelapa. Selepas curahkan air panas secukupnya... biarkan dalam 5-6 minit atau air panas di dalam kelapa itu ala-ala suam kuku.
Kemudian masukkan di dalam alat pengisar atau blender.. dan kisarlah sehingga halus.. ya giteeww... :)
TttttttRRrrrrrrRRrrrr.... << bergantung bunyi pengisar you all macam mana ya :D


selepas itu bolehlah di tapis.. dan perahlah dengan menggunakan segala kekuatan yang anda miliki cecewahhh :D
Lakukan berulang kali mengikut seberapa banyak santan yang anda perlukan.
Akhir sekali tapis semua santan itu di dalam penapis yang halusssss... dan hasilnya santan anda lebih pekat dan cantik rupa parasnya ya giteeewww :D

Sekian tips dan menu berbuka hari ini...:)



Tupai! Oh! Tupai!!


:))

Assalammualaikum..

TATA!!

2 comments:

bersama kak Es said...

tips ni masa Masterchef eh .. ?

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Es.. tak laa... ini tips dari Bonda sha..:)

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ