ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, September 29, 2012

Asam Pedas Telur Ikan



Assalammualaikum... Selamat bersantai petang Sabtu ya kawan-kawan :D

Hari ni i masak simple.. walaupun simple tetapi bukan mudah nak dapatkan telur ikan tenggiri tu yaa...

Siap bertempah lagi di pasar. Semalam Pak Habibi dapat beli lebih kurang dalam 400gm harga RM10 perghh.. kalah ikan tenggiri :))


Pak Habibi dan i aje yang makan telur ikan ni.. anak-anak i tak reti! bagus betulkan.. :D

so makanlah kami berdua.. itu nama tak perlu berebut yoUU aii :))

Masa nak masak tu terfikir-fikir apa yang nak ku bagaikan telur ikan tenggiri tu ya? nak goreng i takut! nanti dia meletop! opocot mak aii :))

so i buat...

Asam Pedas Telur Ikan


BAHAN-BAHANNYA :

400 gm telur ikan *cuci bersih di dalam tapis
1 helai daun limau purut *siat dan buang tulangnya
1 batang serai *titik
1/2 peket sawi asin
segenggam kecil asam jawa + 500 ml air
gula dan garam
minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
25 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan serai. 
Masukkan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau dan kecilkan api, renehkan lama sedikit.
Masukkan air asam jawa dan sawi asin, renehkan.
Masukkan daun limau, telur ikan, garam dan gula.
Renehkan sebentar dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Asam Pedas Telur Ikan



Kuah pekat, rasa lemak manis telur ikan tenggiri tu...
makankan dengan nasi panas-panas...
ikan masin jangan lupa..

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


SlurrPPppppppppppppppp ahhhh...... ;)

selamat bersantai hujung minggu bersama keluarga dan teman tersayang... :)

Jumpa nanti ya!


Tak ada idea apa nak buat petang nanti?

Jangan lupa singgah SINI >>> DIY BANGKU KAYU PART (2) 

Assalammualaikum..

TATA!!


8 comments:

Fuat Gencal said...

Hayırlı sabahlar, ellerinize sağlık. Çok iştah açıcı görünüyor. İyi hafta sonları.

Saygılar..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq so much Mr Fuar Gencal.. salam from Malaysia..:)

Bicara Kak Noor said...

salam Sha..
amboii faham bebeno ya ckp pakcik tu akak ni tak faham lah dah dtg jugak dia tapi tatau nk tulis apa haha,\

apa2 pun sedap tengok telor ikan ni nak kena cari kt supermarket ni sbb kat pasar selalu habis lah

Mat Gebu said...

Tersalah masuk lagi....kan ai dah tergoda....sabarr jee aku...Datin Seri, tu guna telur ikan apa, tenggiri's ke?..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sha kak ros suka telur ikan...suka sangat.Tapi tak pernah buat asam pedas...sedap ya??? nak kena cuba la ni.

ibh_sue said...

Asslmkum kak sha.
Hadoiii mcm lama plak tak masuk sini skodeng dapo akk.
Peh! Menyelerakan la kak

Si Matatajam said...

Terlioqnya....slrupppp...perghhh sedap tu...

hyde dea said...

argh...kecur air liur tengok asam pedas telur ikan nie....

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ