ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, September 18, 2012

Stemed Chocolate Moist Cake


Assalammualaikum.... :)


Mood membaking dah mari!
Macam selalu.. bila hujung minggu anak-anak ada di rumah... mesti nak membaking... especially kek coklat!
fav anak-anak.. Pak Habibi Tembambom i lagilah suka! :D
i okay jeee... ;)


i buat satu adunan macam biasalah kan...
tapi kali ni i ketepikan satu loyang kecik.*yang kecik tu untuk rumah i* :D

kek yang di atas tu i hadiahkan untuk biras i masa rumah dia buat open house aritu.. ala masa cuti 1 Malaysia tu.. bukan dekat-dekat weh! dekat Kota Tinggi sana tu...
masukkan dalam kotak.. dalam hati bimbang juga takut cair toping cekelat tu kan..
sekali bila sampai Kota Tinggi haah cair! :))
sikit je... tak pe.. tak pe...dah selesai dah PON! :D


i kukus dan tidak bakar sebab hasil dan teksturnya lebih halus dan moist...
buat pulak dengan sepenuh hati jiwa dan raga ku!
cecewahhh tu yang halus dan selembut sutera giteew jadinya :))

Steamed Chocolate Moist Cake



BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A :

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar double action baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 cawan serbuk koko *i guna van hauten
1sudu kecil garam halus

*BAHAN-BAHAN DI ATAS AYAK BERSAMA*

BAHAN B :

2 biji telur saiz A
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan gula pasir
5 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak jagung

CARA :

Campurkan *BAHAN B* dan pukul sehingga gula hancur dan sebati.
Masukkan ke dalam periuk dan kacau di atas api kecil. 
Sentiasa di kacau. lebih kurang 3-4 minit.
Masukkan *BAHAN A* sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di alaskan dengan kertas minyak dan oleskan dengan sedikit minyak.
Panaskan pengukus dengan api besar.
Kukus selama 30 minit kemudian kecilkan api.
Kukus lagi 30 minit.
Angkat dan sedia di makan.
Sejukkan terlebih dahulu.

Setelah sejuk bolehlah tuangkan dengan topping coklat masakan!

TARRAAA!!!

Steamed Chocolate Moist Cake



halus teksturnya... rasanya pun perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
 @_________@


tenggekkan dengan ais-krim... slurpppp ahhhhhhhhhh....


secara double apa salahnya kan kan... ;)


cuba tangkupkan pulak lagi sekeping di atasnya...


cuba ambil garfu dan kemudian masukkan ke dalam mulut!
apa tunggu lagi.. NGAPP!!!
ya.. giteeww.... pandainya :))


serius ni ehh.. i makan 2 keping! :))
cakap sini habis sini ajelah ekkk :D


mudah aje tu kan kan... dan dah selesai pun!
Abang Amin dengan Pak Habibi yang habiskan!
:D


sekian sahaja... 
selamat menjamu selera!

Assalammualaikum...

TATA!!




17 comments:

Melly Octaviana said...

Kak Shahriah... begghh.. keluar air liur liat photo nya.. hmmm rasa nak buat sekarang juga, anak anak pasti suka nih.. nyam nyam

Shahriah Abdullah Novelis said...

Melly hehee.. tengok gambar memang kecur kan kan.. selamat membaking! muahzzz

Shiela said...

Amboii Sha.. Fengsan hakaq nengok deknon.. Chop! Nk tanya jap, sukatan gula byk mana dear?

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Shiela haah kak tq.. terlupa pulak nak tulis sukatan gula. sha dah betulkan tq so much kak... 1 cawan gula pasir.. tq kak muahhzzzzzzzzz

Ayu said...

Salam kak.. nak tanya, cane nak elakkan tepung tu jadi berketul bila kita campur dalam adunan yg dimasak tu?
Sy penah wat tapi dia jadi berketul2 la kak.. malu kat mak mentua ai tau..huhu...

norhanim md zain said...

Salam Shah...eh eh..tertawan sungguh bila tengok aiskrim vanilla di makan bersama coklat kek tu..sedapnyaaaaa..tak sabar nak cuba nie..thanks shah terbaikkkkk

ibh_sue said...

Kak!..sue sebab serbuk koko habis ja tu yg tak membaking tu. Kalo tak mau membaking kek ceklat juga..
Meleleh tgk kek ceklat akak..huhuhu

Liza said...

alamaaak aiii, nape dah abis...nnt sha buat lg ye, pastu pos kat Liza....hihihhii

myda_ahmad said...

ya,ampun..terliuq daku melihat ke"moist"an kek kak sha nieeee....bila di zoom nampak ke"teksturannya" yg begitu menggoda sekali .....

PH said...

Tak tahan! I tak tahan tengok moist choc cake dengan aiskwim! Pantang! Tekstur kek ni memang nampak sangat ia halus dan moist. I must have it to EAT!!!

Anonymous said...

Salam Kak,
Nak buat lepas ni, bahan2 extra lepas raya masih ada. Agak2nya yang dimaksudkan bahan "b" kali kedua sepatutnya bahan "a". Ya? Terima kasheh, kak.

Azian Nd said...

Gebunya...nak try la..sbb tergoda dah ni...

Nur-nba said...

Marvellous... Saya tergoda.. Kak Sha.. sedapnyaaaaaa... :)

danishahumaira said...

kak sha yg bhn2 *B* yg kali ke2 tu bahan a ke kak, tq kak

Shahriah Abdullah Novelis said...

Umi cayangg okay kalau tak nak tepung bergentel-gentel... sila ayakkan dulu tepung. Sewaktu nak campurkan tepung ke dalam bahan cair haruslah berhati-hati dan perlahan-lahan ketika mengacaunya. masukkan sedikit demi-sedikit sehingga selesai dan kacau selagi bergentel.. ;)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Terima kasih di atas semua komen... jangan lupa cuba yaa.. cayang semua muahzzzzzzzzzzzzzzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

Danishuma okay tq dik.. akak tersilap taip.. BAHAN *A* sebenarnya yaa.. tq dear...:)

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ