ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, October 5, 2012

Tips Di Dapur Cili Kering

Assalammualaikum... :)

Selamat pagi semua teman-temanku :D

Sarapan apa pagi ini? i sarapan cereal aje, simple dan tulah yang paling ringkas dan mengenyangkan :D

Lama dah tak share tips di dapur.. alaa.. tips mudah aje.. yang sering i amalkan selama ni... demi meringkas dan memudahkan kerja di dapur. 

Maklumlah orang dapur ;)

CILI KERING

okay cerita pasal cili kering ni kan.. rumah i ni mana boleh jauh dengan cili kering, manjang asam pedas, gulai setiap masa :D

ada banyak cara nak stok cili kering, boleh di kisar dan kemudian simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam esbok. i jarang buat macam tu.. sebab i tak suka cedok cili kering, sukatan tetap tak sama :)

so i buat macam di bawah tu..



ambillah beberapa gengam cili kering. Sila buang biji ;)

i tak buang :D kenapa? ikut mood kalau free i buang biji kalau tak free ku cepuhkan aje dalam periuk :))

Okay pastu rebuslah sehingga cili kering lembut.

Dan toskan! biar sejuk dulu yaa...


masukkan di dalam botol atau apa sahaja bekas yang bertutup rapat.

tutup dan...



simpankan dalam peti sejuk!

bila nak di gunakan tinggal cekot! masukkan dalam blender TrrrTTTrrrrrrrrrrrrrrRRR.. :D

simple aje tu kan.. ingat yaa.. bila cili kering tak di buang biji, pastikan masa mengisar tu buh ler sedikit minyak masak dan kisar sehingga benar-benar lumat atau hancur..

selamat mencuba!! :D


Nyaman dan menyegarkan..

Pandangan dari dalam bilik opis i... hujan sekarang ni.. hujan gerimis..

sejuk aje memandang... :)



Laman i tak de daun kan kan? :))

tiap petang i dok menyapu daun kering.. keluar peluh.. seronoknyaa... *bila ada kelapangan*

kalau tak anak-anak i punya kerja :))

Sekian jumpa nanti ya..

jaga diri...

Assalammualaikum..

TATA!!



4 comments:

Mas said...

TQ kak ...
boleh try nanti..
idea yg bernas..he3

PH said...

Kalau simpan dalam peti sejuk cam tu, berapa lama boleh tahan? Saya takut berkulat :)

dZana said...

aslmkum sha.. lama nya akk tak tinggal jejak kt dpur sha ni.. selalu singgah jap2 jer.. tpi rasa rindu pulak nk usik2 sha.. hahahaha.. kalau akk lada kisar ni selalu lepas kisar terus bekukan.. entah brp byk koleksi lada kisar kt petiais akk tu.. kkdg guna sikit jer.. pas tu entah bila zaman nk memasak.. akk klau msk lauk2 ni mmg outtt... jrg dpt msk sungguh2.. cincai2 jer selalu..

Amelia said...

Hi my dearest, my method is lepas rebus air panas terus blend then masak sampai didih. Bila sejuk simpan dalam botol. Then simpan peti sejuk boleh tahan lama sikit. Bila nak masak, tumbuk bawang2x, belachan atau rempah2x then campur dengan chili paste.

Nak datang petik kelapa boleh? LOL

Have a nice weekend.

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ