ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, November 8, 2012

Cuaca Tak Menentu Ini Menu Yang Terbaik! i tell you Olls giteww...


Assalammualaikum... :)

Cuaca tak menentu.. kekadang tu di kampung i.. awal pagi dah hujan lebat.. tengahari panas terik.. ehh.. tetiba.. pagi panas terik.. petang dia hujan lebat sehingga ke malam.. hujan malam tu yang best :D

i masak simple khas untuk cuaca yang tak menentu :))

sayur bening kacang panjang + bayam gajah + selasih
kesemuanya i petik tepi rumah.. buh bebanyak naa daun selasih tu.. waduhh harummm gitewww baunya you ollss ;))


tu dia pokok kacang panjang yang Pak Habibi TembamBOM i tanam..

dah membuahkan hasilnya..

semai tak banyak.. 5 pokok je..

sekali dia berbuah!!!


hamik ko! :))


awww! nampak tak Aliff Bom! BOM! anak sedara i tu.. ya ada di rumah ni.. ponteng sekolah awal dengan alasan musim hujan kasut sekolah basah! gasak! muahahahaaa :))

yang Aliff pegang tu petikan semalam.. dah ku gorengkan dengan cendawan.. waduhhh segar-segar giteew.. goreng jangan lelama.. cempak angkat dah.. pastu ngap! Bismillah jangan lupa baca taw! awww :))

dan pagi tadi cuaca cerah... i ajak Aliff petik lagi...
dan pasal cuaca cerah.. i masakkan...

BENING KACANG PANJANG+BAYAM GAJAH+SELASIH


BAHAN-BAHANNYA :

1 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
10 biji lada hitam

*bahan di atas di tumbuk lumat*

air secukupnya
garam
bayam gajah secekak
kacang panjang terbaik dan segar dari ladang secekak
selasih segar dari ladang secekak

amboii main pakai cekak aje yerk :D

CARA :

renehkan air bersama *BAHAN TUMBUK* sehingga mendidih.
Masukkan kacang panjang dan bayam gajah, kacau sebati dan sesuaikan rasa.
Akhir sekali masukkan daun selasih, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

BENING KACANG PANJANG+BAYAM GAJAH+SELASIH


SluuUuuurrrPPppppp ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... :D


jemu dengan ikan dan ayam..

telur adalah penyelamatnya di kala cuaca yang tak menentu macam ni...

sambal tumis telur + ikan bilis

dah....


sambal tu kalau berbaki.. petang nanti calitkan dengan roti putih..

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


ikan kering gelama jangan lupa..

lawankan dengan bening dan sambal tumis telur tu perghhhhhhh


sekian sahaja perkongsian..

menu dan resipi orang kampung macam i yang duduk terceruk celah kampung tu hah!

inilah yang terbaik.. ehh dulu dok bandor KL tu pun.. lauk ni jugak yang ku sesah! belum cerita masa dok Germany dulu i masak apa! ;))



sekian jumpa lagi yaa... jaga diri...

Assalammualaikum...

TATA!!


10 comments:

MOMMYLIN said...

seronoknya ada kebun cmtu... puas hati sungguh bila berhasil.

JaSSNaNi said...

ok cantekkk.. thankss for sharing..
dinner malam ni nak masak sambal telo.. nak goreng ikan kering gelama.. .. aaaa tak sabar nak tunggu balik keje plak.. sedap nyeee..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq somuch Allene.. memang bila dah berhasil seronoknya dok gatal nak petik manjang... :)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Sama2 Jassnani... nanti dah masak post semangkuk ehhh :)

myda_ahmad said...

wah!sedap tu lagi2 tang sambal telur tu.....

Shahriah Abdullah Novelis said...

Nah! 2 ketul telur untuk K Myda hehehe

Unknown said...

salam Sha..sedapnya semua yg dihidangkan tu bening kacang tu bekenan lah sbb kak noor belum penah buat slalu mesti tumissssssssss je kalau kacang bole try nnt macih ya nak copy resepi hee

mawar merah said...

Jpantang nengok ikan kering ni..pelaris tu..lupa diet.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Wah...terliur nengok lauk Sha ni. Walaupun simple tapi menyelerakan. Baru2 ni ibu ada juga masak telur rebus masak sambal kicap tapi telur rebus tu ibu goreng dulu.

Seronok nengok kebun Sha. Tetiba rasa mcm nak berkebun juga padahal tanah cuma sehasta aje.

<a href="http://izaismail.com>http://IzaIsmail.com</a>

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ