Assalammualaikum... Ya.. seperti yang di janjikan... resipi baru dari dapur The Writer's Cooking... ;)
Gulai Daging Selasih Resipi Istimewa Daging Korban...
cukup manis sekali..;)
Kais-kais dalam peti sejuk.. ada lagi sepeket daging korban kiranya stok penghabisan ler ni :D
Syukur Alhamdulillah dapat pulak bahagian batang pinang.. jadi dah tentu-tentulah dagingnya lebih manis dan mudah empuk.. pulak ada lemak terselit celah daging tu.. perghhh....
terus ler kecur jam tu gak!
buat gulai sedap ni!
terus ler capai RAGA MISTERI i tu.. terus ke tepi rumah..
masa ni tak dapat lagi idea nak masak apa.. ingat nak buat gulai daun kesum.. dah biasa yer tak... ;)
yang mana terlepas N3 RAGA MISTERI i tu..
tu dia.. dapat idea dari daun selasih yang rimbun dan segar tepi rumah... terus petik dan terus ler dapat idea..
masa ni hati dok ler berkata-kata... sedap ke eekk???
masak gulai daging buh daun selasih??
cecuba-cecuba.. <<< cakap dalam hati sesorang :D
GULAI DAGING SELASIH
BAHAN-BAHANNYA :
BAHAN KISAR :
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
3 cm kunyit
2 cm belacan
1 sudu kecil lada hitam
40 tangkai cili kering
BAHAN LAIN :
800 gm daging segar *hiris nipis
3 keping asam gelugor *asam kepinng
700 ml air
gula dan garam
1 helai daun limau purut *siat
6-7 tangkai daun selasih *ambil daun sahaja @anggaran satu mangkuk
4 biji kentang *belah 4
kacang bendir
minyak untuk menumis
CARA :
Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN-BAHAN KISAR
Tumis lama dengan api perlahan.
Setelah pecah minyak masukkan daging dan kentang.
Kacau rata dan masukkan air dan asam gelugor.
Renehkan sehingga daging dan kentang empuk.
Masukkan daun limau purut, kacang bendir dan daun selasih.
Renehkan sehingga kuah pekat dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!!
TARRAA!!
GULAI DAGING SELASIH
komen dari Pak Habibi dan anak-anak i....
"Sedapnya! Sedapnya! Sedapnya!"
Awwww...... :D
ya, begiteeww.. tak caya.. cecuba-cecuba... ;)
ada lagi 2 resipi dari RAGA MISTERI yang ada kat atas tu bakal kukongsikan..
Soon.. Insya~ALLAH...
jumpa lagi.. jaga diri k... ;) << macam taip dalam HP ler pulak :))
Assalammualaikum...
TATA!!
4 comments:
Sedapnya Sha.... Terliur ibu nengoknya. Tak pernah cuba lagi masak asam pedas campur daun selasih. Boleh cuba resepi ni. Tq sebab bagi idea.
http://IzaIsmail.com
Tirrguda okeh dengan itu daging salai nya gulai, dah leer hujan, terbayang2 ku mencicahnya denga roti tok bai janggut....ishh sabau je aku....
Tq ibu... mesti cuba memang sedap wangi je baunya enak gitewww :D
Tan Sri ko wajib cuba.. memang terangkat cicah dengan roti bai aje memang tumbuh janggut jam tu gak! muahahaaa cecuba-cecuba... macehhhh :)
Post a Comment