ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, January 17, 2013

Bubur Berlauk


Assalammualaikum... Selamat Tengahari Kawan-kawan! << suara ala-ala Upin & Ipin :D

Cuaca di kampung i sangat cerah..
panas berbahang... mata ni kecik aje :D  *silau* ;))

kalau masak nasi alamatnya memang tak luak...
dan menu terbaik musim panas adalah Bubur Nasi..
masakkan bermacam jenis lauk yang simple...
gerenti makan tu nanti tunduk tak angkat muka... :D

Bubur Berlauk



Bubur Berlauk :

Nampak aje bermacam jenis.. tapi nak meneyediakan segala jenis lauk untuk pengiring Bubur nasi i tu simple dan mudah.. semuanya kering-kering..
kebetulan ada baki kuah lemak cili api semalam...
jadikan sup... curah atas bubur nasi..

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
*terus hilang mata hitam dan putih!* << sebab pejam mate :D

Dah Banyak kali kan kan.. i share pelbagai lauk-pauk untuk Bubur Nasi.. jadi hari ini i hanya kongsikan idea sahaja yaa.. sebab sama sahaja seperti yang lepas-lepas...

Yang mana teringin nak mencuba atau terlepas pandang.. bolehlah KLIK sahaja di bahagian kanan dan cari di bawah label : Bubur Nasi And The Gangs :D


 Bubur Berlauk:

  1. Bubur Nasi
  2. Kuah Lemak Cili Api
  3. Kangkung Goreng Belacan
  4. Ayam Goreng
  5. Tempeh Dan Ikan Bilis Goreng Garing
  6. Kacang Soya Goreng Bawang Putih
  7. Ikan Bilis Goreng Bawang
  8. Telur Masin
  9. Keropok Goreng
  10. Kicap Manis Brand Jalen :D    


Tu dia.. kuah lemak cili api baki semalam.. hangatkan... pekat-pekat tu.. simbahkan atas bubur nasi.. peh..ehhh.. ehhhh :D


Ikan Bilis Goreng Bawang, 
kali ini no kicap at all.. kering macam tu.. :)


Kangkung Goreng Belacan...
resipi pernah share sebelum ini cari di bawah label.. sayur goreng yaa.. :D


Ayam Goreng,
dah banyak kali share sebelum ini.. cari di bawah label.. Ayam Goreng :D


Keropok Goreng,
nak resipi ke?? boleh..
pergi ke kedai dan beli, pastu goreng yaa.. :D


 Kacang Soya Goreng,
kacang soya tu rebus sampai empuk, toskan dan goreng bersama bawang putih.. tabur atas bubur nasi.. terangkat!! ;))
 

 Telur Masin,
Beli dan rebus :D


Kicap Manis Brands Jalen :D
Walaupun fav i Cap Kipas Udang.. saje je tolong promote :D 

TARRAA!!!

Bubur Berlauk


 Simple aje tu kan??
Makan bubur nasi ni banyak hal.. lepas makan.. ehh.. jap.. jap lagi makan lagi..
pastu ke tandas! :D


Kang kalau tak ku keluarkan gambar yang satu ni..
Malam kang bila my PA dah free.. mesti dia tanya.. mana gambar mangkuk bubur dia??
dan kengkawan hiasan semangkuk bubur yang penuh dengan keropok tu.. hasil kreativiti my PA :D


Okay, setakat ini dulu perkongsian untuk kali ini..
petang ni i nak membaking..

sejenis kek.. i dah pernah share sebelum ini..

kek apa tu?? semestinya kek kesukaan my Bonda ;)

 
Jumpa nanti.. jaga diri...

Assalammualaikum..

TATA!!

4 comments:

faa.rosli said...

fevret bubur ni..

zila norazila said...

salam syg sha..
amboii sha kecur liur nengok nie..mmg sedap geng2 bubur tue..paling best bila dicurah kuah lemak tue..waallaaa..

umi's cup cake said...

Salam Kak Sha,
Sedapnya bubur & The Gang...kalau umi makan pasti bertambah-tambah...

zuwaidah said...

Salammmmmm....dah berbulan tak singgah sini..sekali masuk tu diaaaaa dihidangkan dengan bubur nasi and condiments. Sedapnya...makan bertambah2. Kenyang sampai esok. Fuhhhh...nak lagiiiii!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ