ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, January 15, 2013

Lemak Udang


Assalammualaikum... :)

Wahh! Hari ni masukkan N3 cepat sungguh! :D

Tak ada apa nak buat.. apa salahnya sekali-sekala masukkan N3 awal sikit kan kan.. masak pun awal.. :)

Okay tengahari ini masak menu yang simple aje.. tetapi agak istimewa sedikit.... ;)

Apa yang istimewanya tu???


Yaa, istimewa sebab udang yang terjulur penuh satu pinggan tu adalah hasil buah tangan yang di bawa pulang oleh Bonda yang baru sahaja pulang dari mengelilingi dunia! :D

Ya, lah siapa yang dah biasa follow blogs i ni mesti dah tahu kan kan..
Bonda kesayangan i yang cute mute tu mana pernah kekal lama tiap-tiap destinasi persinggahannya tu... Jap kang telefon ada di KL, jap kang telefon dah ada di Langkawi.. esok telefon dah ada di JB! :)) macam beskot laaa.. jap ada situ.. jap dah tak ada situ! :D

Udang Galah tu.. Bonda borong semasa dia bercuti di Pahang...Bonda lepak Cherating lagi you! dengan geng-geng sewaktu dengannya... seronok katanya... mau tak seronok!
i nak ikot dia tak bagi! perghhh.... :D

Bonda beli udang galah tu tak lah banyak cuma sekilo je... adalah dalam 7-8 ekor tapi besar-besar lengan Nellysha :))

i yang pesan.. kalau gi tempat bercuti yang ada laut jangan lupa beli hasil dari laut.. hah! tu yang bonda belikan untuk i tu :D cayang bonda :D   

**UDANG GALAH bonda borong tepi sungai bukan tepi laut yaa ;)**

LEMAK UDANG


BAHAN-BAHAN :

1 kg Udang galah      } buang hujungnya
1 keping asam gelugor
200 ml susu cair *ideal
100 ml air
3 helai daun limau purut   } hiris
3 batang serai     } titik
1 biji buah tomato   } belah dua
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :

6 ulas bawang merah *kecil
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
6 tangkai cili kering
14 tangkai cili padi
4 biji buah keras

CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan serai, kemudian *bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan susu cair, air, asam gelugor dan renehkan sebentar.
  3. Masukkan udang, tomato, daun limau purut dan sesuaikan rasa.
  4. Setelah kuah pekat, angkat dan hidangkan!
TARRAA!!!!

 LEMAK UDANG

i tak guna santan, sebab bonda kata kolestrol!
padahal pagi tadi breakfast baru makan lontong beli gerai tepi simpang sana tu hah! :))
bukan menghirup lagi bonda tadi pagi tau.. :D

tak pe.. tak pe..
Sebab Bonda belikan i udang galah.. walaupun tidak setinggi galah untuk i kait buah rambutan..
Cayang Bonda... MUahzzzz *dia tengah dok menonton drama korea dalam bilik tidur dia.. dengan remote control sentiasa kemas di dalam genggaman... tak tahu kenapa :D

jangan memain Bonda i pandai cakap Korea tau.. dan juga pengkoleksi tegar VCD drama Korea dan juga pengguna tetap dan setia Astro Beyond! mUahahhaaa.... :D


Sekian dulu.... terima kasih masih sudi singgah di dapur maya i ni yaa... moga hubungan yang terjalin di alam maya akan kekal selamanya... walaupun sekarang ini i memang tak dapat nak BW ke rumah kengkawan baru dan lama... take care! you all sentiasa di ingatanku :D

Assalammualaikum.....


Jumpa nanti yaa!

TATA!!!

7 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahhhh.. sedapnyer sha udang galah! kalau kat pahang tempat yg femes dgn udang galah ialah rompin.. tp udang galah bukan udang laut tau sha... hheheeee.. udang galah org tangkap kat sungai.. hehehe.. I ada update kisah my husband & geng pegi tangkap udang galah kat salah satu sungai di rompin... leh klik kat bwh tu kot2 nak tengok.. heee...
http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=5721086

Shahriah Abdullah Novelis said...

Hehehe tq Kak Madiha cayangg.. betul tu kalau silap baca macam udang tu beli di laut.. di tepi sungai Bonda beli betul di Rompin.. hahaaa.. cuma Bonda bercuti ke laut tu yang pesan camtu.. tup tap bawak balik udang sungai...:) Tq share link pada sha yaa kak.. nanti sha singgah.. ;) cayang dia muahzzzz

faa.rosli said...

sedap gilerr udang galah!

Eray Majid said...

hensemnya udang nie....lama tak makan udang galah..asyik2 jumpe udang tesco

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/mealshakes-shaklee-jangan-beri-pada.html

emma marini said...

wah..macam rendang udang kak sha...sangat yummy

akumann2803 said...

Blog yg sgt menarik dan masakan yg sgt menyelerakan. ..rasa macam nak meleleh air liur. Hihi.. salam perkenalan drpd : suteraungu87. blogspot.com

akumann2803 said...

Blog yg sgt menarik dan masakan yg sgt menyelerakan. ..rasa macam nak meleleh air liur. Hihi.. salam perkenalan drpd : suteraungu87. blogspot.com

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ