ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, April 22, 2013

Kacang Panjang Goreng Berlada ~ Resipi Majalah Aroma Edisi April 2013










KACANG PANJANG GORENG BERLADA (resipi Majalah Aroma)

BAHAN-BAHANNYA :

20 batang kacang panjang *potong 2 inci
2 keping tahu *potong kecil
2 sudu besar air asam jawa
gula dan garam secukupnya
sedikit minyak untuk menggoreng

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
50 gm ikan bilis
1 cm belacan bakar

CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *Bahan Kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan tahu dan kacang panjang, kacau sehingga kacang bertukar warna.
  3. Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasa.
  4. Angkat dan hidangkan!
Terima Kasih Majalah Aroma :)


 JOM!!! Kita Jumpa... Di PWTC..

Shahriah akan berada di sana pada 28hb April 2013 (AHAD)

Tepat jam 11 pagi ~~~~ 1 Petang

Jangan lupa!! Ada cenderahati buat semua.. Insya~ALLAH... :)

Assalammualaikum...

TATA!!!

3 comments:

fazianbatrisyia said...

sy dah khatam baca majalah tu. nampak jek terus beli tau...suka tgk perkembangan peserta master chef...tumpang gembira...selamat maju jaya ye kak sha dll tu...

kak sha mmg berbakat....

norzila said...

simple tapi sedap gini kan kak sha..

dapurCikWan said...

salam kak sha.. ;)) lama tak komen2 kat sini..rindu plak..hhihi.. nak cari majalah ni..kat ganu memang payah nak dapat.. takpa, nanti CW usahakan... boleh buat koleksi =))

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ