Ikan Kurau Masam Manis Nanas
Kacang Bendir Celur
Peria Goreng
& Sambal Asam
Ikan Kurau Goreng :D
My Pak Habibi punya fav
Goreng Ikan Masin Kembung
Perahkan Limau Kasturi untuk neutralkan rasa masin :)
Puding Coklat Pic
as a pencuci molot :D
Semuanya menu berbuka 3 Rejab.. semalam punya kess.. petang ni baru dapat kongsi pada semua..
line internet masih buat peel... :D
tu yang lambat masukkan N3 tu..
tak pe.. tak pe... yang penting i tetap berkongsi kepada semua kan kan.. :)
Ikan Kurau Masam Manis Nanas
(resipi asal i guna ikan bawal)
BAHAN-BAHAN :
600 gm ikan kurau -potong 4 ala cube *jika isinya besar (resipi asal ikan bawal)
(sapukan ikan bersama sedikit garam dan kunyit-Goreng)
1/2 biji nenas masak } potong dadu
1 biji lada benggala *i guna lada hijau } belah 2 dan potong 4
1 biji timun *i guna 5 biji tomato ceri *belah dua
1 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
100 ml air
gula dan garam secukup rasa
BAHAN KISAR :
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1sm halia
3 tangkai cili kering
CARA MEMBUAT :
- Tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
- Masukkan air, nanas, tomato puri dan tomato sos. Didihkan sehingga kuah agak pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan lada hijau dan tomato ceri.
- Masukkan ikan dan gaul sebati.
- Angkat dan hidangkan!
Resipi dari buku Sajian Istimewa Shahriah Abdullah
Ikan Kurau Masam Manis Nanas
SlurpPPpppppppppppppppppppp ahhh...
i puasa... so yang jadi tukang rasa my lil princess Nellysha..
"Kurang garam... kurang gula..."
Tu dia komen si kecik i tu..
dalam hati cuak jugak.. kang tambah terlebih aje memang!
Syukur Alhamdulillah...
Secukup Rasa!!!
Yaa... Aaa.. Awww...
Puding Cokelat Pic ini juga dari buku resipi..
Sekian sahaja dulu..
i nak turun ke dapur dah ni...
nak memasak untuk berbuka petang nanti..
bersamaan.. 4 Rejab.. Syukur Alhamdulillah...
Kepada yang berpuasa..
Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka yaa.. :)
Assalammualaikum.....
Aktiviti hujung minggu lepas..
Princess Nellysha dok kacau tolong poppa dia buaT roti.. sempena Mother's Day yang lepas :D
nanti i share ehhh.. bagi laluan menu berbuka dulu :)
Jumpa nanti..
Yaaa... Aaa.. Aaawwwww :D
TATA!!
2 comments:
adoiiii sedapnya lauk pauk...adda nk masak pun malas...hihihi
simple akak kata?...kalau saya buat dh dikira masterchef dah....hehehe...
Post a Comment