ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, May 10, 2013

Orang Kampung.. Lauk Kampung.. Peace Yaawww



Tauhu Goreng (yang lembut)
Timun Racik
Tomato potong
Sambal Kicap Cili Api *sangat BERAPI!!* 

Peace Yaawww :D 


Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

i guna udang kering and bubuh cili padi kampung banyak-banyak naa... SlurPpp... kesukaan my mom :D 


Ikan Caru Goreng Berlada

Goreng dulu ikan cencaru tu... goreng tu biar garing cikit..

Pastu masakkan sambal... pastu curah atas ikan goreng..

Perghh... Peace Yaawwww  i tell you olls :D 


Ikan Masin Gelama..

Goreng tu biar garing sikit... pastu hiriskan limau kasturi..

masa nak makan tu.. perahhh..... perghhhh...

Resipi :

Lauk Kampung 

 

Untuk Sambal Kicap Cili Api :

100 ml kicap masin *cap kipas udang
1 sudu besar cuka masakan/1biji perahan limau nipis
1 sudu teh gula pasir
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi *merah
4 tangkai cili padi *hijau

CARA :

Tumbukkan cili padi dan bawang putih sehingga hancur.
Masukkan kicap, gula dan cuka/jus limau nipis.
Genyeh-genyehkan sehingga sebati. 
Angkat dan hidangkan!
      


Ikan Caru Goreng Berlada :
  
4 ekor ikan cencaru *potong dua dan lumurkan dengan sedikit garam. Perapkan sebentar.

Untuk Sambal :

1 biji bawang besar *dadu
3 ulas bawang putih *dadu
2 cm halia *hiris batang mancis *julien
2 batang serai *titik
50 ml air
3 sudu besar sos tomato
150 ml cili kisar
 minyak
gula dan garam secukup rasa.

 *hirisan tomato & Daun sadri
 
CARA :

Gorengkan ikan cencaru sehingga garing. Angkat dan toskan.
Susunkan ikan cencaru di atas pinggan.

Panaskan minyak dan tumiskan serai sehingga naik bau.
Masukkan *Bahan di potong dadu dan juga halia.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
Masukkan air dan renehkan sebentar.
Masukkan sos tomato dan sesuaikan rasa.
Tuangkan sos di atas ikan.
Sedia untuk di NGAP!    
          

Ikan Masin goreng pun nak jugak resipi ke??

:)) ;)) :D

Okay setakat ini dahulu..

Nanti i share lagi.. ada appointment dengan anak bujang nak buat cookies... ;)

Sekian dulu... Jaga diri... senyum selalu..

Assalammualaikum..

TATA

2 comments:

adda syuhada said...

wowww sedapnya..nanti nk cuba la resepi yg ada tu..

Amie said...

Lauk orang kampung memang asyiiiikkkkkk....!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ