ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, February 9, 2011

NASI AYAM BLACK PEPPER

 
NASI AYAM BLACK PEPPER

Nak mengadu ler ni ekk.. memasak nasi ayam, tak kiralah nasi ayam ke nasi itik ke.. heee... untuk hidangan tengahari... yang lemahnya.. malam kang kena ler masak lagi ekk.. masak sebab nasi ayam ni kalau di makan sekali di telan jam tu gak lenyap! tanpa kesan pulak tu! adehh.. dehh.. dehh.. tu la yang malas benor nak memasak ALL 3 IN 1 ni ekk.. mesti kena memasak.. memasak.. memasak lagi.. gengs kat rumah ni suka.. so memasak ler jugak ekk.. memasak dengan penuh rasa ikhlas dan penuh kasih sayang... Ggggrrrr.... okay kali ni i share resipe ikut gambar oke! satu persatu akan i tunjukkan gimana cara nak memasak NASI AYAM BLACK PEPPER yang semudah idak ni... cuma... cuma.. tahukah anda bila nak mengedit resipe ni dalam blogs punyer ler leceh! memasak jap aje tau.. tau.. 

JOM!!! SALIN RESIPE!!
NASI AYAM BLACK PEPPER
 KITA MULAKAN DENGAN BISMILLAH..
KEMUDIAN KITA START DENGAN AYAM PANGGANG DULU OKE KENGKAWAN!!
AYAM BLACK PEPPER
Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam segar ~ usah di potong biar seekor camtu. cuci bersih dari kotoran, bulu dan isi di dalam perut ayam. ketepikan
  • *bahan di bawah sila tumbuk lumat ~
  • *2 inci halia
  • *4 ulas bawang putih
  • sedikit garam
  • 7 gelas air (atau agak-agak sehingga ayam tenggelam)
Cara Menyediakannya :
  • Didihkan air dan bahan-bahan yang ditumbuk bersama sedikit garam
  • setelah mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit atau ayam separa empuk
  • angkat ayam dan toskan. Air rebusan ayam ketepikan untuk di buat sup
Bahan-bahan Untuk memanggang ayam :
  • * sila tumbuk lumat
  • *3 sudu kecil lada hitam
  • *1 inci halia
  • *4 ulas bawang putih
  • 50gm mentega
Cara memanggang Ayam :

  • Lumurkan *bahan-bahan yang di tumbuk dan mentega keseluruh bahagian ayam
  • alas dulang pembakar dengan kertas minyak atau aluminium foil
  • panggang dengan suhu 200'c selama lebih kurang 30 minit atau ayam keperangan
  • angkat dan hidangkan!
SOS BLACK PEPPER

Bahan-Bahannya :
  • 1 biji bawang merah ~ potong kasar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu kecil lada hitam
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 gelas air stok ayam/daging (shasha guna stok daging)
  • 2 sudu besar mentega
Cara menyediakan Sos Black Pepper :
  • panaskan mentega di dalam kuali
  • masukan bawang merah, bawang putih dan lada hitam
  • sehingga keperangan. masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati
  • masukkan air rebusan/stok daging atau ayam
  • kacau rata
  • angkat dan kisar sehingga halus
  • sedia untuk di hidang!
 SUP SIMPLE CARROT & CELERY
 Bahan-bahannya :
  • *1 biji bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *bahan di atas tumbuk lumat
  • 1 batang carot ~ potong dadu
  • 1 batang celery ~ potong dadu
  • 3 ketul tulang ayam
  • 5 gelas air baki rebusan ayam
Cara memasak sup :
  • tumiskan bawang dan bawang putih sehingga naik bau
  • masukan carot dan celery juga tulang ayam
  • masukkan air rebusan ayam
  • dan masak sehingga mendidih sesuaikan rasa
  • dan hidangkan!
Sayur Ulaman 
 Sayur : TIMUN + TOMATO + SALAD + BAWANG MERAH
 Untuk bahan tabur ~ 
daun sadri dan daun sup dan bawang goreng
NASI AYAM
 Bahan-bahannya :
  • 3 pot beras ~ rendam lebih kurang sejam kemudian toskan (beras siam lebih sesuai)
  • *Bahan di bawah sila tumbuk lumat
  • *2 inci halia
  • *4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 helai daun pandan ~ siat dan ikat
  • air rebusan ayam
Cara memasak nasi ayak :
  • Panaskan periuk nasi dengan mentega dan minyak masak
  • tumiskan * bahan-bahan yang di tumbuk tadi dan daun pandan
  • masukkan beras dan goreng sekejap
  • masukkan air rebusan ayam
  • dan masak sehingga tanak!
  • sedia untuk di hidang!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
NASI AYAM BLACK PEPPER
NASI AYAM BLACK PEPPER
NASI AYAM BLACK PEPPER
 Amacam?? nak memasak tu lebih mudah dari nak masukkan gambar dan resipe ke dalam blogs kesayangan i ni oke.. sayang punya pasal i share jugak ekk.. ekk..
selamat mencuba!!!
MENU TENGAHARI 9HB FEBRUARI 2011
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

Tuesday, February 8, 2011

TAUHU GORENG HARTA KARUN

 
TAUHU GORENG HARTA KARUN

Wah! Cewah! Cewah! nama aje dah gempak! tahukah anda nak membikinnya jugak gempak! resipe bukan sebarangan resipe oke! resipe berasal dari Surabaya! My Neng Naya yang punya resipe... dah lama dah dia dok ler cakap nak membikin, namun tak ku endahkan, bukannya stok tauhu tak ada, stok tauhu sentiasa ada dalam peti beku tu oke. Akhirnya bila dah jemu telinga ni asyik mendengor aje My Neng Naya tu dah macam langau aje kat tepi telinga i ni ekk.. cenggini dia kalau cakap ekk.. "Yuk Buk... buat tauhu isi! tauhu isi! tauhu isi! tauhu isi! tauhu isi!" perghh..kalau langau! hehe... patutlah dianya berisi jer ekk, rupanya selalu makan tauhu isi! hehe.. itu nama asalnya ler eekk.. now ni bila i yang bikin, terus jadi nama lain oke! lecehhhhh!!! nak membikinnya.. nyesal pun ada jugak! ahaa.. tapi hasilnya i tell you! memang superb!

JOM!! SALIN RESIPE!!
TAUHU GORENG HARTA KARUN
 Bahan-bahan untuk intinya :
  • 1 cekak mee hoon ~ rendam dan toskan
  • **bahan di bawah sila tumbuk ~
  • *1 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1 sudu lada putih
  • *Tumbuk sehingga lumat
Sayur untuk inti :
  • 1 batang karot ~ hiris
  • 3 kelopak kobis ~ hiris
  • 2 batang daun bawang ~ hiris
  • 1 genggam taugeh
  • 1 batang lada merah ~ hiris
  • 1 batang daun sadri
Cara memasak inti :
  • Panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk sehingga naik bau
  • masukkan mee hoon dan sayur-sayuran
  • kacau sehingga mee hoon lembut dan sesuaikan rasa angkat dan ketepikan (sejukkan)
Bahan Untuk Tahu/Kulit :
  • 7 keping tahu ~ goreng terlebih dahulu dan korek isi di dalamnya (isi tauhu simpan untuk masakan lain)
  • 8 sudu besar tepung gandum
  • *1 sudu besar ketumbar
  • *2 ulas bawang putih
  • *Bahan bertanda sila tumbuk lumat
  • kemudian campurkan tepung dan *bahan yang di tumbuk lumat. sedikit garam
  • sumbatkan tauhu yang telah di goreng dan di keluarkan isinya dengan inti mee hoon yang telah sejuk di goreng tadi. sumbat sehingga padat. lakukan sehingga habis
Cara Untuk menggoreng :
  • Panaskan minyak penuh
  • celupkan tauhu yang telah di isi dengan harta karun ke dalam tepung dan goreng sehingga keperangan atau garing
  • angkat dan toskan
  • hidangkan bersama sos cili atau sambal kacang!
TENGG!! TARRAAA!!!!
TAUHU GORENG HARTA KARUN
TAUHU GORENG HARTA KARUN
 TAUHU GORENG HARTA KARUN 
 Aduhaii... amacam?? (suara lemah aje..) sama naik lecehnya menaip dan memasak TAUHU GORENG HARTA KARUN tu oke! kalau you all ada appointment... uruskan ler appointment tu dulu ekk.. memang leceh! i tell you! tapi.. sedap YouUUU.. yer ler.. yang masuk dalam mulot tu harta karun ler katakan!
heehhe... selamat mencuba!!!
TATA!!
P/S ~ Kalau ada yang tertinggal atau macam lintang pukang tu harap maaf ler yer.. memang susah i nak terangkan gi mana cara nak membuatnya.. susah tak ler susah cuma leceh sikit jerk! hehee..

Shahriah Abdullah Novelis

AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD

AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD

Wah! Wah! cewahh.. cewahh!
petang tadi tak de kerja nak buat, sedang terkulat-kulat tu hehee.. tekak ni teringin ler pulak nak makan Puding jagung! menuju ler ke dapur! ehh! ehh! terjatuh pulak peket agar-agar berdepik! terus ler buat Agar-agar jagung berkuah kastard dengan motto 'AGAR TEKAKku terasa lega..' cewahh! terus ler membikin... yek ele.. mudah ler sesangat ekk... kalau sesiapa yang baca N3 resipe i kali ni.. ini ler peluang you all nak cuba-cuba membuat juadah minum petang ekk.. macam mana punya campak pun memang akan jadi agar-agar! pastu bila ko sudu ke molut cenggini bunyinya... 'SLURRPPP..' bunyi apa tu?? bunyi i hirup kuah kastard ler... hehhe..

JOM!! SALIN RESIPE!!
AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD
 Bahan-bahan :
  • 1 peket agar-agar kering
  • 1100ml air 
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 sudu teh pewarna kuning
  • 1/2 tin jagung kasar/cream
  • 5 sudu besar kismis untuk tabur
  • 2 biji ceri merah untuk hiasan

Untuk Kuah kastard :
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur sahaja
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 gelas air
  • 5 sudu besar gula pasir
  • sedikit garam
  • **CARA MEMBUAT KUAH KASTARD ~ campurkan kesemua bahan-bahan sehingga rata dan tapiskan. tenggekkan di atas api dan kacau sehingga meruap. sesuaikan rasa dan sejukkan terlebih dahulu!
Cara Memasak Agar-agar :
  • campurkan air dan agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar hancur
  • masukkan gula pasir dan kacau lagi sehingga gula larut
  • masukkan susu cair dan sedikit pewarna kuning
  • angkat dan tapiskan
  • isi jagung ke dalam acuan dan tuangkan adunan agar-agar sehingga habis
  • biarkan set/beku
  • kemudian hidangkan bersama kuah kastard dan taburkan kismis dan juga ceri!
TENGG!!! TARRAA!!!
AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD
AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD
AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD 
 YUMMY!! yummyy!!!
 Amacam? mudah ajekan.. nak buat puding ni jangan risau-risau gerenti menjadi punya! yang penting sukatan air tu kena betul.. terkeras sikit tak per... kalau cair cammana shasha???
Uishh.. dah gerahu bertanya ler pulak yerkk.. kalau cair ko jadikan aje ler bubur yerkk.. alang-alang dah tak boleh di cetak! hahaa!!!
selamat mencuba!!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

KEK MARBLE TIGA RASA

 
KEK MARBLE 3 RASA 

Ewahh... ewah.. cepat aje kali ni i masukkan resipe minum petang ekk.. cenggini ceritanya... nak mengadu ler ni ekk.. ekk.. Bonda tersayang yang request nakkan sekeping kek marble untuk dia bawa kerumah kawan lamanya yang ada buat kenduri... so i bakarlah kek marble tu malam tadi... kenapa ekk?? orang dulu-dulu suka kek marble??? agaknya kek ni mudah dan enak, lemak aje rasanya ekk.. i pun buat ler dua buku.. satu untuk kawan bonda dan seking untuk i kunyah di petang hari bersama kopi O! wah dan juga tak lupa untuk you all yang setia menjengah ke blogs kesayangan i ni ek.. sayang anda juga! psst.. buat kek marble ni ada macam-macam resipe.. so i share yang simple idak tetapi rasanya cukup luar biasa You... macam ikan siakap 3 rasa gituh! mengader ler tu hehe..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KEK MARBLE 3 RASA

 Bahan-bahannya :
  • 4 biji telur ayam
  • 250gm mentega (unsalted butter)
  • 280gm gula kastor
  • 100ml susu cair
  • sedikit garam (secubit)
  • 1 sudu kecil ovellete
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 300gm tepung + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu soda bicarbonat (ayak bersama)
  • 1 sudu perisa strawberry + 1 sudu teh pewarna pink
  • 1 sudu besar serbuk koko ~ bancuh dengan 4 sudu air
  • 1 biji oren ~ parut kulitnya
  • 1 sudu teh perisa oren + parut kulitnya
  • 1 biji loyang yang telah di alas bawahnya dengan kertas minyak dan sedikit mentega
Cara menyediakannya :
  • Putar mentega dan gula sehingga kembang
  • masukkan telur sebiji demi sebiji putar sehingga kembang
  • masukkan ovellete dan putar lagi.
  • masukkan susu cair dan secubit garam, vanilla dan putar lagi
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan kacau rata
  • bahagiakan kepada 3 bahagian ~ perasa oren ~ perisa strawberry ~ perisa koko
  • masukkan adunan berselang seli sehingga habis
  • bakar di dalam ketuhar suhu 150'C selama 50~60 minit
  • setelah masak sejukkan terlebih dahulu
  • potong dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
KEK MARBLE 3 RASA
KEK MARBLE 3 RASA
KEK MARBLE 3 RASA 
 Psttt... mudah aje kan! mula-mula tu memang ler segalanya macam tak kena.. buat tiap hari! lama-lama terrorlah tu! hehee..:):)
 selamat mencuba kawan-kawan!!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

GULAI KELADI BERSAMA SIPUT SEDUT

 
GULAI KELADI BERSAMA SIPUT SEDUT
Wah! terus ler mulot tu termuncung-muncung ke depan tu ekk.. bukan selalu masak lauk gulai keladi bersama siput sedut ni tau.. kebetulan semalam ke Pasar Malam.. belilah barang sekilo.. tu yang masakkan bersama keladi... memang syiok! selalunya makan di luar sahaja... kali ni terajin ler pulak! hehe... sebab siput tu.. my neng naya yang potong belakang kulit siput tu ek.. tang bila siput tu merayap tu yang tak sanggup yOu!! tapi bila dah digulai.. amboihhh.. penuh kulit siput tepi pinggan i You hehe...
JOM!! SALIN RESIPE!!!
GULAI KELADI BERSAMA SIPUR SEDUT
 Bahan-bahan di kisar halus :
  • 15 batang cili kering
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
Bahan-bahan lain :
  • 1 kilo siput sedut ~ cuci sebersihnya dari lumpur dan kerat hujung kulit siput. cuci bersih dan ketepikan
  • 5 batang daun kesum
  • 1 peket batang keladi ~ panaskan air sehingga mendidih baru celur batang keladi, setelah layu, angkat dan toskan
  • 3 keping asam gelugor
  • gula dan garam
  • 4 gelas air
Cara Memasak :
  • Masukkan siput ke dalam periuk
  • masukkan bahan-bahan yang telah di kisar halus
  • masukkan 4 gelas air
  • masukkan asam gelugor
  • dan didihkan
  • setelah mendidih masukkan sayur keladi yang telah di celur dan daun kesum
  • didihkan sehingga kuah agak pekat sedikit
  • sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
GULAI KELADI BERSAMA SIPUT SEDUT
GULAI KELADI BERSAMA SIPUT SEDUT
GULAI KELADI BERSAMA SIPUT SEDUT 
 Psstt.. mudah aje kan?? yang leceh tu nak menyiang siput tu! boleh merayap satu rumah!
yewwww.. tapi sedap di sedut selepas di gulai oke!
slurRRrrPPPPPPPPPppppppppppppp..... Yummy!!
 hidangan tengahari 8 FEBRUARI 2011
selamat mencuba!!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

ROJAK BUAH

ROJAK BUAH
Sebut aje rojak buah.. terus meleleh aje ekk.. nak.. nak kunyah depan tangga wah! ajak pulak jiran tetangga! aje memang! Cuaca panas hari ini... dah tak tahu nak masak apa.. masak sayur dah tak laku.. ku rojakkan aje buah-buah yang ada dalam peti beku tu ekk.. menci tau sebut beku! Wah! sesiapa yang tengah berdiet ni memang bagus ni ekk.. ratah camtu aje... tak payah makan nasi! cukup bulan.. dah boleh di pakai kebaya 10 tahun yang lalu! ahakz!
JOM!! SALIN RESIPE!!
ROJAK BUAH
 Bahan-bahan di kisar :
  • 8 batang cili padi (kalau suka pedas tambah lagi cili)
  • 4 sudu besar petis udang
  • 2 inci gula melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 100ml kicap masin
  • 1 cawan kacang yang telah di goreng terlebih dahulu
  • 1 sudu besar air asam jawa
Cara menyediakan kuah rojak petis :
  • campurkan kesemua bahan di atas
  • kisar sehingga hancur
  • sesuaikan rasa dan hidangkan
Buah-buahan : (ikut suka)
  • 1/2 biji nenas ~ hiris
  • 1 biji buah lai ~ hiris
  • 1 biji sengkuang ~ hiris
  • 1 biji jambu batu ~ hiris
  • 1 biji epal merah ~ hiris
  • 3 biji jambu air ~ hiris
  • dan lain-lain buah yang anda suka
  • susun buah-buahan
  • taburkan kuah petis di atas buah dan taburkan dengan sedikit kacang kisar
  • hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
ROJAK BUAH
ROJAK BUAH
ROJAK BUAH
 Amacam? mudah bebenau aje tu kan???
selamat mencuba kawan-kawan!
menu hidangan 8 FEBRUARI 2011
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

Monday, February 7, 2011

RENDANG HATI

 
RENDANG HATI
Rasanya dah lebih 3 tahun tak masak rendang hati lembu.. kalau hati ayam tu biasa memang ekk.. bila memasak tu teringat masa duk di asrama dulu... tiap hari selasa ini ler hidangan kami di dewan makan kolej dulu hehe.. kiranya nostalgia ler ni ekk.. rasanya aduhaii... entahlah tak tahu nak cakap cemana ekk.. yang penting bila suap aje ke mulot terus ler teringat kat kenagan lalu.. adeh.. deh.. deh.. dah tua ke aku ni ekk?? hehe.. 
JOM!! SALIN RESIPE!!
RENDANG HATI
 Bahan-bahannya :
**DI KISAR HALUS :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar kerisik
  • 8 tangkai cili kering
  • 2 sudu besar serbuk kari udang
  • 1/2 biji kelapa ~ jadikan 2 gelas santan
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 kilo hati lembu yang segar ~ potong nipis lebar 2 inci
  • 2 helai daun limau purut ~ siat buang tulangnya
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak tumiskan bahan-bahan di kisar halus sehingga naik bau dan garing sedikit
  • masukkan hati lembu dan santan juga daun limau purut
  • renehkan dengan api sederhana sehingga hati lembu empuk
  • sesuaikan rasa, bila kuah pekat dan hati empuk
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
RENDANG HATI
RENDANG HATI
RENDANG HATI
 Amacam? mudah aje kan?? jangan makan hati udah ler ekk.. hehe.. apa pun sekadar berkongsi,  tiada melibatkan hati sesiapa pun...
 Hidangan kami sekeluarga 7 FEBRUARI 2011
selamat mencuba kawan-kawan!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

LEMAK TUMIS SAYUR BAWANG

LEMAK TUMIS SAYUR BAWANG
Lemak Tumis sayur bawang... siap tulis tumis lagi ekk.. hehe.. tu yang bestnya bila kita jadi tukang masak ni ekk.. masak ler apa jenis pun.. sama ke tak serupa ke.. ko bubuhkan nama resipe tu ikut sedap mulot! hehe.. tapi kena ler kena dengan temanya yer tak? so tengahari tadi i masak lauk lemak sayur bawang bertumis dan tidak ku cepuh cenggitu jerk ek.. satu lagi ni nak mengadu ler ni.. apa ke nama sayur tu??? bila di tanya dengan Bonda katanya.. 'sayur bawang ler...' yer kan aje ler... 
JOM!! SALIN RESIPE!!
LEMAK TUMIS SAYUR BAWANG
Bahan-bahannya :
  • 3 batang sayur bawang ~ potong 3 inci dan belah dua
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ikat sohoon ~ rendam
  • 1 batang lada merah ~ hiris
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • 2 keping tahu ~ dadu
  • 2 keping tempeh ~ dadu
  • 1/2 biji kelapa ~ jadikan 4 gelas santan
Cara memasak :
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang merah, bawang putih, lada merah dan ikan bilis sehingga naik bau
  • masukkan santan dan renehkan
  • masukkan sayur bawang dan soohoon
  • renehkan sebentar sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
LEMAK TUMIS SAYUR BAWANG 
LEMAK TUMIS SAYUR BAWANG
LEMAK TUMIS SAYUR BAWANG
 Info : bonda cakap kalau tiba perayaan tahun baru cina, sayur ni memang sentiasa berlubur! hehe.. yer ler, buat steam pun sedap ni ekk...
selamat mencuba!!
menu tengahari 7 FEBRUARI 2011
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

KETAM KUKUS HALIA

KETAM KUKUS HALIA
Hmm... ketam lagi! rumah ni mana boleh jauh dengan ketam! ketam tu pulak bila i kepasar aje.. manjang aje adanya ekk! asyik di kari, di goreng, di black pepperkan.. kali ini Shasha masak simple aje..'STEAM!' ringkas, mudah dan yang paling bestnya.. rasa ketam tu tetap rasa ketam tak ler sarat dengan sambal atau santan. Hidangan sihat pun yer jugak ni ekk..
JOM!! SALIN RESIPE!!
KETAM KUKUS HALIA
 Bahan-bahannya :
  • 1 kg ketam ~ bersih dan toskan
  • 2 inci halia ~ dadu
  • 4 ulas bawang putih ~ pecahkan/titik
  • 1 batang serai ~ potong dua dan titik
  • 1 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
  • 1 batang celery ~ hiris
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan sebentar halia, bawang putih dan serai
  • kemudian taburkan di atas ketam yang di masukkan ke dalam mangkuk stainless steel
  • taburkan lada hitam dan celery di atas ketam
  • taburkan sedikit garam
  • kukus selama 15-20 minit atau sehingga ketam masak
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
KETAM KUKUS HALIA
KETAM KUKUS HALIA
KETAM KUKUS HALIA
 Psst.. ni tips juga tau ni.. memang berkesan untuk semua.... kalau ada yang terkena demam cikukunya (betul ke ejaan tu ekk?) buat ler masakan ketam macam ni... Insyallah akan sembuh penyakit kita tu ekk.. telah di amalkan. memang berkesan i tell you... ~wallahualam~
 hidangan tengahari kami sekeluarga 7 FEBRUARI 2011
selamat mencuba!!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

Sunday, February 6, 2011

AYAM GORENG RANGUP TEMPURA

 
AYAM GORENG RANGUP TEMPURA
KRupPP... KRAappPPPP... KRuuuPPP... KRAppp... wah! cenggitu bunyi ayam goreng rangup tempura tu oke! aje memang sedap! rangup! dan enak... udah ler semudah idak.. eee.. macam malas nak masak sesusah lepas ni hehe.. kalau dah masak lauk semudah idak cenggini guper gengs serumah makan bertambah aje memang ler syiok yOUuu!! you all mesti cuba oke! dah ler jimat masa... ehh... ehh... jimat masa pulak tu! best tul! ekk.. ekk..
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
AYAM GORENG RANGUP TEMPURA
 Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam ~ potong dan cuci bersih ~ toskan dan keringkan
  • 1 peket tepung tempura
  • 1 sudu besar serbuk lada kering
  • sedikit garam dan gula
  • minyak untuk menggoreng
Cara memasak :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas bersama ayam yang telah di keringkan terlebih dahulu
  • perapkan selama 1 jam
  • panaskan minyak goreng dengan api sederhana
  • setelah garing
  • angkat dan hidangkan!!!
 TENGG!!! TARRRAA!!!
AYAM GORENG RANGUP TEMPURA
AYAM GORENG RANGUP TEMPURA
AYAM GORENG RANGUP TEMPURA  

 mudah aje kan.... best!
selamat mencuba!
 menu tengahari i 6 Februari 2011
selamat mencuba!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

TOFU JEPUN & BROCOLI BERSOS TIRAM


TOFU JEPUN & BROCOLI BERSOS TIRAM
 Aduh.. rasanya dah berabat tak masak lauk ni tau... ada setengah tahun agaknya.. stok tofu jepun tu sentiasa ada manjang oke.. entah kenapa agaknya masa tengah kais terkuis-kuis peti sejuk tu.. bedebup! tergolek cik tofu jepun tu haha... anggornya dah tak sanggup nak duk lelama dalam peti sejuk tu kot! maka ku masakkan ler dengan brocoli yang kaya dengan khasiatnya...
JOM!! SALIN RESIPE!!!
TOFU JEPUN & BROCOLI BERSOS TIRAM

 Bahan-bahannya :
  • 3 ulas bawang putih ~ dadu
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dengan 4 sudu air
  • 1 buku brocoli ~ potong kecil
  • 3 batang tofu ~ potong serong ~ goreng sebentar angkat dan toskan
Cara Memasak :
  • Panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan brocoli dan kacau rata
  • masukkan sos tiram dan kacau lagi, sesuaikan rasa. masukan tofu jepun
  • masukkan tepung jagung yang telah di bancuh angkat dan hidangkan!
TENG!!! TARRAA!!!
TOFU JEPUN & BROCOLI BERSOS TIRAM  
TOFU JEPUN & BROCOLI BERSOS TIRAM 
 TOFU JEPUN & BROCOLI BERSOS TIRAM   

 YUMMY!! YUMMY!!!
 menu tengahari 6 FEB 2011
simple aje kan? jangan lupa cuba oke!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

ASAM REBUS NENAS TENGGIRI

 
ASAM REBUS NENAS TENGGIRI
Ni kiranya penghabisan stok ler ni... ada nenas 2 biji terkongteng-konteng dalam bakul.. bila ku belah ada yang dah busuk! dapat ler dalam 5 hiris.. cek peti beku ada sejoreng dua ikan tenggiri. Di goreng kang tak jadi lauk! haha.. bahasa orang dulu-dulu ekk.. maka ku combined kan kedua-dua tu maka jadi ler ASAM REBUS NENAS IKAN TENGGIRI... selalu jugak masak lauk ni, dah pernah share sebelum ni, tapi macam biasalah.. resipe tetap berubah-ubah... apa taknya main campak dan kisar jerk kan...cuaca pulak panas mencetang! aje memang SluRRRRppp.. hirup kuah nenas tu weh! sedap ko!

JOM!! SALIN RESIPE!!
ASAM REBUS NENAS TENGGIRI
ASAM REBUS NENAS TENGGIRI
ASAM REBUS NENAS TENGGIRI 

 Bahan-bahannya :
  • **Bahan di bawah sila kisar halus
  • 1 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 sudu kecil belacan bakar
Bahan-bahan lain :
  • 4 keping ikan tenggiri potong dua
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji nenas kecil ~ hiris
  • 5 gelas air
Cara memasak :
  • campurkan kesemua bahan-bahan kisar ke dalam periuk bersama 5 gelas air
  • asam gelugor dan renehkan sehingga mendidih
  • masukkan nenas dan ikan
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!!
 TENGG!!! TARRAA!!!
ASAM REBUS NENAS TENGGIRI
ASAM REBUS NENAS TENGGIRI
ASAM REBUS NENAS TENGGIRI

 Amacam? mudah ajekan...
jangan lupa cuba oke!
 gambar di atas menu tengahari i 6 Februari 2011
simple yet delicious!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ