Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman yang sudi singgah di dapur ku ini... :)
Terima kasih juga kerana meninggalkan jejak... amat ku hargai... terima kasih teman.. :)
Mood masih bersantai dan bercuti... tak ke mana-mana hanya terperap di rumah.. hobi yang paling i suka :))
Mood nak bercuti nampaknya bertangguh lagi selain tak cukup korem :( tak reti betul bercuti kalau tak
cukup anak-anak ni taw! rasa macam semacam aje.. alahaiii << bukan mengeluh.. tapi sayu ;)
dan percutian nak ketempat jauh nun sana tu terbantut dek ada beberapa undangan yang wajib ku hadiri.. wahh nampaknya dah mula nak busy ni.. kalender bulan July awal minggu dah penuh berpangkah! hadoii kerja penulisan dah lama tak bercuit...
pulak jenis tak reti kalau nak menulis tu ada gangguan... so bagi laluan dahulu.. bila dah free esok tu nanti baru sambung semula.. apa pun nak kena selesaikan kerja penulisan tu sebelum bulan puasa.. sebab i nak rileks dan beramal sepanjang bulan puasa tu nanti.. cecewahhh.... ;)
Pak Choy Goreng Sos Tiram
Bahan-bahannya :
1 peket sayur pak choy *potong dua dan cuci bersih
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap cair
sedikit minyak bijan
sedikit garam
minyak
BAHAN HIRIS :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih *dadu
1 tangkai cili merah
CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN HIRIS* sehingga naik bau.
Masukkan sayur pak choy, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan.
Kacau rata, sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!!
Pak Choy Goreng Sos Tiram
Daging Goreng Kunyit bersama Peria
BAHAN-BAHANNYA :
1/2 batang peria *hiris dan gaul bersama garam, perapkan sebentar. Cuci bersih*
200 gm daging *batang pinang dan hiris* + lumurkan bersama 2 sudu besar serbuk kunyit dan sedikit garam. Perapkan sebentar.
sedikit minyak
sedikit serbuk lada sulah
BAHAN HIRIS :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA :
Panaskan sedikit minyak dan gorengkan daging terlebih dahulu sehingga bertukar warna *i guna daging batang pinang so tempoh memasak amat singkat*
Masukkan sayur peria, serbuk lada sulah, dan *BAHAN HIRIS*
kacau rata, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!
Daging Goreng Kunyit bersama Peria
Kacang Bendir Goreng Ikan Bilis Dan Telur
BAHAN-BAHANNYA :
7 tangkai kacang bendir *potong serong
150 gm ikan bilis
1 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
minyak
gula dan garam
BAHAN HIRIS :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi hijau
CARA :
Panaskan sedikit minyak. Dan tumiskan *BAHAN HIRIS* sehingga naik bau.
masukkan ikan bilis dan goreng sehingga agak garing.
Masukkan kacang bendir dan telur.
Kacau rata, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!!
TARRAAA!!!
Kacang Bendir Goreng Ikan Bilis Dan Telur
Simple aje semua sayur goreng tu kan.. semuanya hidangan yang i masak beberapa hari yang lalu.. ada juga yang ku jadikan bekal masa piknik tu.. masa sangat terhad nampaknya sekarang ni... :)
kerja seharian dah mula nak berjadual kembali, kalau tak memang tak terbuat rasanya... kain baju yang sepatutnya perlu di gosok.. ehhhssss.. awal lagi dah ku gosok! hantar ke dobi! selesai satu kerja muahahahaa :)) :)) :))
Syukur Alhamdulillah... :)
Kedua-dua karya terbaru ku antara yang terlaris dalam carta Grup Buku Karangkraf Syukur Alhamdulillah...
Berkat usaha, tak pernah jemu untuk terus berkarya dan menghasilkan karya yang lebih bermutu buat tatapan semua peminat Karya Shahriah.. terima kasih semua.. hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya... semoga rezeki kawan-kawan semua melimpah ruah.. Aamin... :)
Jumpa lagi!!
CoPppp!! ada minum petang tak nanti???
Hehhhhh ada kot! ;)
TATA!!
