ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, February 23, 2011

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

 
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

Al-kisah tentang cik puan Petai tu ekk... ada ler dua papan terjuntai kat pokok belakang rumah tu.. dengan bangganya Pak Habibi telah menjolok dengan galah panjangnya nak mencecah ke langit! huar... huar.. huar... bila dah jatuh ke tanah... alahai... cenonet aje ko isinya! ala-ala besor anak guli ekk.. bukan guli oke.. anak guli... kang ku buat ulam ada yang putih mata.. lagi pun petai i kurengz sikit kalau buat sambal memang suka! so jadi ler.. SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI... walaupun nak kena kais baru terjumpa sanga cik puan petai tu ekkk hehe.. tapi baunya.. mak aii... pak aii... satu rumah oke!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
Bahan-bahan di kisar :
  • 1 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 25 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar belacan (tips bakar belacan gi cari kat label ~ TIPS DI DAPUR)
Bahan-bahan lain :
  • 300gm ikan bilis ~ cuci bersih dan goreng terlebih dahulu
  • 2 papan anak petai ~ goreng terlebih dahulu
  • 2 biji bawang besar ~ hiris
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • gula dan garam
  • **sambal tumis i memang pedas dan manis.. sambal tumis orang Johor
Cara memasak :
  • Panaskan minyak. tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing (api sederhana dan biar lama sikit menumis tu ekk baru ada kelesss)
  • masukkan air asam jawa, masukkan gula dan garam
  • masukkan ikan bilis, petai dan bawang hiris
  • sesuaikan rasa dan renehkan sehingga sambal pekat
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!!! TARRRAA!!!
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
Rasanya wajib manis, pekat dan pedas! baru namanya sambal JOhor! kalau dah ada sambal tumis ni... petang karang punya menu minum petang pasti ada kesinambungannya.. cewahhh!!! tunggu resipe minum petang!!! nanti.... selamat mencuba kawan-kawan cayang awak muahh... ciuman di angin lalu ini hanya untuk kaum hawa sahaja....:):):)
HIDANGAN MENU TENGAHARI 23 FEBRUARI 2011
  • SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
  • SUP BEBOLA AYAM BERSAMA SAYUR (BUAT SENDIRI BEBOLA AYAM TU EKK)
  • IKAN MASIN GELAMA
  • ULAM JERING
  • DAH!!! AJE MEMANG GANDINGAN YANG MANTOP!!
TATA!!!





No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ