ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, May 24, 2011

CARU BERLADA


CARU BERLADA

Muahahaa.. gelak besorr sikit.. kengkawan yang dah biasa jengah blogs i ni mesti dah dapat agak apasal dok gelak jerk ni.. yer.. bertemu lagi kita dengan Encik Ikan Caru paberet Pak Habibiku yang chubby tu ekk.. uisshhh kalau di kira-kira dekat sebulan lebih jugak ikan caru i tak masak tau.. kalau tidak aje memang caru! caru! caru! udah ler caru tak kisah ler... yang tak tahan tu asyik manjang goreng berlada, kerutub, sumbat cili perghh... manjang merah menyala aje kalernya ekk.. memang ler i fanatik kaler merah tapi idak dengan memasak ikan caru berlada setiap masa! muahaha.. apa pun hari ini Pak Habibi telah menggunakan taktik mengelat! dia call... i angkat ler.. dia cakap.. "Jom! turun bawah makan!" pelik jugak.. tak dengar pun kereta dia kat garaj tu???? i pun turun ler lekas-lekas nak menghidang ler kononnya.. cettt!!! batang hidung pun tak ada! yer kengkawan itu ler penangan... penangan pak habibi dah terlalu gian nak makan ikan caru masak berlada! muahahaa... *sila jangan tiru aksi ituueewwwww* pengsan!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
CARU BERLADA

BAHAN-BAHANNYA :

6 ekor ikan caru *saiz medium cuci bersih dan toskan*
1 batang serai ~ titik
1 cawan air asam jawa
gula dan garam

BAHAN-BAHAN KISAR :

1 1/2 biji bawang merah *saiz besar
7 ulas bawang putih *i pencinta bawang putih
30 tangkai cili kering
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :

Tumiskan *bahan-bahan kisar dan serai sehingga masak atau pecah minyak
masukkan air asam jawa, gula dan garam
renehkan sehingga kuah agak pekat
masukkan ikan dan tutup kuali dan renehkan sehingga ikan masak
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!! TARRAA!!!
CARU BERLADA
 :
MEMANG THE BEST!!!
my pak habibi cakap ler.. bukan i..:):)

TATA!!!



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ