IKAN KEMBUNG BAKAR
CAK! CAK! ikan kembung lagi kan... kan dah cakap.. memang ikan kembung aje lauk i seminggu ni... dah tu kalau dah di beli naik sampai dua kilo.. mau tak tahan seminggu hahaa.. kali ni ikan kembung yang manis dan enak tu.. i bakar aje tauu.. enak ko!!! tak percaya you all mesti cuba oke... sesuai untuk diet... i masih lagi berdiet oke.. petang kala i main badminton dan kayuh basikal sejauh 2km.. wahhh.... memang kurus... tapi setakat ni tulang belum lagi timbul... hmmm.. gemoks lagi ler tandanya tu hahaa.. usaha tangga kejayaan.. bila usia dah meningkat memang berat badan susah nak turun... so kepada sesiapa yang berdiet tu... jangan putus asa oke...:):)
JOM!! SALIN RESIPE!!!
IKAN KEMBUNG BAKAR
BAHAN-BAHAN DITUMBUK :
2 inci kunyit
4 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN-BAHAN LAIN :
4 ekor ikan kembung *saiz besar ~ buang perut dan cuci bersih
sedikit garam
CARA MEMASAK :
lumurkan *bahan-bahan tumbuk, garam dan ikan kembung sehingga sebati dan perapkan dalam 10 minit
panaskan kuali leper *non-stick *sha tak guna minyak so jangan guna kuali biasa takut melekat
panggang ikan di atas kuali sehingga masak kedua-dua belah ikan
angkat dan hidangkan bersama kuah asam!
TENGG!! TARRAA!!!
IKAN KEMBUNG BAKAR
SIMPLE, MUDAH DAN SESUAI UNTUK YANG BERDIET...:):)
SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!
No comments:
Post a Comment