ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, June 18, 2011

CHICKEN ROSEMARY


CHICKEN ROSEMARY

Terus terang cakap.. i memang pencinta herba omputeh! yer English herbs ler yerk... tekak anak-anak di rumah ni pun memang lebih cenderung kepada masakan yang berherba... cuma setiap masa tu kenalah memasak hidangan melayu kita sebab pak habibi i memang kurang sikit dengan herbs omputeh ni... manjang asam pedas dan gulai jerk.. so kebiasaannya i masak hidangan melayu waktu siang dan sebelah malam lebih kepada western style.. lebih mudah dan ringkas... Rosemary herbs ni pun salah satu herba yang i paling suka.. so memang sentiasa ada stok serbuk atau pun daun segar rosemary..:):)


JOM!! SALIN RESIPE!!!
CHICKEN ROSEMARY

AYAM

8 keping peha ayam + kepak ayam
2 sudu besar tepung gandum + 1 sudu besar serbuk lada hitam *corsed blackpepper*
sedikit garam
*GAUL RATA*

CARA MENYEDIAKAN AYAM :

tepuk-tepukkan ayam di dalam *tepung yang telah di campurkan*
goreng bersama sedikit minyak sehingga keperangan *tidak terlalu garing sekadar kekuningans sahaja* angkat dan ketepikan

BAHAN-BAHAN LAIN : *TUMIS SEMUA SEKALI*

1 biji bawang kuning ~ dadu
6 ulas bawang putih ~ belah dua
2 batang lada hijau ~ belah dua tak putus
1 batang lada merah ~ belah dua tak putus
2 sudu besar serbuk rosemary
1 sudu besar *corsed blackpepper*
2 biji tomato ~ belah empat
1 batang celery ~ potong 2 inci
1 batang karot ~ potong 2 inci
sedikit air

CARA MEMASAK :

Tumiskan *KESEMUA BAHAN-BAHAN DI ATAS*
sehingga naik bau
masukkan ayam dan gaul rata
masukkan sedikit air dan renehkan sehingga ayam masak/empuk *api paling kecil/reneh lama* lebih kurang 30 minit
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!
CHICKEN ROSEMARY

MUDAH DAN SEDAP!!! MAKAN BERSAMA ROTI PUN BEST!!

TATA!!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ