IKAN BILIS KICAP DAUN LIMAU
I memang ler suka mengubah suai dan mencuba resipe baru.. hah! yang ini baru ku ubah suaikan resipenya.. perghh.. i tell you memang best! masa nak kunyah ikan bilis tu... kunyah sekali daun limau purut yang di rampai halus.. harum giteeww.... sedap pun ya! tak percaya cuba yaa.. sekadar berkongsi kepada teman-teman semua... itu sahaja.. jangan takut yang mana rentung dan tak menjadi tu.. i tak share.. muahahaa...:):)
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
IKAN BILIS KICAP DAUN LIMAU
BAHAN-BAHAN DI HIRIS :
2 biji bawang merah *saiz besar
6 ulas bawang putih
2 batang lada hijau
1 batang lada merah
2 biji tomato
2 helai daun limau purut ~ buang tulang tengahnya/urat daun dan rampai sehalusnya *jangan kasar*
BAHAN-BAHAN LAIN :
3 cawan ikan bilis ~ cuci bersih dan toskan *benar-benar kering*
1 cawan kicap *lemak manis* jenama *cap kipas udang*
1 sudu besar cuka
sedikir garam dan gula
CARA MEMASAK :
gorengkan ikan bilis sehingga garing
masukkan *bahan-bahan hiris sehingga layu
masukkan kicap, cuka, gula dan garam
kacau rata, sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!
TENGG!! TARRRAA!!!
IKAN BILIS KICAP DAUN LIMAU
SEDAP yOUUuUUUU...:):)
TATA!!!
No comments:
Post a Comment