ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, March 31, 2012

Kacang Panjang Goreng Kunyit

Kacang Panjang Goreng Kunyit


Assalammualaikum.... today i cooked a very simple dishes.. sayur kacang fav dak kerempeng Princess Nellysha i tu ekk.. kalau pergi ke pasaraya membeli barang dapur tu.. dia awal-awal lagi dah berkejar capai beg plastik dan lepas tu terus bungkus sayur kacang panjang.. tak pernah missed punyalah! nanti dia mesti tanya... "Momma nak berapa batang?" hehhhee... so kalau i cakap 15 batang dia dok ler mengira 15 batang! giteewww... yer sejak dari kecik lagi dah tahu tu memang tugas dia.. lain hal tak ada nak melapor hari ni...:)))

Kacang Panjang Goreng Kunyit

10 batang kacang panjang *potong 2 cm
2 sudu besar udang kering
2 keping tempeh *potong kecil
1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
2 batang lada hijau
1/2 sudu teh serbuk kunyit

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan gorengkan dahulu tempeh sehingga agak kekuningan.
Masukkan bawang besar, bawang putih dan udang kering, kacau sehingga bawang layu.
Masukkan kacang panjang dan serbuk kunyit, kacau dan sesuaikan rasa!

TARRAA!!!

Kacang Panjang Goreng Kunyit


Kacang panjang jangan goreng terlalu lama.. bila dah lodoh dan lembik tak best! warnanya pun tak cantik!


Selamat menjamu selera kawan-kawan....

TATA!!!

2 comments:

Amie said...

Selamat petang Shahriah,
dah kenyang ye... kacang panjang ni sayur evergreen... lagilah goreng dengan tempe, tentu rangup kacangnya yea...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Selamat petang kak Amie.. tq kerana sudi singgah yaa..... betul tu sayur mudah nak dapat, murah dan sedap hehee...:))))

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ