ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 6, 2012

SAMBAL TAHI MINYAK TOMATO HIJAU

SAMBAL TAHI MINYAK TOMATO HIJAU



Assalammualaikum... tu dia... bukan rajin.... tapi baki tahi minyak tu... ada lagi 4 sudu besor, saki baki masa buat shooting buku resipe.. so hari ni i bikin ler... pulak tuu.. tomato hijau memang tinggal 3 biji.. so buatkan sambal tahi minyak.. buh ikan bilis bebanyak.. cili padi tu hiris bebanyak.. bawang pun bebanyakk.. pastu gerenti makan nasi pun banyakkkkk naaaa..... *pitam tak pengsan kali ni hehehee*

SAMBAL TAHI MINYAK TOMATO HIJAU

150 gm ikan bilis
50 ml ais asam jawa
3 biji tomato hijau - hiris
4 sudu besar tahi minyak

BAHAN HIRIS :

2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
12 tangkai cili padi

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan gorengkan ikan bilis sebentar.
Masukkan *bahan hiris sehingga naik bau.
Masukkan air asam jawa dan tomato, renehkan sebentar.
Masukkan tahi minyak dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

SAMBAL TAHI MINYAK TOMATO HIJAU


Membuat tahi minyak tu bukan susah sangat... hanya perahkan santan yang pekat. Selepas tu masak sehingga garing.... tapis minyak dan yang bergentel tu ler tahi minyak.... paham tak ni??? tak per tak paham lain segmen nanti i tunjuk how tu make tahi minyak ekkk.....;)))))) selamat mencuba!!!

TATA!!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ