TELUR SOS & TOMATO
Assalammualaikum... musim hujan sekarang nii... cuti sekolah pulak tu.... walaupun yang bersekolah di rumah ni cuma 2 orang sahaja... tapi bila waktu makan tengahari tuu ramai pulak kawan-kawan my hero no 2 abang Aemir datang yerkk.. so masakkan aje telur... itu aje yang budak-budak suka, ringkas! masakkan nasi lebih sikit... kicap ko tenggekkan kat celah mangkuk telur tu.. ala-ala simbolik ler kengkononnya.. telur dan kicap tidak mungkin dapat di pisahkan! *pengsan*
TELUR SOS & TOMATO
10 biji telur - rebus atau kukus
*i buh dalam alat khas dan masukkan dalam microwave selama 2 minit dan dapat ler bentuk cenggitu guperrr... tu kat bawah tu..
Ala-ala UFO giteewwkan.... okay ketepikan..
BAHAN KISAR :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
1 cm halia
BAHAN LAIN :
1 cawan sos tomato
2 biji buah tomato *potong kecil
sedikit serbuk lada sulah
gula dan garam
CARA :
Panaskan kuali dan tumiskan *bahan kisar sehingga garing.
Masukkan sos tomato dan tomato potong dan *bahan-bahan lain.
Sesuaikan rasa dan tuangkan kuah sos di atas telur UFO tu tadi...
TARRAA!!!!
TELUR SOS & TOMATO
Mudah aje tu kan kan..... ini ler lauk paling simple dan muai kalau ramai kekanak remaja di rumah... yang bestnya tuuu ramai pulak yang bertanya.. "Mama macam mana dapat bentuk macam UFO?" *kekanak remaja tu memang panggil i mama ekk... dah macam anak sendiri dah...:)))
hehhee... i jawab cam ni...
"Itulah telur UFO nakkk... aiii..." *pengsan!*
TATA!!!!!
3 comments:
tomey2 nye telur kak sha =)
Hi cik Wan haah akak beli alat khas untuk telur... comeykan... macam putu piring pun yaa.. lupa pulak nak tangkap gambar nanti akak share yaa.. beli di Daiso.. kedai yang jual alatan perkakas rumah dari Jepun tuu...:)))) i like...:))
Daiso ada kat Msia. area mana kak?cikwan pernah pegi daiso..tapi daiso kat qatar..masa tu g jalan2 umah kakak kat sana..barang2 dia unik kan..harga pun ok.. =)
Post a Comment