ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, April 10, 2012

Lemak Tempoyak Sayur Rampai


Assalammualaikum..... Syukur Alhamdulillah.... bertemu lagi kita tengahari ni ekk.... menu tengahari ini sangat ler simple dan mudah ya ampun! segala bahan-bahan dalam lauk sayur lemak tempoyak tu kesemuanya hasil dari Pasar Awam Melaka... Bandaraya Bersejarah.... cewahh... so hari ni i masak ler kesemua bahan-bahan tu yerk.... kat rumah ni yang makan sayur dan tempoyak tu cuma i sorang yang lain tak reti makan.. i pun tahu makan tempoyak sejak beberapa tahun ni ler ekk.. setelah terdedah di dunia masakan gitewww... so i masak banyak jugak... i ketepikan dalam semangkuk... yang lebih tu.. i hulur rumah jiran... :)) kalau tak di hantar dan di agihkan kepada jiran alamatnya memang tak luak ler sampai ke malam esok huhuhu....


Kerana.... Sebiji Epal.........

*Sorry gambar tak clear.. i just tags from FB wall* Syukur Alhamdulillahhhhhh..... bersyukur sangat ni ekk... tu dia... Novel Ke-8 i yang bakal di terbitkan pada awal bulan Mei nanti.... Aduhaii.... suka betul!!! berita hangat lagi ni... cover tu buah epal lagi YoUuUuuuu.... memang i merengek tahap gaban! merayu pada editor dan pereka kulit untuk novel i kali ni ekk... warna merah! tak kira! nak merah jugak! tu diaa... pagi tadi.. pihak Buku Prima @ Group Buku Karangkraf baru aje tags kat wall FB i... nanti bila free i akan update tentang kisah 'Kerana Sebiji Epal' tu yer.... psstt... 75% adalah kisah benar okehhh.... *bukan pasal i ekk* sambil senyum tutop muka muahahahhaa....

I ni bukan main lagi ekk.. nampak aje macam tak ada kerja... ni dah start nak menaip ler ni... menaip kisah Cinta Remaja... so sekarang ni mood i tengah remaja giteeww.... *rambut tocang dua!* <<<---sambil menaip kisah remaja demi mencari mood remaja.. Awww... tentang apa?? hehehe.. tu nanti  i share kat blogs penulisan i >>> AKU DAN DUNIA PENULISANKU... <<< KLIK SITU BILA free ekk... sekarang ni i tak free hehee.. malam nanti pasti akan ku hupdatekan... Insyallah.. *hati berbunga-bunga... bersyukur dan gembira sangat ni... :))) udah ler tu aje laporan tengahari ni.. jom masak!

Lemak Tempoyak Sayur Rampai

Bahan-bahannya :

KISAR BERSAMA :

600 ml santan pekat
12 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit
3 sudu besar ikan bilis
2 sudu besar tempoyak

BAHAN LAIN :

1 batang serai *titik
1 cekak daun kaduk
12 biji belimbing buluh
1 cekak pucuk ubi *celur sehingga lembut dan toskan
3 batang daun selasih
4 batang daun kesum
2 helai daun kunyit

CARA :


masukkan *Bahan kisar, serai dan belimbing, renehkan dan sentiasa di kacau.


Setelah mendidih *sentiasa di kacau, api kecil. Masukkan kesemua *bahan-bahan lain. sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Lemak Tempoyak Sayur Rampai


YummYYy.....


i goreng anak ikan bawal garing-garing naaa...


i tumbuk sambal belacan... perah limau sambal... ulamkan dengan jering.... perghhhhhhh.... *mata hitam berputar 360 darjah! okehhh...


Jumpa petang nanti ekk.... :)))

TATA!!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ