Assalammualaikum.. dan salam sejahtera buat semua teman-teman lama dan baru.. terima kasih kerana sudi singgah ya...:)))
Okay sebenarnya.. ini adalah menu makan malam i sekeluarga... tapi pagi ini baru sempat ku kongsikan buat semua.. semenjak dua menjak ni.. mood dan emosi i agak menurun sedikit... tak sekata... pendek kata ada kala menaik dan ada kalanya menurun.. ala-ala macam bursa saham aje giteww kan.. kan... bukan nak monopouse okeh hehee...
Nak tahu kenapa ke? kalau nak i bagitahu.. kalau tak nak.. i bagi tahu jugak.. nampaknya ramai yang angkat tangan tu hehhee...
Pertama sebab hati i ni sentiasa berdebar-debar.. kekadang tu tengah buat kerja.. berderau-derau aje dada ni tau.. kekadang tengah nak menaip tu macam malas noOooo... malam tu kekadang terjaga.. mimpi yang bukan-bukan *basuh kaki yaa sebelum tido* tapikan.. dalam malas dan tak keruan tu banyak jugak yang ku recehkan ekk ekk..
Tengah dok resah dan gelisah sangat ni... berzikir untuk tenteramkan hati yang tak keruan ni ekk... hhhmmm.. lagi seminggu Abang Amin tu akan meninggalkan i buat sementara.. sedih betullah.. dulu dah lah i berpisah lama dengan anak-anak semata-mata bertarung di gelanggang MasterChef tu kan kan.. rasanya memang dah tak sanggup lagi nak berpisah dengan keluarga kesayangan i tu.
Abang Amin my hero no 1 tu tak lama lagi akan ke PLKN... khidmat negara... wajib pulak tu.. yang merisaukan i kan kan... bila dah reramai tu.. macam manalah agaknya abang Amin.. sebelum ni tak pernah dia berpisah lama.. kalau ada kursus sekolah dulu pun hanya 3-4 hari.. ni 3 bulan! pehhh... sedih betul... laa.... yaa laa.. mana ibu yang tak risau yaa tak?? makan minum i tak kisah sangat... tentang bila dah berkumpul ramai-ramai tu.. tu yang merisaukan i.. halahhhaaaiii.... risau laa...
Kengkawan ada tak yang anak-anak you all dah pernah ke PLKN tu??? boleh tak bagi i info sikit? anak-anak you all okay tak kat sana??? ada kes buli membuli tak??? belasah membelasah ke??? hehhee.. kalau ada tolong beritahu sebab i nak daftarkan diri i sebagai sukarelawan di sana hahaaa... jadi jaga pun tak apalah... hadoii risau betullah.. ni bukan main-main punya risau ni taw.. serius! risau tahap gaban dah ni.. kalah sponge bob!<<jangan memain ek.. << kisah bersambung... meh masak dulu ekk...
Pasta Shell Goreng Daging
500 gm pasta bentuk shell.. rebus dan toskan
BAHAN-BAHANNYA :
Kesemuanya di potong dadu :
1 biji bawang holland
6 ulas bawang putih
2 batang celery
BAHAN LAIN :
400 gm daging cincang@kisar
1 sudu besar tomato paste
4 sudu besar lebihan sambal ikan KLIK SINI
minyak & garam
CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *bahan potong dadu* sehingga naik bau.
Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging bertukar warna*masak.
Masukkan tomato paste, sambal ikan dan gaul rata.
Masukkan pasta, gaul dan sesuaikan rasa, setelah sebati, angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!
Pasta Shell Goreng Daging
Abang Amin.. we gonna miss you very.. very... very much... and Momma love you sooOOoooOOOooooooo much my dear.... tak adalah assistant i yang akan tolong i sidai pakaian tiap pagi... tolong temankan i sarapan pagi bersama sambil sembang dan bertukar topic semasa... tiadalah Abang Amin buat penghibur adik-adiknya.... tiadalah insan yang selalu bercerita tentang katon & lagu2 terkini pada Mommanya.. dan hidangan di atas itu adalah one of Abang Amin fav.... dan minggu ini... dah siap list hidangan yang Abang Amin request sebelum dia berangkat pergi ke PLKN... sedih di hati ini hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu.. moga segala urusan Abang Amin di PLKN nanti di Permudahkan dan di bawah lindungan Oleh YANG MAHA ESA..kerana ibumu terlalu risau sangat nak..... hmm... sedihhhh... sedihh.....
terima kasih kerana sudi mendengar keluhan hati i ni ekk.. yang mana tertido dan banyak kali sangap tu... teruskanlah hehee...
TATA!!!
9 comments:
salam kak sha .. alahai sedihnya dengar cerita nihh.. sabarlah .. jadi parents ni kena bersabar banyak2 ...and dugaan pun banyakk .. x pelah tu abang amin akan pandai jaga diri.. kalau tak berdikari sendiri sampai bila kan hihi... lapor bila malam2.. eh dah pagi pon.. tengok pasta ni .. hihi
Selamat pagi Kak Sha,kalau pagi2 ada pasta shell goreng memang siok lah..nak gandingkan dengan teh o k kopi o?
sedapnya pasta goreng tu terliur ni. Kak sha relek ar pi PLKN tu best apa, lepas abis PLKN nanti nak masuk U lagi la lama kak hee.. jangan risau nanti boleh gi melawat kan.
Kak Sha jadi sukarelawan memasak kat PLKN boleh ke???? hee... ohhh tidak
Salam Sha, anak2 akak suka ni pasta posto ni kalau hari2 pun orait je diaorang tu,nak sepiring nak bagi kat anak bungsu akak ni heeeee boleh tak??
ni bukan risau tahap gaban, risau mcm Yoda ilang laitsaber, isk iskkk caner nih..!
Assalamualaikum Sha,
sebagai ibu kerisauan dan kebimbangan itu sebenarnya perlu ada... perasaan itu normal, menjadikan kita sentiasa berwaspada, berhati-hati dan menyebabkan rasa prihatin terutama terhadap keselamatan anak-anak walaupun ada jaminan dari pihak penganjur. Kena sentiasa pantau keadaan supaya sentiasa dapat ikuti segala perkembangan yang berlaku di pusat itu.
Wah, pasta shell pulak hari ini ye, mintalah barang semulut bdengan dagingnya sikit ye Sha... nak mesyuarat dah ni.
salam sha
aduuhhaiii kesian kwn aq sorg nie..upanya tgh sedeyyy yer..sabar sha..semua kt situ ok..klu dh jadi ibu mmg mcmnilah kan..risauu tu wajib..samalh dgn aq nie..tp ingat x time kita dok asrama dulu...aduuhhh rasanya x sanggup btl klu suruh diulang lg..he hehhee abis kita kena buli kan..benda2 kecik pun kita dh kena kim salam bagus..semua tu sha aq ingat sampai skrg tau..pahit manis..;)
alahaii.. kesiannyer dengar rintihan si ibu yg bakal berpisah sementara ngan anaknya... i dpt bayangkan cemana yg u rasakan sbb i pun pernah rasa perkara yg sama walaupun anak sulung nak tinggal ngan opah dia cuma 2 minggu.. huhuu... tak pernah berpisah lama ngan anak2... mmg terasa sedihnya walaupun tau tempat tu selamat tetap juga sedih.. rasanya setengah perjalanan pulang semula ke KL i teresak2 dlm kereta sampai mr. hubby tegur... hehehe.. kelakar pulak bila dikenang2.. padahal tiap2 hari dok bergaduh ngan anak2 kalau tak dengar kata.. gitulah naluri seorang ibu.. walaupun marah tp tetap sayang...
semoga anak k.sha gembira menempuhi kursus plkn... InsyaAllah selamat semuanya...
Post a Comment