Assalammualaikum.. selamat sejahtera buat semua teman-teman blogger baru dan lama juga bukan yang bukan blogger :) Terima kasih kerana masih sudi singgah di dapur ku ini. :)
Mood memang dah mula malas nak menghadap PC hadoii.. bila dah tiba musim cuti sekolah ni harap maklum ajelah kan.. ;) Banyak betul undangan makan-makan.. kalau tak pergi rugi :)) maka pergilah... :))
Makan nasi Briyani, nasi impit ada rendang dan serunding! Fullamak! susah nak dapat macam tu sekarangkan.. :) Nak memasak tu nak kena tunggu cukup korem, kalau setakat nak memasak serunding yang makan cuma 2 orang alahaii lomah den! :))
Kali ni i buat hidangan supper.. supper tau bukan minum petang :)) dengan mengambil resipi dari buku SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH.. siapa lagi i ler.. :))
Dari minggu lepas Pak Habibi i yang tembamBOM tu suruh i buat Karipap Udang Kering Fav dia tu.. tak ku buat, malas pun yaa.. tang nak membuat inti tu yang malas benor :))
itu dia resipi asal yang ku snap dari buku resipi..
SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH tu yaa...
tak berapa jelas sebab maklumlah dah malam hari.. lampu kat rumah i semuanya ala-ala romantis giteeww.. dengan hajat malas nak ku taip.. nampaknya terpaksa jugak ku taip! :))
sebab tak jelas... :))
Inti Keledek Udang Kering :
1 biji keledek *potong dadu
1 tangkai daun sadri *hiris *i tak guna :)
minyak untuk menggoreng
gula dan garam
BAHAN KISAR :
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
50 gm udang kering
3 tangkai cili kering
CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan keledek dan renehkan sehingga empuk, sesuaikan rasa, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
DOH KULIT KARIPAP :
200 gm tepung gandum
50 gm mentega
sedikit garam + 30 ml air
CARA :
Masukkan tepung, mentega dan sedikit garam.
Gaul dan masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
Canaikan doh sehingga leper dan terapkan seperti gambar di atas.
Masukkan sedikit inti di dalam doh yang telah di terap dan kelim tepinya. *seperti gambar di atas*
lakukan sehingga selesai.
Panaskan minyak dan gorengkan karipap sehingga keperangan.
Angkat dan toskan di atas kertas dapur.
TARRAA!!!
KARIPAP UDANG KERING
i buat dalam tempoh 45 minit.. tergesa-gesa You!
sebab apa tau.. sebab nak menonton CELEBRITI MASTERCHEF MALAYSIA :))
lain macam rasanya bila menonton dengan makan KARIPAP UDANG KERING, minum pulak Teh tarik!
Perghh.... apa yang lainnya tu sha???
Yer laa.. dulu i yang sibuk bertarung di dapur MasterChef Malaysia...
Kenangan manis masih segar di ingatan ini...
tiba masa.. sekarang ni.. i pulak yang berpeluang menyaksikan bagaimana kesemua
celebrity terkemuka Malaysia beraksi di dapur yang cukup canggih dan meleTOP!!
:)) melihat komen setiap celebritu tu tadi.. hahhh tu dia.. baru mereka tahu macam mana perasaan bila dah ada di dapur MasterChef Malaysia tu kan.. :))
Well what can i say... ;) semua tu i dah merasa... :) dan sekarang ni.. tiba masa i untuk melihat mereka pulak beraksi.. huiihhh jangan ingat i cool ekk.. hati ni turut sama gementar dan berdebar-debar sangat.. tu tadi.. sekarang ni dah okay.. :))
TARRAA!!!
KARIPAP UDANG KERING
dari buku resipi...
SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH
*GAMBAR DI ATAS ADALAH GAMBAR ASLI SEWAKTU SHOOTING UNTUK BUKU RESIPI I TU.. rupa sama.. cuma kualiti gambar tu aje yang tak sama :)) << apa punya ayatlah ni ekk.. :))
KARIPAP UDANG KERING
Fresh from my kitchen :)
Selamat Bercuti kawan-kawan semua... jaga diri, senyum selalu...
Insyallah akan cuba masukkan N3 sekerap yang boleh.. walaupun mood nak bercuti dah memanglah membara YoUUuu... :))
Assalammualaikum.. :)
TATA!!
8 comments:
tengok karipap Kak Sha teringat suami saya plak dia sound saya asyik buat kek ngan apam, cuba buat karipap pulak katanya. nampak gayanya lepas ni saya kena buat karipap gak ni guna resepi Kak Sha ya sebab tang dohnya tu saya fail sikit selalu tak rangup.
dapat tengok CELEBRITI MASTERCHEF MALAYSIA sambil mkn karipap ni sure bestkan.
Assalamualaikum Sha, best nye kat sana dah cuti diBrunei belum lagi tau minggu dpn lah,masih busy sngat waktu ni tapi nak jugak tulis N3 dan mengomen tapi kdg2 masa tak mengizinkan on off je...
tengok karipap pepagi ni sedap lah pulak apa lagi karipap udang kering ni belum pernah try sbb anak2 akak suka ayam daging,pos kan sebiji heeeee nak rasa mesti sedap air tangan Sha kan...
opps lupa nak wish selamat bercuti dan happy selalu dan jgn lupa akak ok heeee
GL silakan cubalah yaa.. nak garing mudah aje... mentega tu lebihkan dan masa menggoreng kena pandai mengawal api.. Insyallah garinglah tu..:))
Kak KR memang best.. bila time suspen tu... berhenti mengunyah karipap hehehe
Wsalam Kak Noor cayang wangi :)) Ohh brunei belum cuti yaa.. sini dah cuti... hadoi makin bertambah banyaklah pulak kerja di rumah ni kak noor.. hmm... :))
Mood bercuti memang dah ada tinggal tungu nak Zoom aje hehehee... selamat bercuti juga kak noor.. :))
Memang betul sekarang ni mood nak Updatekan N3 On and Off je.. sebab tak memasak pun yaa..:))
Assalamualaikum Sha yg manissss...
alahai wat akak terliur je tngk karipap ni, satu family mmng suka karipap tapi akak tak suka buat...he3..terukkan, bila tngk Sha buat ni jadi terujalah pulak nak membuatnya...meh sini tlng akak gentel2 tepung Sha...tak pun tlng buatkan intinya dulu...he3..bolehkan...
Hadoiiii Sha... 45 minit siap! Matai na aku... Kak Amie kalau buat karipap biasanya habis separuh intinya sebelum doh menjadi lembut... ha ha ha hhh sebab kalau dah jadi karipap, kak Amie suka makan intinya, kulitnya anak sulung makan... bertuah punya he he hehh.. semua inti karipap kami suka, campur udang kering ke, basah ke, daging ke apa ke...
Post a Comment