ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, May 14, 2012

Tom Yum Tetel SUPERB! Mood memang ke SUNGAI!!


Assalammualaikum... Selamat sejahtera buat semua blogger baru dan lama... tq soOOooo much kerana masih sudi singgah di dapurku ini yaaa..:))

Hari ni mood memang ke sungai! tak beridea langsung nak masak apa pun tak tahu! agaknya sebab kepala ni senoneng sikit kot sebab semalam berjemur tengah panas! pulak mulut tu tak reti senyap ada aje yang di cakapkan.. hah! hari ni baru ler terasa-rasa hehehhh....


Ke sungai macam mana pun mood tu.. masak tetap masak! nak keluar membeli lauk-pauk yang dah siap lagilah malas nak ku start enjin kereta tu ekk.. lebih rela memasak YoU! hebatkan heehee...

Okay hari ni i masak lauk simple sangat.. dan hari ini hanya masak sejenis sahaja lauk!

TOM YUM TETEL SUPERB!! tahu tak apa tu Tetel?? yer lemak daging lembu.. dagingnya sikit kat celah-celah lemak tu yer tak.. selalunya ku buatkan dalca aje.. tapi Bonda tak ada.. so yang lain tak suka dalca..
so dalam mood ke sungai tak beridea tu.....
terbongkok-bongkok! kat celah lemari bebahan kering i tu kan..
daging tetel tu dah ku defrost awal pagi lagi.. idea tak ada.. tetiba kan kan...


Tadaaa!! yer ternampak stok kiub i dalam botol... huahhh.. terus ler dapat idea.. :))

TOM YUM TETEL SUPERB!

BAHAN-BAHANNYA :

3 biji kiub tom yum *knoor*
2 biji bawang holland *potong bulat*
5 ulas bawang putih *hiris*
3 inci halia *hiris*
4 inci lengkuas *ketuk*
3 batang serai *titik*
25 tangkai cili padi siam *titik*

1200 ml air
2 biji lemon *ambil jusnya*
2 helai daun limau purut *siat
6 batang daun ketumbar *potong 3 inci panjang*
2 biji tomato masak *potong 2*
1/2 batang karot *potong*

500 gm daging tetel *lembu* hiris nipis@kecil

CARA :

Masukkan air dan tetel dan rebus sehingga empuk *i guna daging lembu NZ so mudah empuk*
*sila kaup dan buangkan hampas yang berwarna kelabu di atas didihan air stok tu yaa*

Masukkan kesemua bahan-bahan dan renehkan sehingga mesra dan sebati kuah dan tetel. Karot empuk, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

TOM YUM TETEL SUPERB!


Kebetulan tekak ni teringin sangat nak makan Tom Yum yang masam, pedas dan power!!!
inilah dia... sedapP benorr... hilang rasa muak tetel tu yerk..


SlurpPP.... pedas giler!!! yang mana tak suka pedas tu sila kurangkan cili padi..
mujur tak tersedak tadi heeheehehhh...


ini aje lauk yang kumasak tengahari tadi.. wahh.. Pak Habibi sanggup balik rumah untuk makan tadi...
katanya... SUPERBBBB!!!! semangkuk di atas tu.. dia sorang aje yang hirupp... wahh. semakin bergentel ler lemak Pak Habibi i yang TembamBOM tu kan... hehehhhh


kekadang tu..... mood ke sungai tu ler yang menghasilkan hidangan yang cukup RINGKA TETAPI SUPERB!! tak percaya cuba... segala bahan memang ku bubuh bebanyak.. biar pekat.. pedas... masammmMM.... wahhhhh giteeww...

ehh.. dalam mood kesungai tu jugak.. sempat jugak ku UPDATE...


Blogs HOBI ku itu ekk.. apa tu??? nak tahu... KLIK SINI, HOBI DAN KOLEKSIKU...


toing! toing!! APA TEEEwww???



mangkuk yang i gunakan untuk TOM YUM TETEL SUPERB tu... kan kan...
sangat antik.. dari China... lebih 100 tahun usianya...:)))


sekian sahaja... laporan untuk hari ini... Insyallah jika mood ke sungai tu dah tenggelam..

Insyallah adalah menu petang.... selamat menjamu selera.. dan buat teman-teman yang meninggalkan komen dan jejak tu.. TERIMA KASIH SANGAT! sabar yaa... nanti bila free semestinya akan ku jejaki kawan semua... tq soOOoOOoooo much!!

TATA!!!

16 comments:

Mas Sani said...

Assalamualaikum kak.. selamat menjamu tomyam yg sy tgk pun tekak jadi superb nak sangat hihihi.... tak leh tahan, tetel sy takde so sat gie sy buat tomyam ayam SUPERBBBBB juga! hihihi...

Unknown said...

Mood ke sungai ok lg, akk ni terus ke laut belakang rumah tu.....
Bosan jg pk nak masak, kita tukar jwtn la, org lelaki ke dapur pulak.

rahel said...

meleleh air liur tengok tom yam tetel itew..alangkah bestnya klu dapat merasa satu mangkuk tom yam tetel...

wawa syaida said...

sedapny tom yum...mmg feveret wawa...tapi x pernah lagi try tom yum tetel ni....nampak macam sedappp ny ;)

Rohah said...

slurp2 kalau hirup kuah tom yam, boleh tunduk khusyuk,peduli apa org nak kata..hehe..segerrr, segerrrr

tun_telani said...

assalamualaikum kak shaa.. tom yam pedas2 mmg terbaik!! tun x makan daging, so jamu mata je la nih.

hazila said...

Mata kita berkenan kat mangkuk tu....

gerhana luka said...

mood kesungai pun Kak Sha tetap masak2 ya, memang superb la tom yam tetel tu semangkuk tak cukup tuh! nak tambah lagi abis seperiuk hee... sedapp

Mieza said...

Salam Sha..wahhh sedap nampak tomyum ni..dulu mmg suka masak dan makan tomyam..tp sejak hubby diserang sakit gastrik terus tak masak dah tomyum...terliur la pulakkk

Amelia said...

Hi my dearest Sha, mood sungai mana? sungai Cat ke sungai Senibong? LOL

Mood sungai... tapi keluar soup tom yam yang sedap juga. I want test sikit, boleh tak? Itu kuih keria I pun suka, nanti hantar 1 piring tukar ngan I punya nyonya kuih. hehehe

Jumpa lagi, nak pi kaypoh pondok kawan2x kejab.

Hugs you penyet penyet....

dZana said...

tak leh tahan klau ada tetel2 ni.. teringat pulak kari tetel.. makan2 camni mmg syokk... wlaupun terpaksa menelan pil kolestrol setiap mlm.. huuu..

asyifamustaffa said...

Salam K.Sha,
mengiurkan...pestime lak nie dgr tomyam tetel...akak nie mmg mcm2 idea la...

Unknown said...

Assalammualaikum kak Sha cyng, baru hari ni sempat terbang ke sini.saya ni kalau cuti weekend blog pun cuti juga..hehe

memang simple tapi tetap menyelerakan....sedapnya kalau dapat hirup kuah tomyam tu..slurrppp! :)

Unknown said...

kak... hahhahaha.. ayu tau bab2 sungai nie.. dh ala2 ayu..

sampai tulis knorr jadi knoor.. kikikikiki,

ayu minta sikit tau,, sbb tekak nie rs mau masam2 mcm dirimu jugak

ummiaisyah said...

tumpang slurppp tomyam tu!!!! my feberet lauk tomyam la kak sha...mmg sanggup mkn bermangkuk2..tambah plak mangkuk cantik camtu!

ibundo said...

sedapnya hirup hirup kuah dia dan gigit-gigit kunyah-kunyah segala isi mak nenek tu...

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ