ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, June 11, 2012

Lauk Kampung Sempoi Punyer! Busy Macam Nak Haper!



Assalammualaikum.. kawan-kawan semua... apa khabar?? Wahhh semua busy kan hari ni, maklumlah anak-anak semua dah mula kembali ke alam persekolahan. Ibu dan Ayah yang mana turut sama bercuti pun mulalah sibuk yer tak.. Samalah kite :))

Serius ni i memang busy giler! memacam aktiviti i padat sangat, semuanya terpaksa i aturkan mengikut jadual agar tiada yang terlepas pandang. Sikap i dari dulu setiap apa jua urusan yang i perlu lakukan semuanya berjadual. Termasuklah masukkan N3 dalam blogs i teeww :))

i nak minta maaf buat semua sahabat yang begitu mulia sekali meninggalkan jejak di blogs i ni.. tak sempat lagi nak berbalas yaa.. tapi dalam kelapangan waktu yang i ada tu sempat juga i blog walking semalam... Insyallah bila lapang nanti semestinya setiap komen akan ku balas, sekaligus terus menjengah ke blogs kengkawan yaa.. jangan kecik hati taw.. i memang sibuk sangat sekarang ni.. macehh sangat kerana memahami situasiku ini.. muahhh...


Bila dah busy tu.. mood nak memasak semestinya ala-ala ke sungai giteww.. memasak adalah termasuk di dalam jadual i sebelah pagi, sebelum 9 pagi harus selesai segalanya... termasuklah mengemas rumah, menyapu dan mengemop lantai! hadoiii.... ini jadual bila i sibuk dengan aktiviti luar dan penulisan i tu yerk.. kalau tak busy... hehehehhhh :)) dah nak tegak matahari baru i turun memasak yaa giteww...

Gambar di atas itu adalah pokok berbuas, kalau di kampung i lah kan.. kalau tempat you all sure nama pokok tu lain.. okay pokok berbuas ni Bonda tanam betul2 kat depan rumah dalam kolam mini yang dah tak ada air :)) so lebat berdaun... so i petik pagi tadi... maka jadilah menu hidangan tengahari i yang sempoi punyer! :))


Dalam sibuk.. ini hidangan yang sempat ku masak... ;)


sambal belacan...


sambal tempoyak fresh from my garden!

wah sekarang durian di rumah i ni dah mula gugur.. nanti i share kat you all okeh..

setiap pokok durian di rumah ni semuanya bernama... Arwah Ayah yang bubuh nama :))


telur masin.... petua nak rebus cantik camtu...

didihkan air terlebih dahulu baru di masukkan telur tu.. rebus jangan terlalu lama 7 minit dah!

Singgang Rebus Ikan Cencaru


Bahan-bahannya :

1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
2 inci kunyit *hiris
2 inci halia *hiris
1 batang cili merah *potong 2
10 biji cili padi
500 ml air asam jawa
2 ekor ikan cencaru *potong
gula dan garam

CARA :

Masukkan kesemua Bahan-bahan kecuali ikan cencaru dan didihkan.
Setelah mendidih masukkan ikan dan sesuaikan rasa.
Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Singgang Rebus Ikan Cencaru


Pulak cuaca panas! inilah lauk yang paling sesuai ;)


Lawankan pulak dengan ulaman segar, sambal belacan & sambal tempoyak! Pengsannnnn :))


Apa teww??? ya ni next N3 i masukkan ehh.. sebab.. kisah di sebalik Cup Cakes Cekelat tu ler..

ada kisah gembira yang ingin i kongsikan kepada semua..

sabar menanti...

jaga diri, senyum itu sedekah yang paling murah tidak perlu modal lagi yOuUuu... ;)

TATA!!


17 comments:

inahar ali said...

salam shaa..waduh x tahan sehh akak nengok laukpauk kampung tu semua! menjejess ayaqliuq beb..adoyaai!

kasihredha said...

salam sha..
aduiiii semua suka...tengok kedua2 sambal tu..semua suka.
Telor masin dan singgang pun suke.
Nak cari telor masin unk berbuka nanti...mengidam :)
keep smiling...sha kan cakap senyum tu sedekah :))

Shahriah Abdullah Novelis said...

Akak tq hehehe... lauk simple aje tu kak... mau tak ngencess ada sambal tempoyak aww... macehh kak muahhzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wsalam Kak KasihRedha... macehh kak muahhhzz... selamat berpuasa ya kak... nanti rebus telur masin tu jangan lama sangat tau.. ikut petua sha bagi Insyallah meriah aje rupanya.. muahhhzzz senyum tak perlu kata apa-apa heheheh

asyifamustaffa said...

salam k.sha,
amboi...!simpel2..pun..nmpk penuh meja je tu....

Shahriah Abdullah Novelis said...

W'salam Asyifa cayangg muahh.. hehhee.. satu je yang di masak.. yang lain segera dan segerrr aje gitewww.. macehh muahhhzzz

Mamasya said...

Salam Sha. tengok hidangan tgh hari Sha hidangkan ni....ada sambal..tempoyak dll..rasa nak duduk bersila je terus dpn lauk tu..pasti tambah mkn...hi..hi. lepas mkn nak juga pulut panggang tu....sedap nampaknya....

hazila said...

Wah sampai 2 jenis sambal tu... Tak pernah makan pucuk beruas tu, pahit yek?

::Azura Rahman:: said...

owh kak sha yg comel.. kenapa la menggoda sgt lauk2 akak nie.. huhuhu.. xpecially sambal tempoyak itewwwww... waaaaaaaaaa geram rasa nk colek skit..

Unknown said...

alahai Sha,menu simple yg boleh tambah 3x tu apa lagi sambal tempoyak wadussss tak mau tnegok lama2 nnt meleleh banyak ni heeee

zuwaidah said...

Cik Sha, walaupun simple tapi still mengegar jiwa ragaku....sedap weiiii!

FnF Simple Life said...

sedapnya kak sha...buat saya lapar dengan lauk2 kampung ni...huhuhu

JembalCastle said...

salam kak..wah lauk kampung tuu laa yang buat kecur air liur nih...kak nak tanya yang buat ikan singgang tuu ikan cencaru ke ikan tongkol ya?

gerhana luka said...

memang sempoi la lauk kampung Kak Sha tu, walau sempoi makan gerenti bertambah apa taknya kena plak ngan ulam2 ngan sambal belacan fuhh kenyang pastu pengsann zzzzzzz heee...

ummiaisyah said...

sedapnya lauk...kiter kul 3 br nk tenggek nasui....bestnya kalo dok berjiran ngan kak sha...ari-ari ambik bau...akak pon minat sambal tempoyak yea..sama la kita..

PH said...

Lauk kampung memang best lah! Baru pukul 3:40ptg, nampak je hidangan you, I dah lapar.

fazian.batrisyia said...

Kak Sha...dalam pd sibuk pun boleh ke dapur...hebat tul kan...Daun bebuas tu boleh buat botok2...sedap tu. Sy ni dah mula gundah gulana mcm mana nak merancang masa masak tak lama lagi...kesian tulll..

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ