ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, July 24, 2012

Hidangan Berbuka Puasa 24hb Julai 2012


Assalammualaikum :D Nampak tak donut bakar sambal i tu menyerigai cenggitu guper :D ya, memang begitu jadinya... setelah ku panggang di dalam oven.. bayangkan kalau ku goreng :))
Tak sangka pulak boleh naik sampai macam tu sekali menyeringai ya gitewww :D


Ini dia pasta penne yang telah siap bergoreng, untuk juadah berbuka hari yang ke~4.
Diam tak diam dah masuk hari ke 4, esok dah 5 hari berpuasa.. cepat benar masa berlalu...
kenapa masa i kekanak dulu sejam rasa seperti setahun? :))

Okay berbalik pada pasta yang i goreng di atas tu, sangat mudah dan simple nak di sediakan. Segala bahan-bahan yang ada semuanya apa yang ada dalam peti sejuk dan kebanyakkan bahan-bahan yang i guna hampir tumbuh! :)) tang karot tu ler ekk.. ada pulak cili jalapeno pun dah kecut... mujur tak kering you! :D ku masukkan sekali. So nak cover baik punyer lepas goreng i taburkan dengan parmesan cheese.. perghhh.. 5 STAR***** okeh..;))


Tu dia.. donut bakar sambal yang ku panggang dalam oven menyeringai.. meriah aje kan :D
i gentel kecik-kecik dan bubuh inti dalam donut tu. Kemudian i tepikan sekejap bagi dia naik sikit.
Sapukan atasnya dengan minyak sapi cair@ghee, pastu ku bakar ler dalam oven. 
Set timer dan terus ler ke dapur basah i kat belakang tu.

TINGG!!

wahhh bergegas berlari nak tengok hasilnya yaa.. dan inilah hasilnya... ;)


yeaahhh begitewww :D

Dan i tak guna telur untuk doh ini. Sebab terlupa.. :))
tapi teksturnya tetap lembut :D


i buat adunan tak banyak cuma 500gm sahaja. Bahagikan dua dan separuh lagi tu i buat donut salju.. resipi sama juga macam dulu i pernah buat tapi bentuk 3 segi. Kali ini i buat bentuk 4 segi sama.. sama ke tu? samakan ajelah :D


Jadi itulah 3 jenis juadah berbuka i petang nanti :)
i masak awal, senang dah nak dekat berbuka tinggal hangatkan dalam microwave dah settle... :)


Simple Fried Penne :D


BAHAN-BAHANNYA :

300 gm pasta penne *rebus dan toskan*
3 tangkai daun parsley *hiris*
1 batang karot *hiris nipis@panjang2 guna peeler*
350 gm daging kisar
sedikit serbuk lada sulah
sedikit cracked black pepper
1/2 sudu teh serbuk oregano
3 batang cili jalapeno
7 biji tomato ceri

garam

parmesan cheese untuk tabur di atasnya 


BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *dadu
6 ulas bawang putih *hiris
1 cm halia *hiris

2 sudu besar mentega dan sedikit minyak untuk menumis

CARA :

Panaskan minyak dan mentega.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau. Masukkan daging kisar dan kacau rata, masak sehingga daging bertukar warna kecoklatan.
Masukkan karot, cili jalapeno, serbuk oregano dan pasta, kacau rata.
Masukkan tomato ceri, sesuaikan rasa dan taburkan daun parsley.
Akhir sekali taburkan lada sulah dan cracked black pepper.
Angkat dan hidangkan bersama taburan parmesan cheese.

TARRAA!!!

Simple Fried Penne :D


Siap aje terus hantar sepinggan ke rumah jiran. Satu pintu aje :D

Donut Bakar Sambal


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm tepung gandum
300 ml susu segar
1 peket yis kering
100 gm mentega *potong dadu
1 sudu besar gula castor
secubit garam

3 sudu besar minyak sapi/ghee cairkan untuk sapu di atasnya
Sambal tumis ikan bilis untuk inti

CARA :

Campurkan mentega, yis kering dan gula dan gaul mentega bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Lubangkan di tengah dan masukkan susu segar, garam dan uli sehingga menjadi sebuku doh.
Setelah itu uli dan banting selama 15 minit.
Perapkan doh *seperti gambar di atas* sehingga doh naik dan mengembang!

Ambil adunan sebesar bola golf lebih kurang 50gm dan leperkan. Isikan di tengahnya dengan inti sambal tumis ikan bilis. Dan kelim tepinya seperti membuat karipap. 
Lakukan sehingga selesai. 
Sapukan di atasnya dengan minyak sapi.

Panaskan ketuhar dengan suhu 150'C selama 10 minit dan panggang adunan selama 15-20 minit atau sehingga bertukar warna keperangan.
Angkat dan hidangkan!!


TARRAA!!!

Donut Bakar Sambal



Sedap tak?
bertambah sedap, harum dan lemak selepas di sapu dengan minyak sapi.. tak percaya cuba :)

Donut Salju


Bahan dan cara sama seperti di atas.
Cuma uli dan leperkan adunan dengan torak dan potong bentuk 4 segi sama.
Kemudian sapukan di atasnya dengan minyak sapi.
Kemudian bakar di dalam oven sehingga keperangan.
Angkat dan taburkan dengan gula aising sebanyak mungkin :D


comel-comel aje i potong ya.. anggaran 2 cm panjang dan lebar :)


Donut Salju
Kuih manis i berbuka petang ini :)


Selamat berbuka dan selamat mencuba ya, jumpa esok dengan pelbagai tips di dapur...


Assalammualaikum.... :)

TATA!!

11 comments:

Choco Ani said...

Shaaaaaaaaaaaaaaaaaaa cak cak.. hahhaha bukak blog je terkeliur tgk hidangan berbuka Shaaaaa ari ni.. nak donut bakar tuuuu nak nak :D

zila norazila said...

salam sha
nampak sedap2 masakn ko arinie..he hee nk tumpang buka bole..aduii sha aq masam ala kadar jew nie..semalam sampai umh dg 6 stgh ..bersilat kt dapur..he hhee nasib aq x leh pose lg nie..he hee

asyifamustaffa said...

waaaa....ini la hasilnya ye kak...
mmg tetarik dan debom lah !...:)

Zalieda Zaliedana said...

Kak Sha,amboiii donut bakar dia,sempoi jer nmpk..ok juga kan selalu duk goreng,bila2 leh try versi bakar lak..nmpk sedap tuh kak sha..

Qasey Honey said...

asslm Kak Sha...wah mnyerigai aje yer donut tu...tp nmpk sedap la...donut salju tu jugak..

Mat Gebu said...

Salam datin....awww, cekcinya donat bakar, tak rela tau, kurang pahala puasa ai...nasib baik tengok dah malam....

~azillakhalison~ said...

kak sha..suke ayat MENYERINGAI..hahaha tu memang ayat org johor tu...memang pelik2 hehehe

zuwaidah said...

setiap kali ku baca, setiap kali jugaklah ku 'klik' share terus ke fb. senang gitu.

MOMMYLIN said...

amboi kak... kecur jup.. :P

QasehnyaRania said...

donut bakar :D
1st time dgr ni..kena try yer..nati dh try su publish juga yer kak sha..hehe

Unknown said...

Amboii, sedap nyer buah kurma tuu. terliur sekali lagi. hoho

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ