ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, July 20, 2012

Sambal Sotong Hidangan Tengahari Sebelum Menjelang Ramadhan Al-Mubarak


Assalammualaikum, :)

Hidangan tengahari sebelum Ramadhan Al-Mubarak menjelma hanya beberapa jam sahaja lagi. Dan hidangan yang ku kongsikan di sini hari ini mungkin dapat membantu surirumah dan juga wanita yang bekerja. Hidangan yang simple tetapi cukup membuka selera setiap kali menyuap, ya giteew :D sesuai untuk bersahur dan berbuka juga.

SAMBAL SOTONG


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar *saiz sedang*
4 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm belacan
30 tangkai cili kering

BAHAN LAIN :

1 kg sotong *saiz sedang*
1 batang serai titik
1 biji bawang hollan *potong bulat*
50 ml air asam jawa
gula dan garam
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan serai dan juga *BAHAN KISAR* renehkan dengan api sederhana dan sentiasa di kacau dan tumiskan lama sedikit.
Setelah itu masukkan air asam jawa, gula dan sotong.
Renehkan sehingga sotong masak dan masukkan bawang holland, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!

SAMBAL SOTONG


Kuah tu biar lebih pun tak apa, esok boleh panaskan dan rebuskan telur masukkan dalam kuah sambal sotong, dah selesai menu untuk sahur hari esok :D


Jangan lupa gandingkan dengan sayur bayam goreng bersama fish ball.. waduhh.. tergolek-golek biji mata tu!

@___________@


Gorengkan pulak ikan kerisi bersama kunyit, goreng tu garing-garing 5 minit sebelum semua duduk di meja makan untuk bersahur..
terus segoorrr biji mata tu yaa..:))


Inilah hidangan terakhir di siang hari... esok dah tak boleh makan tengahari sebab puasa :D



Kek coklat 5 pintu petang sikit i share yaa.. belum bercuit pun... molek je dok atas meja bawah tudung saji.. tak pe.. tak pe.. tak kecur pun.. sebab hari ni belum lagi puasa :D


Macam manalah keadaan Alif bila puasa esok hari ya.. jangan dia asyik ke dapur bukak peti sejuk tu dah ler... esok i berbuka kat rumah Alif nanti i share keadaan terkini Alif setelah seharian berpuasa ya.. jumpa nanti.. :)

Assalammualaikum..

TATA!


2 comments:

asyifamustaffa said...

ala kak....mana resepi kek cekelat tu....huhuhu....

Shahriah Abdullah Novelis said...

Asyifa cayangg.. tungguuu petang cikit... hhuuhu

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ