Assalammualaikum kawan-kawan semua :) Apa khabar hari ini? Syukur Alhamudulillah dah masuk puasa yang ke 5 kita semua menunaikan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Nampak tak gambar bungkusan dodol di atas tu? yaa itulah hidangan pemanis i untuk berbuka petang nanti.
Menu Berbuka 27hb Julai 2012
- Nasi Lemak Bungkus daun pisang :D
- Sambal Tumis Udang & Petai :D
- Telur Rebus & Ikan Bilis Goreng & Kacang
- Ulam Timun & Jering :D
- Anak Ikan Goreng :D
- Cucur Dodol Melaka :D
*Resipi dan gambar Insya~ALLAH kalau sempat sebelum berbuka i share, sebab hari ni i berbuka di rumah ibu mertua bersama Abang Amin yang nun belajar di kolej* :D
TIPS & PETUA
Minuman wajib i bersama keluarga setiap kali berbuka ialah air teh tarik :D
i akan bancuh air teh itu 20 minit sebelum waktu berbuka.
i bancuh dan masukkan di dalam jugs yang tahan panas ala-ala termos giteww :D
sampai masa, lagi 4 minit nak berbuka, air teh itu akan ku tarik dan jadilah teh tarik yang masih panas dan berasap dan juga berbuih-buih ala-ala minum di kedai mamak.
ya giteww..:)
i akan sentiasa stok kelapa parut. Dan kelapa parut semestinya yang telah di parut dan tiada kulit hitamnya, demi memudahkan jika i akan gunakan kelapa itu untuk membuat pelbagai kuih tempatan. Dah mudah tak perlu ler nak ke kedai sentiasa. Kadang-kadang kelapa pun tak ada di kedai!
i akan stok di dalam peti sejuk lebih kurang 3-4 biji kelapa yang telah di parut.
Petua untuk kelapa tahan dan tidak basi :
Setelah kelapa di parut, gaulkan dengan sedikit garam dan masukkan di dalam bekas/loyang.
Kukus selama 7-10 minit.
Setelah itu sejukkan dan barulah boleh di simpan di dalam peti sejuk bahagian beku.
Bila nak di gunakan hanya tinggal defrost atau keluarkan lebih awal.
Hari ini i masak nasi lemak dengan mencampurkan beras basmathi dan juga beras siam.
Sukat dulu beras dan kemudian rendam sebentar di dalam air sejuk/paip.
Air akan serap dan selepas itu toskan beras sehingga tiba masa untuk di masak.
Beras akan lebih lembut dan muai.. *petua dari bondaku*
*Sekian tips hari ini, tunggu resipi petang nanti ya* :)
______________________________________________________
KUIZ SOALAN TERKUMPUL
AKA
MARATHON JARI, KEY-BOARD DAN MOUSE :D
Penyertaan kuiz masih terbuka...
SENARAI PESERTA SETAKAT INI 25HB JULAI 2012
- http://asyifamustaffa.blogspot.com/
- http://qasehququinnie.blogspot.com
- http://hanasafirahidayah.blogspot.com/
- http://dapurcikwan.blogspot.com/
- http://salamisimon1.blogspot.com/
- http://zila4ever.blogspot.com/
- http:/ rziehany.blogspot.com
- http://salmikhairil.blogspot.com
- http://azillakhalison.blogspot.com/
- http://galeriduniaku.blogspot.com
- http://shimasall.blogspot.com/
- http://jemariasmara.blogspot.com
- http://branipunyabudak.blogspot.com
- http://whymore.blogspot.com
- http://chocoani.blogspot.com
- http://rosrikitchen.blogspot.com
- http://sariyusa.blogspot.com
- http://faralalalala.blogspot.com/
- http://www.syuhadasalleh.my
- http://dewqracintakita.blogspot.com/
- http://kisahamrara.blogspot.com
- http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/
TARIKH TUTUP KUIZ
UNTUK LIHAT HADIAH TERKUMPUL SETAKAT INI :
Sekian sahaja info dan perkongsian hari ini.. jumpa lagi..
Insya~ALLAH...
Assalammualaikum..
TATA!!
7 comments:
kalau xkukus,lepas parut tu saye simpan dlm tempat beku boleh x kak?ke xtahan lama?xpernah buat
Azilla cayang boleh tetapi pastikan masa di beli tu jangan sentuh dengan tangan. terus simpan di dalam peti beku...:)
ohh, kita ada jugak kelapa parut frozen tapi tak pernah kukus, terus simpan berbulan2 lupa nak guna sebab tak nampak depan mata, hehe. Tahu2 dah kejung, hihi..
bagus bagi petua kat sini, boleh juga kak zu amalkan...terima kasih naaaaa
byknye stok kelapa parut.. Alun kat rumah ni byk stok kelapa. WakJo kait kat tempat kerja. Siap beli mesin parut tp takut nak guna la.. tajam dn laju betollll! wakjOnye tgn pun tak terkena garit hohoho.. lagi la omak takuit hihi
tq kak Sha cyggg sudi share petua tu..bru tau..hihi...nasi lemak bungkus tu nti akak terbangkan ke sini yer..haha
dok menghadap blogger kak sha 24 jam je. berliur pun aadaa. semua makanan. fuh, demi segmen ni kan kak sha.
Post a Comment