ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, July 23, 2012

Tips Dan Persiapan Berbuka 23/7/2012 Dan Terima Kasih Teman Bertuah...


Assalammualaikum... Wahh dah masuk Ramadan ketiga hari ini. Seronok betul..kalau puasa setahun kan best :D

Okay nampak tak acuan di atas tu.. basah lagi tu.. baru keluar almari dan baru sekarang ni sedang bersidai bawah panas.. sebab petang nanti nak ku buatkan sejenis kuih manis melayu dari resipi dari salah seorang blogger masak-memasak yang cukup terkenal di MALAYSIA! ya giteww.. siapakah gerangan insan istimewa itu?
sabor tunggu petang nanti.. :D

MENU BERBUKA PUASA 23/7/12

  1. Nasi Putih :D
  2. Sambal Tumis Ikan Bilis :D
  3. Singgang Rebus Ikan Selar & Bendir :D
  4. Ikan Selar Goreng Garing :D
  5. Kuih Cara Manis Resipi Warisan *resipi rakan blogger* :D
  6. Kuih pedas.. tu sambal tumis ikan bilis tuuu... :))
Insya~ALLAH petang nanti i share resipi dan gambar berbuka puasa ketiga hari ini ya :)

TIPS DAPUR HARI INI 



Ikan bilis.. dulu masa kecik-kecik inilah kerja i masa nak dekat berbuka.. kena tolong siang ikan bilis.. bukan sikit-sikit dekat 2 KG! siapa punya kerja? i ler yang kena buat.. siapa yang punya angkara? My Beloved Bonda ler.. :)) Skill to okeh.. skill :D

Okay ikan bilis ada pelbagai jenis, i suka pilih ikan bilis yang putih dan tidak berapa besar. Isinya lebih sedap, lemak dan kalau di goreng memang ler garing!

Biasanya jika ada kelapangan i akan duduk menyiang ikan bilis tu ya.. kupas cukuplah untuk di masak sehari ke dua hari.. nak kopek bebanyak Malas :D so jadilah.. selepas di siang ikan bilis tu masukkan dalam bekas kedap udara yang jernih dan mudah nak nampak. Simpan dalam peti sejuk dan bila nak masak senang nak cari dan dah siap bersiang, ya giteew.. :D

TIPS dari BONDA sejak i kecil lagi bila nak siang ikan bilis : "BACA SELAWAT! jangan nak menyanyi pulak!" ya giteww.. bonda i garang benor.... sekarang tidak lagi :D


Cili kering i tak buang biji.. buang biji masa zaman kekanak aje dulu.. bukan sikit2 yang ku gunting dan buang biji, dekat 5KG pun pernah! apa agaknya yang bonda i masak dulu ekk? :D

Sekarang tidak lagi. Kalau nak masak apa jua hidangan yang menggunakan cili kering, i akan cuci terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk, tutup dan rebus sehingga beruap.
Selepas itu biarkan sehingga sejuk.
Cuci dan tapis, barulah di kisar dengan sedikit minyak agar mudah dan lancar ketika di mesin.
Kisar banyak2 dan stok dalam peti sejuk i tak berapa suka.. i prefer fresh.. jam tu baru cekut nak masak berapa banyak.. :D


Sambal Tumis ikan bilis sedang bertumis.
Sambil siang ikan bilis i tumis dan renehkan lamaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat dengan api paling kecil.
Sentiasa di kacau dan jangan sampai hangit.


Huaahhh... adunan batter kuih cara pun dah siap..
hanya tinggal di bakar dalam acuan bahulu tu aje nanti..
resipi siapa???
tunggu petang nanti :D


daun pandan dan minyak canola oil pun dah siap dah.. standby untuk petang nanti :D

Sekian TIPs untuk hari ini :)


______________________________________________________

TERIMA KASIH TEMAN


Kesempatan ini i ingin mengucapkan buat semua teman-teman blogger baru dan lama yang sudi add i sebagai rakan blogger dan sudi meninggalkan komen walaupun semenjak dua menjak ini komen anda tidak berbalas.. sebab terlalu sibuk... TETAPI I TETAP BACA dengan hati yang cukup GEMBIRA :D ya, giteeeww..:)

Terima kasih juga i nak ucapkan kepada rakan blogger yang sudi berkongsi info di wall masing-masing semenjak i menganjurkan KUIZ 'LEBIH RAMAI, LEBIH MERIAH DUNIA BLOGGING KITA SEMUA, YA, GITEEW..' :D

Walaupun rakan-rakan ku ini tidak turut serta tetapi beliau semua dengan ikhlas hati telah turut sama berkongsi info tentang kuiz di atas di wall FB masing-masing. Insan itu ialah... KLIK di bawah itu untuk kenal dan add mereka semua tu sebagai rakan blogger kita semua ya.. biar meriah dunia blogger kita semua :



dan juga..




_____________________________________________________________________________

DAN SENARAI PESERTA SETAKAT INI 23/7/12
*setelah mengikut terma dan syarat 5 LANGKAH*



  1. http://asyifamustaffa.blogspot.com/
  2. http://qasehququinnie.blogspot.com
  3. http://hanasafirahidayah.blogspot.com/
  4. http://dapurcikwan.blogspot.com/
  5. http://salamisimon1.blogspot.com/
  6. http://zila4ever.blogspot.com/
  7. http:/rziehany.blogspot.com
  8. http://salmikhairil.blogspot.com
  9. http://azillakhalison.blogspot.com/
  10. http://galeriduniaku.blogspot.com
  11. http://shimasall.blogspot.com/
  12. http://jemariasmara.blogspot.com
  13. http://branipunyabudak.blogspot.com
  14. http://whymore.blogspot.com
  15. http://chocoani.blogspot.com
*PENYUMBANG TRAFIK TERTINGGI ADALAH KEUTAMAAN UNTUK PEMENANG, SELAIN MENJAWAB DENGAN BETUL, SOALAN KUIZ TERKUMPUL*




Assalammualaikum... :)

Jumpa petang nanti....

TATA!!




13 comments:

Ummi said...

Sha, rajinnya dia kopek ikan bilis, meh kat rumah akak tolong jgk...tp akak beli yg dah siap kopek...hehe, mmg suka beli yg fresh ikan bilis ni kat kedai tepi pantai Ktn ni..siap letak dlm bilik sejuk segala ikan2 kering, ikan bilis, udang kering bagaaiii....

Waa menu berbuka pun byknyaaa...akak balik keje sempat masak lauk je la..kuih2 kalu nak kena beli sikit, tp selalu beli x laku anak2 x suka, adeeh nak tunggu maknya buat hari minggu je laa.. Ptg ni wat kari kepala ikan...hehe.. Selamat Berpuasa dan berbuka ya Sha, muaaahh!

Unknown said...

mesti resepi cik mat gebu hehhehe

Salmi Khairil said...

kak sha tak sempat jumpa kot.. sebab kerja

Mas Sani said...

Terima kasih kak shah share resepi....tang ikn bilis tu mas selalu beli ygdh siap kopek sbb mas mls nk kopek hihihihi...
Wahhh list berbuka kak shah kemain meriah,mcm2 ada :-)

Mamasya said...

Slmt berpuasa buat Shaa sekeluarga. ikan bilis biasa beli yg kecik sbb malas nak kopek. tp mudah kalau dah siap kopek awal-awalkan...cepat kerja memasak.tp cili kering sampai skrg harus buang biji sbb tak tahan pedas...ngalah budak2...hi..hi..

dZana said...

aslmkum sha cayanggg...byk tips akk dpt dr sha semuanya sgt2 membantu.. ketawa akk bila ingat tips garam tu.. slalu cam pdg ringan jer walaupun reganya murah.. tpi klau dah kehabisan melolong gak suh mangsa gi kedai beli garam.. hahahaha.. dah lah akk nk kopek ikan bilis la.. smbil tgok tv.. esok leh buat lauk sahur... menu bbuka akk masih rahsia.. hihihi.. masih ronda2 cari menu ..

PH said...

Baru tengok your menu, perut I dah goncang!

Si Matatajam said...

M baru ja buat sambal tumis ikan bilis semalam.. Lawan plak ngan nasi minyak... Berselera my hubby makan...

RINA said...

saya pun suka kopek ikan bilis, tak tau kenapa.......

RINA said...

i suka sangat kopek ikan bilis..... jadi ralik jap...

Unknown said...

akak selalu beli yg dah siap kopek Sha malas lah tu kan,senang balik masak je

wah banyknya menu Sha maklum masterchef lah mesti banyak idea kan

Unknown said...

nak suru mama beli lah buku resipi akak. hehe

QasehnyaRania said...

teringin nak buat kuih cara berlauk tapi tak tahu mna nak dapatkan acu tu..huhu

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ