ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, July 27, 2012

Tips Di Dapur Bersahur Dan Berbuka




Assalammualaikum, :) Dah masuk hari ke~7 kita semua menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Semalam i tak masak untuk berbuka sebab bekerja di luar kawasan dan ada sesi temubual secara ekslusif bersama Radio Putra 90.7 di UPM Serdang.. wah jauh tu.. :) Syukur Alhamdulillah Apa pun segalanya dah selesai dan berjalan dengan lancarnya.. Amin..

Okay berbalik pada menu berbuka puasa i hari ini bersamaan Ramadan ke~7 27/7/2012 i masak simple di atas permintaan dan idea dari Pak Habibi kesayangan i tu. Sepanjang dalam perjalanan pulang tu.. wah memacam yang dia nak makan.. so ini antara permintaannya yang bakal ku tunaikan petang nanti Insya~ALLAH.. :D

Menu Berbuka Puasa 27/7/2012

  1. Nasi putih :D
  2. Ikan Merah Goreng Garing :D
  3. Sup Tulang/Tetel*lemak lembu :D
  4. Sambal Belacan & Sambal Belacan :D
  5. Puding Sago/ Puding Sagu Biji :D
Setakat ini itu sahaja yang di rancangkan :D
Tunggu petang nanti untuk resipi dan gambar berlubur bakal ku masukkan di sini :D

TIPS 


'Coklat' sila abaikan kotak yang terbalik gitu gaya, adalah tu kesinambungannya tu ;)). Okay bercerita tentang coklat ada bermacam-macam khasiat yang terdapat dalam coklat tu yaa.. KLIK SINI UNTUK PELBAGAI KHASIAT TENTANG COKLAT 

Okay berbalik tentang coklat.. i adalah salah seorang peminat coklat sedunia :D memang minat sangat dengan coklat tetapi ada beberapa jenis coklat sahaja yang i minat dan bukan semua ya, :) coklat sentiasa i stok dalam peti sejuk, bila teringin aje tinggal buka peti sejuk dan ngap! tidak di bulan puasa :D tetapi untuk bersahur..i memang akan mengambil 2-3 keping coklat untuk makanan sampingan untuk menahan dari lapar. Khasiatnya you all kliklah info di atas tu ya. 

Kebaikan menyimpan coklat dalam peti sejuk di bulan puasa :D bila terlewat bangun untuk bersahur, selera nak makan nasi atau pun apa jua hidangan untuk bersahur..i akan makan coklat dan minumlah susu ke, air masak ke.. lepas tu dah boleh berpuasa :D setakat ini Alhamdulillah anak-anak yang berpuasa di rumah ini juga kelihatan tenang dan cool sepanjang berpuasa. ~Wallahualam~ 

GORENGAN GARING DAN TIDAK SERAP MINYAK



Menggoreng apa jua masakan yang menggunakan minyak penuh amatlah mudah, tetapi tidak semudah yang kita sangkakan. Terutama apabila menggoreng jemput-jemput atau pun pelbagai jenis cucur. Bila goreng, garing di luar dan mentah di dalam :D atau pun garing dan tidak mentah, minyak pula berlinang dan lemau dek minyak yang serap dalam hidangan kuih-muih kita itu.

Antara tips yang biasa i lakukan ialah :

  1. Panaskan kuali terlebih dahulu baru di tuangkan minyak secukupnya.
  2. Pastikan minyak benar-benar panas sehingga 360'C atau panas dan berbahang *biasanya boleh di cuba dengan meletakkan tapak tangan 5 cm dari paras kuali dan bukan DI CELUP TANGAN TU! naya wehhh :))
  3. Gorengkan apa jua masakan yang ingin anda goreng dan pastikan jangan terlalu penuh atau padat di dalam kualai@minyak, kerana ini akan menyebabkan masakan akan lambat masak, lambat garing, masak tidak sekata dan menyerap minyak. *Masa ini bolehlah turunkan suhu api, sederhana dan bukan kecil ya.
  4. Setelah hidangan siap di goreng sila alaskan dengan tisu dapur bagi menyerap minyak berlebihan. Barulah di hidangkan..:)
  5. Sebelum nak menggoreng kali kedua sila pastikan minyak panas seperti keadaan mula-mula tadi. Dan barulah di goreng masakan yang seterusnya. 
  6. Lakukan sehingga selesai dan ulang kaedah yang sama seperti di atas tadi :D


Nampak tak? ikan goreng lebih garing, warna sekata dan tidak rentong! :D dan tidak berminyak!
Selamat mencuba!!



Sekian sahaja perkongsian hari ini.. tunggu petang nanti untuk resipi dan juadah berbuka puasa.. selamat berpuasa dan lipat gandakan amalan :)

:
:






:
:
:










BERSEDIA SOALAN KUIZ YANG KE~23???






:
:
:
:


Mudah aje tu kan? kalau susah na.. sila terbalikkan skrin pc anda :))

selamat berpuasa dan bermarathon.:)

Assalammualaikum...

TATA!!


20 comments:

emma marini said...

hari ni i caragas, asik buka blog jer so cepat dapat soklan dan cepat dapat jawapan..heeeee

Ummi said...

Assalam Sha cayang...tahniah ya keudara di Radio Putra pulak eh...alangkah sonok kalau dpt dengar dari Kuantan nih....nak dgr sore merdu ke, serak2 basah ke, or batuk2 kering gitu....ekekkeke.. Ni tengok ikan goreng pun boleh terliur dah ni...haha

~azillakhalison~ said...

yeahhh..soalan ke 23..ahha den ni kak mcm xde keje kat opis,asik dok ngadap belog akak je haha :))

asyifamustaffa said...

Menu berbuka dah siap list ye kak....hehe..
hari nie sy blik kg la kak...nak berbuka ngan mak....2 hari le x de cmnie...x dpt le nak jengok kuiz akak...tp duenya ahad kan...so smpt le sy catch-up lepas blik dri kg nnti....:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Emma... hhehee.. good luck!

Shahriah Abdullah Novelis said...

W'salam Kak Ummi cayang hehhee.. maceh kakkk... hehhee sekekap aje 1 jam..:)betul memang terbatuk2 masa tu tekak kering hehehe.. wahh nampak ikan goreng dah kecur.. tunggu petang nanti ya.. tq kak

Shahriah Abdullah Novelis said...

Azilla jangan sampai bos nampak hhahaha

Shahriah Abdullah Novelis said...

Asyifa cayang.. tarih penyertaan yang tamat pada hari ahad.. untuk peserta soalan kuiz akan tetap di teruskan lagi sehingga di beritahu kelak.. selamat berbuka di kampung ya.. take care muahzz

Unknown said...

hihi.. dua2 tak dpt.. radio malah surat khabar... hihi..
tq for the tips

Salmi Khairil said...

kak jawapan untuk soalan kuiz nie nak wat macam maner? kena bagi sebelum tarikh tutup ker?

Shahriah Abdullah Novelis said...

Alun tak pe asalkan akak ada berkongsi info hehhee selamat berpuasa :)

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlmi kumpul sehingga di beritahu okey.. good luck!

asyifamustaffa said...

oh...giteww ye...ok pham...thx...:)

ibh_sue said...

Kak Sha..sue pun peminat coklat. Lagi2 time stress.. Stok coklat pun byk lg..Tp sepanjang 7 hari ni sue x mkn lg coklat..Rasa mcm nak mkn pulak berbuka nnti..hihihihih

QasehnyaRania said...

aduhhh..dah 23...tak pa sudah siap di draft..nanti publish ;)
#pitam kalau memang terbalikkan skrin..hehe

Kiera Rashid said...

Yayaa , tips yg sama kiera selalu lakukan untuk memasak cekodok , dan apa jua masakan yg bergoreng . :D , wahh .. kuiz 23 dsh kuar ...

zuwaidah said...

waduhhhh hari ni teramat lemau di ofis....boleh tidur lak tuuu

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sambal belacan & sambal belacan??? apakah???

Delima Zamrud said...

wahhh dah masuk quiz ke 23 hehhe D5 xdpt nk masuk sorry ek sha :D.. D5 suker sambal belacan but xtau nk buat nyer kalau buat asyik xsedap je tu yg menyampah tu adehhh...Setiap kali tgk sambal belacan sha rase terliur sgt2..

Unknown said...

yeha. ada juga soalan bersembunyi di sini. yuhuu

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ