ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, August 14, 2012

Biskut Oreo Coklat Traffic Light



Assalammualaikum... :D

Syukur Alhamdulillah.. laju jugak i masukkan N3.. menyudahkan biskut tu dah ler banyak hal.. dah selesai semuanya.. waduhh nak mengumpul kekuatan nak mengambil gambar tu lagi ler banyak hal :))

Mood nak menghias dan menyelitkan props celah beskot tu memang kelaut! sebab mood i sekarang ni tengah angin monsun nak menghias rumah :D

Kuatkan juga semangat tu.. dengan motto..
"Tak pe.. pelan-pelan.." ya giteew :D


Semua kanak-kanak, remaja, mak dan bapak budak pun sukakan M&M's
siapa tak suka angkat dagu! :)) wahh tak ada :D

Coklat M&M's ni sentiasa berstock dalam peti sejuk i tu.. anak-anak i yang 3 orang tu memang ler suka mengunyah coklat M&M's bila menonton tv.. bukan anak-anak i aje.. bapak anak-anak i pun suka..
i bolehlah jugak... :D


Biskut ni i buat dengan sedikit idea dari anak-anak kesayangan i yang dok melepak atas tembok tu :D
merekalah sumber inspirasi i membuat dan mereka cipta biskut raya untuk tahun 2012.. :)
ada 3 anak.. so semua sukan coklat M&M's dan Oreo cookie.. 
maka telah kugabungkan menjadi satu... :D
Insya~ALLAH kalau ada 4 orang anak.. tahun depan beskot tu tukar pulak ala-ala lampu lip lap raye :D

Biskut Oreo Coklat Traffic Light


Merah, Kuning, Hijau

And...

GO!!!!!


nampak tak tu???
ya itulah Brunos anak saudara kesayangan i... bulat aje kan mata dia.. siap ala-ala terjengil nak terkeluar bijik mata dak Brunos tu kan?
Ko jangan memain.. dalam cute gitu pantas dan tangkas ngko aii.... :))


tahu apa yang telah di kerjakan dek si Bronos tu???
hampir setengah balang...

Biskut Oreo Coklat Traffic Light

Di kutisnya tiap bijik M&M's yang di tatah atas beskot tu.. perghhhh.... :))
beskot tak dimakan.. dia dok makan.. cekelat M&M's tu sahaja.. aduhaii..
penghabisannya setengah balang beskot yang dah tak bermata tu.. ku bekalkan untuk dia bawak pulang ke Melaka.. dengan motto..
"Tu dah bukan Traffic Light dah tu..." :))
dah botak aje beskot tu muahahhaa :))


Biskut Oreo Coklat Traffic Light


BAHAN-BAHANNYA :

  1. 250 gm mentega
  2. 250 gm gula halus *gula pasir kisar*
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu teh esen vanilla
  5. 60 gm serbuk koko *vanhauten* {ayak bersama
  6. 100 gm tepung jagung {ayak bersama
  7. 250 gm tepung biskut {ayak bersama
  8. 1/2 sudu teh empleks *perangup biskut {ayak bersama
  9. 1/2 sudu teh garam {ayak bersama
  10. 150 gm serbuk oreo *ada di pasaran
  11. ekstra tepung biskut untuk taburan sepanjang menorak dan menerap

UNTUK TATAHAN DI ATAS BISKUT :

  1. 3-4 botol coklat Mini M&M's
  2. gula aising + sedikit air = jadikan cairan yang pekat untuk gam coklat M&M's



CARA :

  1. Putarkan mentega, gula dan telur sehingga gula larut dan sebati.
  2. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati
  3. Masukkan serbuk oreo dan kacau sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuku doh.
  5. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama sejam.

  1. Torakkan adunan dengan menggunakan penerap khas seperti gambar di atas sehingga selesai.
  2. Panaskan ketuhar dengan suhu 150'C selama 10 minit.
  3. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga biskut garing.
  4. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  5. Titiskan beberapa titis bancuhan gula aising dan tatahkan bersama coklat M&M's.
  6. Bermula dengan warna merah, kuning dan hijau, lakukan sehingga selesai!
TARRAA!!!

Biskut Oreo Coklat Traffic Light



Semasa i buat biskut..

Biskut Oreo Coklat Traffic Light

i buat dengan Nellysha.. masa nak buh coklat M&M's tu i dok ler confused.. :)) warna apa ekkk keler kat traffic light tu??
biasanya bila i memandu.. i akan jumpa dulu warna kuning lepas tu merah.. terus i break!!! Screeetttttttttt ya giteewww :))

so dalam dok tertanya-tanya tu...
Nellysha tetap mengatakan warna merah dulu.. di ikuti warna kuning lepas tu baru hijau.. :D
Ehh i tak puashati selama ni siapa yang drive kereta?
i ke dia? :))


Tetiba Pak Habibi called...

"Merah, Kuning then Hijau..."

gitu kata Pak Habibi sambil dia cek kat internet  :))
dan tu ler dia.. betul ler kata Nellysha yerk.. pastu sempat lagi tu..

"Apalah Momma ni.. tu pun tak tahu!"

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. pakkal puasa kan kan :D

confused okeh! bukan tak tahu.. kekadang tu.. lampu merah pun ter.. ter... :D heppp! i pemandu berhemah okeh.. *bergantung kepada keadaan dan situasi dan juga lokasi* :))


Biskut Oreo Coklat Traffic Light

Biskut ni rangup, lemak, harum koko dan oreo :)
Bila di gigit terkena M&M's waduhh..
terus hilang mata hitam :))

Jika doh agak lembik taburkan sedikit tepung sepanjang menorak.

Biskut Oreo Coklat Traffic Light 


Sekian... sahaja tunggu N3 seterusnya... :D

Jumpa Lagi..

TATA!!


16 comments:

Yuliana Wahit said...

comel je biskut nih..

Norzie hany said...

Betul2 mcm traffic light....pandai Sha mereka cipta kuih ye.Psttt Sha....suka tgk muka abg Amir,handsome walaupun serius.

Unknown said...

Sibuk buat biskut rupanya, lama tak nmpk sha....
Salam aidil fitri sha, maaf zahir batin.

Unknown said...

salam Sha..
biskut ni kalau bagi budak2 mmg dia kutil ambik yg cekelat je ni tapi menariksss lah pasti sedap bangat ni apa lagi puan Mc kita yg buat kan heee

fazian.batrisyia said...

Dah byk biskot raya rumah kak sha...nak dtg rayalah cam ni...

Nur-nba said...

Wah kena dengan musim nak raya.. Akak bila balik kg?

emma marini said...

Aloo Kak Sha, kita dah terima hadiah dengan selamatnya, terima kasih banyak-banyak. Suka lah :)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Cik Yuyu comelkan kekanak memang ler suka..:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq Kak Norzie heehe.. dah tak ada idea lampu isyarat pun jadi jugak biskut raya hehehe... handsome? hehee tq kak.. kalau dia tahu ni sure kembang kuncup tuuu..:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Zana cayang sha memang tengah sibuk buat persiapan raya.. sebab tu tak sempat nak BW nanti ehh lepas raya selesai Insya~ALLAH sha bertandang rumah kengkawan.. tq so much kak.. cayang dia... muahzzzzzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wsalam Kak Noor betul tu habis dikutisnya hehehe... Kak Noor wahh sha ternampak biskut raya akak cantiknya nak singgah esok.. Insya~ALLAH yaa.. tq kak cayang dia muahhzzzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

Fazian buat tak banyak dik sikit je.. nak datang? jom!!!!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Nur akak balik kampung Pak Habibi raya kedua kot... :))

Shahriah Abdullah Novelis said...

Emma cayang tq juga cayang dia...:)muahzzz

Ayam said...

Salam Shahriah...selamat hari raya hehe dgn trafic light yang mengoda.
Apa pun semuga hari raya tahun ini membawa keberkatan serta keceriaan di samping family tercinta. Amin...

Mas Sani said...

Jgnkn brunos kalo mas dpt sekut tu mmg coklat yg mas ngap dulu hihihi

Slmt hari raya maaf zahir dan batin buat k.shah sekeluarga :-)

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ