ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, August 2, 2012

Juadah Berbuka Puasa 2hb Ogos 2012



Assalammualaikum.. kawan-kawan semua :) *suara ala-ala Upin & Ipin :D Wahh... Syukur Alhamdulillah.. dah Ramadan ke 13.. esok dah masuk Ramadan ke 14.. cepat benar masa berlalu..

mood nak memasak okay lagi.. mood nak buat hidangan manis dah memang ke Sungaii :)) dah terjumpa sebuah gerai tepi jalan yang menjual juadah berbuka puasa dekat simpang rumah i.. kuih-muih dia sedap sangat dan harga untuk RM1 untuk 4 biji kuih!!! mana nak dapat cenggitu gaya.. murahkan? tadi i borong banyak naa kuih-muih... terus edarkan kerumah jiran... dah ringkas kerja i tak perlu nak membuat pemanis.. tapi sok lusa tak tahulah tekak ni teringin benau nak makan puding.. :)

Okaylah.. menu berbuka puasa i sekeluarga untuk Ramadan ke 13 ialah :


Asam Pedas Daging Tetel / Gulai Tetel


Sayur Kobis Goreng Bersama Tempeh dan Udang Kering


Anak Ikan Bawal Goreng Garing 


Ikan Masin Tenggiri Jeruk *baki hari tu ada lagi* :D


Sambal Belacan
Ulam Jering Dan Petai 
*tak jadi nak celur pucuk ubi dan pucuk berbuas dengan alasan.. tak kuasa :D*

Asam Pedas Daging Tetel / Gulai Tetel


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm daging bertetel *daging berlelemak*
3 biji kentang *belah dua
2 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
1000 ml air
minyak untuk menumis
gula dan garam

BAHAN MENUMIS :

1 batang serai *titik
1/2 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
1 sudu besar rempah campur

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
1 batang serai
1 cm lengkuas
2 cm belacan
30 tangkai cili kering
1 sudu kecil lada hitam

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan *BAHAN KISAR* dan kacau sebati, renehkan lama dengan api sederhana dan sentiasa di kacau.
Masukkan daging dan kacau sebati.
Masukkan air dan didihkan sehingga daging empuk.
Setelah daging empuk, masukkan kentang, daun limau purut, asam gelugor dan masukkan gula dan garam.
Renehkan sehingga kentang empuk dan sehingga kuah agak pekat.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAAA!!!

Asam Pedas Daging Tetel / Gulai Tetel


Uishhh.. dahlah daging tu empuk.. kentang empuk.. ada pulak tetel kat celah daging tu... perghhh...
dapat lempeng kelapa ni fuYoooh memang meleTOP!! :D


ini dia kuih-muih yang i beli kat gerai menjual kuih-muih berbuka..
4 keping RM1 i beli banyak-banyak edarkan ke rumah jiran... yang jadi delivery girl Nellysha siapa lagi.. naik basikal muaahhaahaa :D


Hepp.. sebelum hantar kuih-muih rumah jiran kena tolong petik buah limau sambal..
perghhh masa tu i tak jengah.. di petiknya limau nipis 3 biji! perghhh...
tak pe.. tak pe.. yang penting baru petang tadi Nellysha tahu itulah pokok limau sambal! :))
mak ko dulu Nellysha.. usia 5 tahun dah tahu panjat pokok limau bali nak aii.. :))



Hehehee.... nafsu... nafsu... ternampak pulak Tiramisu kat kedai Kek Season.. cadang nak sambar sepeket je.. ehh... tetiba sampai kaunter.. kisahnya 3 peket yang ku cekot! Aduyaii Ponnnn... :D

Sekian sahaja...

Selamat Berbuka...

Assalammualaikum..:)

TATA!!


13 comments:

dZana said...

pergg.. tak tahan baca ayat gulai tetel mkn dgn lempeng kelapa tuh..

Anonymous said...

waa..selamat berbuka akk...td tonton masterchef...nmpk akk mase cabaran "paintball" tu...hikhik

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Zana tu lah kan.. bulan puasa ni sebut nama aje dah kecur hehehehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Selamat berbuka Tiera...:)) Wahh rajinnya menonton Rancangan Masterchef hehee.. akak tak nengok sampai laa.. sebab pelik.. aku kah itewww eheheheh

Solehah Shamsuddin said...

wah sedapnya makanan tu.meh bagi kami sikit.hehe terer la akak masak :)

Amie said...

Wah... banyak hidangannya ye Sha... dari laut sampai ke darat semua ada, ikan bawal kecik comel tu kak Amie suka! Yang lain-lain tu...rasa tak tahu mana dulu nak terkam! Semuanya sedap menggoda!
Eloklah Nellysha tu dah kenal buah limau... bujang2 Amie di suruh keluarkan ikan kembung dari peti sejuk pun tak tahu mana satu... parah betul!

Unknown said...

salam sha
kak Noor nak gulai tetel tu utk sahur boleh ???teringin kat merah dia tu pasti sedap sesangat sangat kan Sha..

Qasey Honey said...

asslm Kak Sha cyggg...sedap2 menu berbuka akak...banyak pulak tu..leh habis ke tu kak..kalau berjiran kan best leh tmpg skali..hehe...

gerhana luka said...

sedapnya masak daging tetel tu Kak Sha! nak kena cari jugak ni lagi-lagi tang lemaknya tu membuatkan I teringin nak menggigitnya.

QasehnyaRania said...

mornink kak shasha =)
pucuk berbuas cam mana erkkk?

jom singgah sini
http://lobaksusue.blogspot.com/2012/08/resepi-peria-katak-berinti-kelapa.html

thanks =)

Unknown said...

Sha...bertambah2 ler lelemak kat perut akk ni kalau mkn daging tetel. Org puasa berat turun, ni perut naik membukit...haha..

Salmi Khairil said...

nampak menyengat sambal tu..

~azillakhalison~ said...

nafsu nafsu..hehe habis x kek tiramisu tu?kalau xhabis pas sikit kat saya haha

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ