ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, August 7, 2012

Menu Berbuka 6hb Ogos 2012


Assalammualaikum... gambar di atas itu adalah menu berbuka i pada 6hb Ogos 2012 bersamaan Ramadan yang ke 17.. ya giteeew :D Mood nak mengedit gambar dan memasukkan resipi dalam blogs agak ke longkang! Nak tahu sebab apa??


Hujan lebat di kampung i yoUuu.. gerak aje sikit.. perut berbunyi :)) dah macam budak kecik hehheee :D
Menu pun ala kadar sahaja... semakin ringkas dan tak sampai 5 jari dah siap... :D dengan motto.. 'Hujan-hujan ni kan.. makan apa pun sedapPPp' ya, giteew.. :)
i masak simple aje.. :D

Ikan Siakap Sweet Sour Bunga Kantan


BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ikan siakap *anggaran 500gm* cuci bersih, lumurkan belah kedua-dua belah isinya... dan lumurkan bersama serbuk kunyit+serbuk halia dan sedikit tepung beras, taburkan dengan sedikit garam. Lumur sebati dan perapkan dalam 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing dan ketepikan.

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *dadu
4 ulas bawang putih *dadu
2 cm halia *julien
2 tangkai cili hijau *potong
10 tangkai cili padi merah *potong

BAHAN SOS :

2 sudu besar sos lemon
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap pekat
 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil seasoning magie

BAHAN LAIN :

4 keping nenas *dadu
2 kuntum bunga kantan *hiris
2 helai daun ketumbar *hiris
100 ml air
gula dan garam
minyak

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau. 
Masukkan air dan *BAHAN SOS* dan renehkan sehingga kuah agak pekat.
Masukkan *BAHAN LAIN* dan sesuaikan rasa.
Setelah kuah pekat dan secukup rasa, tuangkan sos di atas ikan siakap yang telah siap di goreng!

TARRAA!!!

Ikan Siakap Sweet Sour Bunga Kantan


Rasanya macam masak sweet sour yang biasa kita masak tu.. di tambahkan bau harum bunga kantan tu.. waduhh makan dengan nasi panas-panas.. pulak musim hujan.. perghh... Syukur Alhamdulillah.. hilang bunyi perut tu tadi yerk. :D


Asam rebus kacang bendir dan kacang panjang..:)


telur masin.. cair sikit.. waduhh makan dengan kuah asam perghhh...:)


makan pulak dengan cucur udang yang lembut di dalam dan garing di luar.... waduhh.... sos jangan lupa cecah yaa..:)


Kuih-muih hasil tunjuk.. hanya RM1 4 keping.. total semua kuih-muih di atas itu RM4.50.. selesai semuanya.. sebenarnya kuih kasui tu i suruh mak cik tu bungkus.. 2 keping.. dia pi bungkus RM2.. wahhh bergentel-gentel dalam piring :)) habis tak?
dah tu? nak kena bebel dengan Pak Habibi i yang tembamBOM tu.. habis you..
kuih yang hijau semeta tu kuih Abang Aemir.. :D


Sekian sahaja.. kalau hujan lagi hari ni.. alamatnya menu musim hujan ler jadinya yaa...
Insya~ALLAH.. jumpa lagi..

Assalammualaikum..

TATA!!

10 comments:

Amie said...

Sha.... tak tahan tengok telur masin cair tu, warnanya mengancan amat.... dan satu lagi, cekodok cucu udang tu haa... kalau bagi Kak Amie habis satu piring sekali hadap, tak bercicah pun tak pe...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dan hujan pun berguguran bersama vitamin R.. hehehehehehe..

tapi.. siakap tu marvelous!!! terbaekkklah utk musim hujan ni :-))))

Salmi Khairil said...

best nampak siakap tu k.sha

emma marini said...

menarik sangat menunya

~azillakhalison~ said...

xnak lain,nak asam rebus bendi ngan kcg panjang je..kecur :))

Norzie hany said...

Sedapnya cucur udang tu Sha.Betul tu Sha kalau hujan mkn apa2 pun sedap.

AIN NAZRI said...

sahur pagi tadi ain masak gak asam rebus bendi tu kak.. makan ngan ikan goreng garing n sambal belacan.. yummmy gakss sejuk2 subuh makan pepanas

dapurCikWan said...

siakap masak macam tu akak kate simple...huhu..kira dah mood rajin tu kak...hihihi..macam mana CW nak kurus kalau gini gaye tengok resepi best je ni.. ;)). mood confirm ke dapur.. bukan ke laut atau ke longkang kak...hahahha

QasehnyaRania said...

salam=)
emmmm...tengok je ...puas hati siakap tuh

KAKI BLOGWALKING said...

suke tgk bendi tu..

fuhhh~

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ