ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, August 13, 2012

Nelly Antz Cookies

Nelly Antz Cookies


Assalammualaikum... :)

Syukur Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kuselesaikan projek biskut raya... total kesemua biskut raya Aidilfitri 2012 dapatlah dalam 10 jenis.. :D

Hasilnya? wahh meriah biskut raya tahun ni.. sebab apa tau.. sebab tahun ini i buat biskut raya secara solo :D Penat usah cerita ler ya... mujur ada Nellysha dak kerempeng tu.. dialah yang bantu i susun biskut dalam balang.. tq so much darling :)


Demi penghargaan buat anakanda kesayangan tunggal gegirl di rumah ni.. maka dengan itu telah kuciptakan sejenis biskut yang cukup di gemari oleh Nellysha.. dia umpama semut kering di rumah ni.. sangat sukakan gula! banyak kali dia tertangkap *bukan dalam bulan puasa :D* bila di sergah!
tu dia...mulut penuh dengan gula!!!!!! hadoyai pon!
dan seringkali dia tak tutup rapat balang gula.. dan akhirnya.. semut berdedai sama naik menikmati gula dalam balang tu! :))



Maka dengan itu terciptalah... sejarah biskut raya 2012...
Nelly Antz Cookies.. ya, giteeww..:D
dan inilah biskut pertama yang buat sewaktu memulakan projek biskut raya tahun ini.
Balik aje sekolah... wahhh... bukan main lebar lagi Nellysha tersenyum manja giteww siap mengangga-nganga mulut tu yerk... :D


Sangat rangup,
Berperisa Cherry,
harum baunya :D
Manis semestinya sebab penuh gula tu kutabur,
cantik dan so sweeett warnanya..,
Romatik juga :D

Nelly Antz Cookies


BAHAN-BAHANNYA :

  1. 250 gm mentega 
  2. 200 gm gula aising
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu teh vanilla
  5. 2 sudu besar cherry paste
  6. 100 gm tepung kastard  { ayak bersama
  7. 250 gm tepung biskut  {ayak bersama
  8. 2 cubit garam halus
  9. sebiji putih telur untuk sapuan di atasnya
  10. 1/2 sudu kecil emplex *perangup biskut*
  11. decoration sugar *pink dan merah*
  12. pencetak bentuk love :D
  13. ekstra tepung biskut untuk menguli semasa menorak*



CARA :

  1. Putarkan mentega, gula, garam dan telur sehingga kembang atau gula hancur/larut.
  2. Masukkan perisa vanilla dan cherry, putar sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan jadikan sebuku doh *jangan di uli* sekadar menjadi sebuku doh.
  4. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Semasa menorak, *jika adunan lembik sedikit taburkan tepung sedikit sepanjang menorak. *jangan terlalu keras* sekadar boleh menerap dan elok :D
  6. Terapkan bentuk dengan penerap berbentuk hati/love. Setelah selesai.
  7. sapukan permukaan biskut dengan sedikit putih telur dan taburkan gula di atasnya. Lakukan sehingga selesai
  8. Panaskan ketuhar dengan suhu 150'C selama 10 minit.
  9. Mulalah membakar selama 10-15 minit atau keadaan bawah biskut agak kekuningan.
  10. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu, barulah di masukkan di dalam balang :D
TARRAAA!!!!

Nelly Antz Cookies



selesai satu jenis biskut.. i buat dua adunan..
semalam bonda datang kerumah bersama adik lelaki kesayangan.. feed back dan komen dari mereka..

"Cantik!" <<< bonda
"Sedap dan rangup" << semua di rumah :))
"Cukup ke ni?" <<< Nellysha! :D
"i suka.." << Pak Habibi...
..................... << abang Amin dan Abang Aemir no komen.. sebab dia dah dok aim sejenis lagi biskut yang i ciptakan buat mereka berdua + dak kerempeng Nellysha...
tunggu N3 seterusnya yaa.. :D


setiap adunan biskut yang i bancuh.. semuanya i rehatkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk..
biskut akan lebih rangup..
mudah di torak dan yang penting jika adunan agak lembik boleh taburkan atau tambahkan sedikit demi sedikit tepung sepanjang proses menorak dan menerap..
dan jangan bubuh tepung berlebihan.. biskut akan keras berdentum! :))


Sekian sahaja... 

Nelly Antz Cookies

Tunggu N3 seterusnya yaa..

Selamat berpuasa.. dan selamat berbuka :D

Assalammualaikum..
Jumpa lagi..

TATA!!


5 comments:

fara lulu ^^ said...

Nelly antz cookies ,nama yg unik mesti sedap ni :b

myda_ahmad said...

wah!berkaler2 pink,siap lagi dgn benda bentuk hati tu....wow!mengancam...anak2 pasti sukakannya....pink gitu!
Dan thanks juga Kak Sha,hadiahnya telah selamat saya terima hari sabtu tu.....

Kak Nita said...

Salam Kak Sha...
kalu putri saya tengok mesti dia sukaaaa nih... pink gitu..kilat2 lg...hehehe

Amie said...

Waaa... ni warna romantik ni Sha! Cantik & seindah namnya yang unik tu... he he heh
Kak Amie dah terima hadiah tu Sha pagi tadi... hadoiiii... kawan2 berebut nak tengok buku resepi tu! terima kasih banyak Sha.... sayang dia ketat2....mmmuaaaaahhhh

Anonymous said...

suke sangat blog akak nih..dah la lagu latar besh.lepas tuh..biskut pun menarik2...tq kerana sudi sharing this recipe

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ